
Memang tergoda dengan keenakkan ayam panggang asam boi ini. Kulit ayam dipanggang ranggup dan masih lembab dia bahagian dalam.
AYAM PANGGANG ASAM BOI
BAHAN-BAHAN PERAP:
- 1 ayam bulat
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 sudu besar sos tiram
- 4 sudu besar sos BBQ
- 1 sudu besar serbuk jintan manis
- 2 sudu madu/gula/gula melaka
- 2 sudu teh garam
- 1 sudu besar butter/planta
- 2 sudu besar lada hitam
- 10 biji asam boi merah
- 1 sudu ketumbar (sangai dan kisar)
CARA MEMASAK:
1. Semua bahan-bahan perap kena kisar halus kecuali asam boi.
2. Panaskan di kuali dan kacau sampai sebati termasuk asam boi.
3. Ayam dicuci bersih dan diperap dengan bahan perapan tadi. Perap dalam bekas, bakul dan plastik dalam 2 hingga 4 jam. Lagi sedap perapkan satu malam dan baru bakar.
4. Bakar dalam 50 minit dengan suhu 200 c (ikut oven masing-masing). Boleh juga digoreng terlebih dahulu sebanyak 30% dan kemudain baru dibakar.
INFO: Boleh bakar sekali dengan bahan-bahan lain seperti kentang dan sayur-sayuran kesukaan anda.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: MrBlack Raider
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Resipi Lauk Pauk Bakar Yang Boleh Masak Guna Pemanggang Ajaib Atau Kuali Biasa Je. Memang Mudah!

Kadangkala muak juga jika asyik menghidangkan masakan berkuah sahaja. Sesekali ingin yang lebih ringkas seperti hidangan bakar. Walau pun ringkas tapi tetap sedap. Bahkan hidangan ini lebih menyihatkan kerana tidak menggunakan minyak yang banyak atau berlemak. Cara nak masak pun senang. Guna pemanggang ajaib atau kuali biasa je. Selamat mencuba!
1. AYAM BAKAR BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam } belah empat
- 2 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan sos soya pekat
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan air asam jawa
- 8 biji bawang merah }kisar
- 5 biji bawang putih }kisar
- 2 biji buah keras }kisar
- 1 batang serai } kisar
- 2cm halia }kisar
- Minyak untuk menumis secukupnya
- Garam, gula, lada sulah dan serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK:
- Lumur ayam dengan sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit. Bakar dalam pemanggang ajaib hingga masak. Jika guna , masak guna suhu 200C selama 20-25 minit. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membuat kuahnya; panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan-bahan kisar hingga masak.
- Masukkan air asam jawa, sos soya pekat, kicap pekat manis dan didihkan semua bahan sebati. Biarkan kuah mereneh menjadi agak pekat. Tambah garam dan gula mengikut cita rasa.
- Untuk menghidang; ambil ayam dan letakkan di dalam pinggan menghidang. Tuang kuah di atas ayam dan ia sedia dihidangkan.
Info chef: Jika guna bahagian dada, pastikan potongan tidak terlalu tebal bagi memudahkan isi ayam masak sekata.
2. DAGING BAKAR AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 400gm daging
- Garam dan lada sulah secukupnya
Bahan-bahan B (air asam):
- 300ml air asam
- 6 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- 3cm belacan bakar
- 1 biji tomato } cincang halus
- 1 labu bawang besar } mayang halus
- 1 sudu makan keresek
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Lumur sedikit garam dan lada sulah pada daging dan perap selama setengah jam atau lebih.
- Panaskan pemanggang ajaib dan bakar daging hingga masak. Hiiris nipis-nipis. Ketepikan.
- Sementara itu; cili padi, cili merah dan belacan ditumbuk lumat.
- Satukan bahan tumbuk dengan tomato, bawang besar, keresek, air asam, garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.
- Tuang air asam ke atas hirisan daging bakar dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jika ingin rasa lebih pedas, boleh tambah lebih banyak cili padi ke dalam air asam.
3. IKAN BAKAR DENGAN KELAPA
BAHAN-BAHAN:
- 1 – 2 ekor ikan cencaru/senangin/kembung
- ½ biji kelapa parut – sangai
- Daun Pisang/aluminium foil secukupnya
- Garam dan serbuk kunyit secukupnya
BAHAN-BAHAN B (PENCICAH):
- 250ml air asam jawa
- 1 biji tomato }cincang halus
- 1 biji bawang besar } mayang halus
- 1 biji cili merah } mayang halus
- 3 biji cili padi } hiris nipis
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan dan lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
- Letakkan ikan di dalam daun pisang/aluminium foil, tabur kelapa sangai dan kemaskan balutan. Bakar di atas kuali hingga masak. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
- Untuk membuat pencicah: satukan semua bahan di dalam mangkuk. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan sedikit gula secukup rasa.
- Hidangkan ikan bakar dengan pencicah.
Info chef: Jika tidak suka pedas, tidak perlu masukkan cili padi.
4. IKAN LIKING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor ikan kembung }belah belakang
- 8biji bawang merah } mayang halus
- 4 biji bawang putih }mayang halus
- 2 sudu makan air asam jawa
- 2 sudu makan cili kisar
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan bawang merah, bawang putih, air asam jawa dan cili kisar di dalam mangkuk. Tambah garam dan gula secukup rasa dan gaul rata (jadikan pes).
- Sumbatkan bahan-bahan pes tadi ke dalam ikan yang dibelah di bahagian belakang.
- Lumur lebihan pes ke atas ikan. Bakar ikan hingga masak. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Sebaiknya perap ikan semalaman di dalam peti sejuk sebelum dibakar. Ia akan menjadi lebih sedap.
5. SOTONG BAKAR PAPRIKA
BAHAN-BAHAN:
- 6-8 ekor sotong
- 1 sudu makan serbuk paprika
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk hitam
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA-CARA:
- Sotong dibersihkan dan dikelar-kelar sedikit tanpa putus.
- Lumur sotong dengan serbuk paprika, sos tiram, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa.
- Alas aluminium foil dalam pemanggang atau kuali. Kemudian bakar/gril sotong hingga masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan
Info chef: Jangan terlebih bakar untuk menggelakkan sotong menjadi liat.
6. TERUNG DAN BENDI BAKAR BERSAMA PENCICAH
BAHAN-BAHAN A:
- 3 biji terung panjang } belah dua
- 6 biji kacang bendi
- Garam dan lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN B (PENCICAH):
- 1 sudu makan sos cili Thai
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan air asam jawa
- 5 biji bawang putih }cincang halus
- 1biji bawang besar } dadu kecil
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tabur sedikit garam dan lada sulah pada terung dan bendi. Bakar dalam pemanggang hingga masak. Ketepikan.
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan bawang besar, sos cili Thai, sos tomato dan air asam. Didihkan hingga pekat.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Susun terung dan bendi bakar di dalam pinggan. Tuang kuah pencicah dan hidangkan.
Info chef: Hidangan yang menyihatkan kerana tidak berminyak.
Resipi Sup Mamak Power. Perghh…Semangkuk Memang Tak Cukup!

Sup Ayam Mamak resipi perkongsian saudari Hajal Aishah Zakirai ni memang terbaik. Panas, pekat dan cukup perisa. Memang layan habis! Jika keluarga anda sukakan hidangan bersup, menu ini wajib untuk anda cuba.
SUP AYAM MAMAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam – dipotong kecil
- 4 biji buah pelaga
- 2 biji bunga lawang
- Kiub pati ayam secukupnya
- Garam secukup rasa
- Cili padi – diketuk
- 2 sudu makan ( atau lebih) tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
- 1 batang lobak merah- potong
- 3 biji ubi kentang – potong
- 2 liter air
BAHAN KISAR:
- Sepeket kecil rempah sup( 25gm)
- 2 sudu besar rempah kurma
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 1 sudu besar lada hitam tumbuk
- 2 buku bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 3 Akar ketumbar ( satu sepanjang 3 inci) – jangan ambil yang halus-halus.
BAHAN PELENGKAP:
- Daun ketumbar/daun sup/ daun bawang
- Bawang goreng
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan kisar hingga halus. Kemudian panaskan minyak dan tumis bersama buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau.
- Masukkan ayam diikuti ubi kentang, lobak merah, cili padi, air dan perasakan dengan garam serta kiub pati ayam.
- Setelah empuk, masukkan bancuhan tepung gandum mengikut kepekatan yang dihendaki. ( empunya resipi tak letak)
- Angkat dan tabur bahan pelengkap sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Hajal Aishah Zakirai
Resipi Ayam Masala, Satu Lauk Saja Dah Cukup

Sedapnya ayam masala ni. Boleh makan dengan nasi. Makan dengan roti pun boleh. Ini RASA kongsikan resipinya. Cubalah buat. Sedap sesangat.
AYAM MASALA
Bahan perap (perap 30 minit)
1/2 kg ayam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 cm halia (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
Sedikit garam
Bahan lain
2 biji bawang besar (dicencang)
2 cm halia (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/4 cawan air
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Bahan Tumisan
2 sudu besar minyak masak
3 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar jintan manis (tumbuk)
Daun kari
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak kemudian masukkan bahan tumisan satu demi satu mengikut turutan diberikan.
2. Kemudian masukkan bawang besar dan tumis hingga layu.
3. Masukkan halia dan bawang putih dab serbuk kunyit. Kacau supaya tumisan tidak hangus.
4. Sekarang tambah tomoto dan hancurkannya menggunakan senduk. Semakin kecil keping lebih mudah untuk dihancurkan cepat.
5. Masukkan serbuk ketumbar dan gaul rata. Tambahkan ¼ cawan air ke dalam masala ini. Kecilkan api kepada sederhana. Tutup periuk dan biarkan Masala dimasak selama beberapa minit sehingga pecah minyak.
6. Kemudian, masukkan kepingan ayam diperap tadi. Masak sehingga kelembapan dalam ayam keluar. Sekarang akan ada air yang cukup di dalam ayam untuk dimasak.
7. Tambah garam jika perlu. Tutup periuk dan masak di atas api yang sederhana.
8. Masak 8 hingga 10 minit. Lihat sama ada ayam telah masak, jika tidak masak tutup periuk lagi untuk beberapa minit lagi.
9. Setelah ayam masak, akhir sekali masukkan lada sulah dihancurkan di atas dan gaul rata.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Sarah Soaudi dari Telegram KakiMakan Channel