Ayam Pandan Air Fryer, Aroma Yang Memikat Selera

Share

Resepi yang dikongsikan oleh AdFie Sya di Facebook iaitu Ayam Pandan Air Fryer telah meraih lebih 1000 perkongsian. Resepi yang sangat mudah dan tidak memakan masa yang lama untuk siap di makan. Bahan perapan yang digunakan juga cukup mudah di cari di pasaraya. Daun pandan yang digunakan sebagai pembalut ayam dalam resepi ini juga memainkan peranan yang sangat hebat kerana memberikan aroma yang memikat selera bagi sesiapa sahaja yang menghidunya. Daun pandan sangat popular diletakkan dalam masakan orang kita. Jika kita nak masak nasi nak bagi bau nasi lagi berselera pun kita boleh letak sehelai daun pandan yang disimpul supaya aroma nasi tu lagi memikat. Jom kita cuba?

 

 

RESEPI AYAM PANDAN AIR FRYER
Bahan-bahan:
500gm dada ayam (potong ketul) boleh dapat dalam 25 ketul.
2 bungkus perencah bihun goreng adabi
2 sudu besar minyak
Daun pandan
Toothpick/satay stick.

Cara Memasak:

  1. Perap ayam dengan perencah bihun goreng adabi dgn minyak selama 3 jam.
  2. Potong daun pandan.
  3. Gulung ayam dengan daun pandan.
  4. Cucuk dengan toothpick.
  5. Susun dalam air fryer.
  6. Masak 20 minit dgn suhu 180°C.
  7. Lepas 10 minit, pusing ayam.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit foto & resepi: AdFie Sya

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nadzirah Rashid