Wow… Ayam Panggang Pedas Manis perkongsian saudari Marian Zainal ni nampak sangat sedp dan membuka selera. Bahan-bahan yang digunakan untuk memasaknya juga cukup ringkas dan mudah didapati.
Bahan kisar yang digunakan untuk menyalut ayam, boleh disediakan awal dan boleh disejukbekukan jika ada lebihan. Jadi bila-bila masa anda rasa nak makan Ayam Panggang, boleh keluarkan dan lumur sahaja pada ayam. Dah boleh masak.
Selain ayam, rempah ini juga boleh kita gunakan untuk perap daging, ikan, udang, sotong dan juga aneka bebola atau kek ikan. Sesuai sangatlah andai ada buat BBQ Bersama keluarga. Senang nak sediakan bahan untuk bakar-bakar.
Ayam Panggang ini dimasak menggunakan Air Fryer. Tapi jika tiada, boleh sahaja menggunakan ketuhar. Nak lagi mudah? Panggang sahaja menggunakan pemanggang ajib atau arang. Lagi mudah dan cepat. Nak cuba? Jom lihat cara-cara masaknya.
CARA MASAK AYAM PANGGANG PEDAS MANIS YANG SEDAP & MUDAH
Nampak pelik tapi sedap juga bila penggunaan kobis sebagai pengganti kulit popia. Rasa sedap dan lebih berkhasiat kerana hanya gunakan sayur kobis segar. Untuk yang inginkan kelainan pada masakan, nak tarik perhatian suami dan mertua, bolehlah cuba resipi kobis bungkus inti ayam ni… Nampak sangat menarik makan dengan sos cili Thai memang padu! Jom cuba…
Kobis Bungkus Inti Ayam / Chicken Cabbage Rolls
Bahan-bahan
10 helai daun kobis
300 gm isi ayam
4 ulas bawang putih cincang
2 tangkai cili hijau, cincang
1 tangkai cili merah, cincang
1 tangkai daun ketumbar, hiris
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil garam halus
Cara-cara :
Didihkan air dan sedikit minyak, celur daun kobis hingga layu.
Angkat dan toskan.
Satukan isi ayam, bawang, cili dan daun ketumbar, gaul rata.
Perasakan dengan garam dan serbuk lada putih.
Ambil sehelai daun kobis, buang tulang belakangnya supaya mudah menggulung.
Trim bahagian tepi daun jika terlalu tebal.
Letak 1 sudu besar inti ayam di bahagian pangkal daun.
Gulung setengah, kemudian lipat bahagian kiri kanan daun dan gulung hingga padat.
Setelah selesai, kukus selama 30 minit.
Hidang bersama sos kegemaran.
Sos Cili Thai
Bahan-bahan
5 tangkai cili merah, buang biji
5 tangkai cili padi
5 ulas bawang putih
1/3 cawan air
1/2 cawan cuka
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam
1/2 sudu besar tepung jagung, bancuh 1/4 cawan air
Cara-cara :
Kisar cili merah, cili padi dan bawang putih.
Masukkan ke dalam periuk bersama gula, cuka dan garam.
Masak hingga mendidih, seimbangkan rasa manis, masam dan masin.
Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat dan berkilat
1.Masukkan 2 liter air atau lebih sedikit. Masukkan akar ketumbar. Akar ini dapat menyerlahkan lagi kesedapan tomyam.
2.Setelah air mendidih, masukkan ayam. Masak hingga isi ayam menjadi putih.
3.Masukkan semua bahan hiris dan bahan yang diketuk tadi. Kacau sebati.
4.Masukkan pes tomyam dan pes cili thai. Kacau sebati dan masukkan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.
5.Masukkan sayur. Masak hingga sayur empuk.
6.Bila dah mendidih, masukkan sedikit susu cair sejat. Kacau sebati dan padamkan api. Akhir sekali, tabur daun ketumbar. Perah limau jika perlu. Jika guna pes tomyam jenama seperti diatas, tidak perlu perah limau kerana rasanya sudah cukup masam.
Nugget memang menjadi kesukaan anak-anak. Kalau boleh setiap hari sarapan nugget
pun mereka tak kisah. Kalau begitu ibu-ibu kenalah rajin sikit dengan mengolah
sendiri bahan untuk membuat nugget. Puas hati buat sendiri selain dapat banyak
kuantitinya, dapat juga kurangkan penggunaan garam.
Nugget Homemade
Bahan-bahan:
*Isi Ayam
*Bawang Besar
*Bawang Putih
*Telur
*Serbuk Hilal
*Serbuk Maggi Cukup Rasa
*Sedikit Garam
*Serbuk Lada Hitam
*Sedikit Air
*Tepung Jagung
Tepung serbaguna (beli kedai ECO aje)
Cara memasak:
1. Blend semua yang bertanda *
2. Loyang terlebih dahulu sapukan minyak/butter
3. Masukkan bahan yang diblend ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
4. Siap kukus, angkat dan potong mengikut citarasa masing-masing.
5. Bancuh tepung serbaguna dengan air dan jangan terlalu likat/cair.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!