Beri kelainan dengan hidngan ayam masak lemak yang diolah caranya. Sangat lembut apabila ayam dikukus dan kuah lemak pekat yang lazat membangkitkan lagi rasa.
AYAM KUKUS LEMAK CILI PADI
BAHAN- BAHAN:
2 belah paha ayam ] bersihkan dan kelar-kelar
1 cawan susu cair
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 sudu makan ketumbar biji
3cm kunyit hidup ] hiris
3 batang serai ] hiris
2cm lengkuas ] hiris
2cm halia ] hiris
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Lumurkan dengan sedikit bahan kisar bersama sedikit garam. Balut dengan daun pisang yang dilapisi dengan aluminium foil. Kukus hingga masak lebih kurang 15 minit.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama susu cair, kemudian didihkan di atas api sederhana.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Terus kacau hingga sos menjadi pekat.
5. Tutup api dan tuangkan sos di atas ayam kukus tadi dan hidangkan panas-panas.
Waktu memasak: 35 minit Cara memasak: Kukus dan tumis Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Enak dengan isi ayam yang lembut dan sos yang lemak pedas Anggaran kos: RM20
Tak boleh move on lagi ayam masak Thai ni. Buat dah semalam takcukup. Jadi kita repeat buat lagi. Buat berkali-kali pun tidak jemu. Korang boleh cuba buat .
Bahan A
10 ketul bahagian ayam digoreng
1 biji bawang besar/holland (potong bulat)
2 batang serai dititik
Daun limau purut
Garam secukupnya
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Sedikit air
Minyak
Bahan B (bahan kisar)
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 biji cili api
Cara memasak:
1.Tumis serai yang dititik sampai naik bau.
2.Kemudian masukkan hirisan bawang dgn daun limau purut. Tumis sampai garing.
3.Dah garing masukkan bahan yang dah dikisar.
4.Kemudian masukkan sos tiram,sos cili,air last sekali masukkan ayam & perasa ikut sesedap rasa. Siap!
Hidangan kepak ayam sering menjadi kegemaran anak-anak. Malah orang dewasa pun sangat suka. Lembut dan penuh perisa! Kepak ayam sebegini biasanya dijual di restoran-restoran pizza. Makan panas-panas memang layan tetapi jika dibeli, harga boleh tahan mahal dan tak puas.
Oleh itu, jom cuba resipi perkongsian Puan Zura Nafis ni. Ini adalah resipi olahan beliau sendiri dan setelah beberapa kali dicuba, akhirnya dapat juga resipi yang 99% sama. Anda pun boleh cuba. Pasti si kecil anda makan tak henti.
CHICKEN WING ALA RESTORAN PIZZA
BAHAN-BAHAN:
Kepak ayam secukupnya
BAHAN PERAPAN:
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan madu – boleh ganti dengan gula tapi kurang umpphh!
1 sudu makan serbuk cili – lebihkan jika suka pedas
1 biji limau kasturi – perah ambil jus. Saiz limau sebesar syiling 10 sen
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan perapan dan sebatikan.
Kemudian masukkan kepak atau apa-apa bahagian ayam. Gaul rata dan perap selama 1 jam. Lebih enak jika perap semalaman.
Tutup bahagian atas ayam menggunakan aluminium foil dan bakar pada suhu 160-170C selama 15-20 minit ( bergantung pada saiz dan ketebalan isi ayam.)
Setelah ayam masak, buka aluminium foil dan bakar lagi selama 5 minit ( ikut kesesuaian oven masing-masing) untuk garingkan ayam.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...