Ayam Panggang Otai Padu Rasa

Share

Menggunakan bahan-bahan perapan yang sangat simple tapi menaikkan rasa sedap ayam. Jika ingin rasa lebih pedas boleh tambahkan chilli flakes atau cayenne pepper. Enak makan bersama kentang putar dan gravy blackpaper.

AYAM PANGGANG OTAI

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor ayam ( 1 ekor potong 4 )
  • 10 sudu makan sos tiram
  • 10 sudu makan madu
  • 10 sudu makan olive oil
  • 8 sudu makan blackpepper
  • 8 batang serai*
  • 8 inci halia*
  • Sedikit mentega (untuk sapu di permukaan ayam)
  • 8 ulas bawang putih*
    *bahan yang dikisar
  • 8 sudu teh garam (Jika ada kiub ayam boleh masukkan tapi kurangkan kuantiti garam)

CARA MEMASAK:

  1. Kisarkan serai, halia, dan bawang putih.
  2. Perapkan ayam dengan sos tiram, madu, olive oil, blackpepper, bahan kisar, dan garam.
  3. Panaskan oven selama 15 minit.
  4. Guna api atas dan bawah, suhu 180’C.
  5. Panggang selama 35-40 minit.
  6. Dalam minit ke 30 keluarkan ayam untuk sapukan butter.
  7. Masukkan ayam selama 8-10 minit. Keluarkan ayam, lihat jika sudah masak. Boleh hidangkan.

Kredit: Afrina Zulqarnaen

Jom membeli belah barang kelengkapan rumah di https://invol.co/cloqny

SILA KLIK RESIPI CADANGAN:

1. Senang! Homemade Kentang Putar Halus & Gravy Black Paper Meleleh

Published by
Putri Adila Saari