Sebenarnya ungkep ni antara lauk paling femes dalam masyarakat Jawa. Selain untuk berbuka puasa, ungkep juga dimasak untuk dimakan pada hari raya. Kalau time raya atau ada majlis keramaian, hidangan ungkep selalu dihidangkan. Macam masak lemak tapi kuahnya pekat. Kalau tak pandai masak, memang akan jadi macam masak lemak je. Ni RASA kongsikan resipi supaya hidangan ni kekal sepanjang zaman.
BAHAN-BAHAN
Minyak masak menumis
1 batang serai (diketuk)
1 kg ayam (potong 10-12)
2 cawan air
2 keping asam keping
BAHAN KISAR
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
15 biji cili padi
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
CARA MEMBUAT
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis serai sampai naik bau. Kemudian masukkan Bahan Kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut dan masak.
3. Tambah air sedikit demi sedikit. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan asam keping. Masak sehingga kuah agak kering dan ayam empuk. Jika suka kuahnya lebih,tak perlu masak sampai kering.
5. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila tiba waktu makan tengahari, pasti ada ibu-ibu yang pening memikirkan menu lauk yang mahu dimasak. Walaupun memang setiap hari menyediakan sajian di dapur, pasti akan ada harinya dimana tiba-tiba jadi buntu.
Jangan risau, saudari Widiati Sulaiman; pemilik Restoran Nasi Lemak Kak Ros, Shah Alam bermurah hati berkongsi seleksi resipi lauk pauk yang sesuai disajikan buat keluarga setiap hari. Semuanya sangat mudah disediakan dan enak-enak belaka. Paling penting, semuanya ‘homemade’, bersih dan tentunya halal. Selamat mencuba!
1. GULAI KUNING IKAN MASIN BERSAMA HIRISAN TIMUN & KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN: 10 biji cili padi (*) 1 ulas bawang merah (*) 1 batang serai 2 cm kunyit (*) 3 keping ikan masin talang – rendam seketika dalam air panas 1/2 biji nanas – hiris kecil 250ml santan 150ml air Garam secukup rasa 1 biji timun – hiris 5 tangkai kacang panjang – hiris
CARA MEMASAK: 1.Rebus kepingan nanas hingga layu. Ketepikan. 2. Kisar bahan bertanda (*) hingga halus. 3. Didihkan bahan kisar bersama nanas. Masukkan serai. 4. Setelah mendidih, masukkan kepingan ikan masin diikuti dengan santan dan air. 5. Biarkan mendidih sambil dikacau. 6. Masukkan hirisan timun dan juga kacang panjang. Masak lagi hingga sayur lembut. 7. Rasa kuah gulai dan jika kurang masin, boleh tambah sedikit garam. 8. Sedia untuk dihidangkan.
2. SEMUR AYAM
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam – potong kecil 4 batang serai 200ml kicap manis 150ml santan 2 biji bawang besar – kisar 4cm halia – kisar 3 ulas bawang putih – kisar 2 biji cili merah 1 sudu kecil asam jawa adabi 1/2 sudu kecil gula 1 sudu kecil garam Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR KERING: 2 sudu makan jintan manis 2 sudu makan jintan putih 1 sudu makan ketumbar 1 sudu makan lada hitam
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ayam dan goreng terlebih dahulu. Ketepikan. 2. Tumiskan bahan kisar hingga wangi. 3. Kemudian masukkan bahan kisar kering bersama dengan serai. Tumis hingga kekuningan. 4. Masukkan kicap diikuti dengan santan. Sebatikan. 5. Perasakan dengan gula, garam dan asam jawa dengan secukupnya. 6. Setelah mendidih, masukkan ayam dan kacau sebati. 7. Tutup api dan sedia untuk dinikmati.
3. TERUNG BILIS GORENG SAMBAL
BAHAN-BAHAN: 3 biji terung – potong kecil 8 biji cili merah – kisar 5 biji cili padi – kisar 2 ulas bawang putih – kisar 2 biji bawang merah – hiris halus 3 biji tomato – potong dadu Segenggam ikan bilis 1 sudu makan gula 1 sudu kecil garam Sedikit perisa makanan Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan goreng terung cukup sekadar kulit terung bertukar warna. Angkat dan toskan. 2. Kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Keluarkan minyak tadi tinggalkan sedikit untuk menumis bahan kisar. 4. Tumis bahan kisar hingga agak kering. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. 5. Masukkan hirisan tomato dan bawang. Gaul sebati. 6. Setelah sambal mendidih dan cukup rasa, masukkan terung dan juga bilis. Padamkan api dan gaul hingga sebati. 7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
BAHAN-BAHAN: 1kg daging tetel – hiris 200gm cili kisar 4cm halia – kisar 2cm kunyit hidup – kisar 2 ulas bawang putih – kisar 2 biji bawang besar – kisar 2 sudu besar asam jawa Sedikit minyak untuk menumis 2 sudu gula 1 sudu garam 1 sudu serbuk perasa 3 helai daun limau purut 2 cawan air rebusan daging
CARA MEMASAK: 1.Rebus daging tetel sehingga empuk. Ketepikan. 2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisar bersama cili kisar sehingga pecah minyak. 3. Masukkan asam jawa. Biar mendidih seketika kemudian masukkan daging tetel yang telah direbus tadi bersama air rebusan daging. Sebatikan. 4. Perasakan kuah asam pedas dengan gula, garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. 5. Bila kuah asam pedas sudah menggelegak. masukkan daun limau purut. 6. Tutup api sedia dihidang segera.
5. MASAK LEMAK PUTIH PETOLA BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN: 1 biji petola – potong kecil 1/2 biji labu – potong dadu 1 ulas bawang merah – hiris Segenggam udang basah (udang putih) 1 helai daun kunyit 1 batang serai 250ml santan 100ml air
CARA MEMASAK: 1.Satukan hirisan bawang merah, air, udang dan labu di dalam periuk. 2. Didihkan air dan masak seketika hingga labu lembut. 3. Kemudian masukkan petola dan santan. Biar mendidih seketika kemduian masukkan daun kunyit. 4. Setelah sayur lembut, tutup api sedia untuk dihidang.
6. DAGING GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging -direbus & hiris nipis 1 biji bawang holland 3 biji cili padi – hiris 5cm halia – hiris nipis 2 ulas bawang putih – hiris nipis 2 sudu makan sos tiram 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil serbuk perisa Minyak untuk menggoreng 1 biji lada benggala – hiris
CARA MEMASAK: 1.Goreng daging sehingga separuh masak. 2. Masukkan hirisan halia dan bawang putih. Gaul sebati bersama daging hingga setengah layu. 3. Seterusnya masukkan sos tiram, garam dan juga serbuk perasa dengan secukupnya. Gaul sebati. Jika terlalu kering, boleh tambah sedikit sahaja air. 4. Akhir sekali masukkan hirisan cili padi, lada benggala dan bawang holland. Masak hingga layu. 5. Daging Goreng Halia sedia untuk dihidangkan.