Ayam Panggang Homemade, Simple & Mengenyangkan

Share

Hujan begini sedap dapat makan ayam panggang. Menu ringkas dan mengenyangkan. Anak-anak pun pasti suka dengan menu ini. Ayam dengan campuran italian herbs, serbuk bawang putih, paprika dan perahan lemon memberikan rasa yang enak. Bolehlah cuba nanti.

 Cara Buat Ayam Panggang Simple 

Bahan-bahan :

170 gm ayam

1 sudu teh italian herbs

1 sudu teh serbuk bawang putih

1 sudu teh  paprika

1 sudu teh perahan lemon

10 gm hirisan kulit lemon

1 sudu besar minyak zaitun

Secubit garam dan lada hitam

Cara memasak :

  1. Campurkan bahan dalam 1 mangkuk iaitu italian herbs, serbuk bawang putih, paprika dan perahan lemon
  2. Kemudian setelah campur sebati. Letakkan ayam bersama bahan yang digaul tadi.
  3. Masukkan hirisan kulit lemon dan minyak zaitun.
  4. Perab bahan perapan selama semalaman atau 30 minit.
  5. Sediakan kuali dan masuk ayam yang telah diperap.
  6. Masak dalam masa 7-10 minit dan setelah siap boleh dihidang bersama kentang lenyek, dan coleslaw dan sos perang

Kredit: Chef Shafee Madinuddin

Klik sini

 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Published by
Putri