Ayam Panggang Sos Krim Bawang Putih

Share

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm ayam-potong kecil dan bersihkan.
  • 3 biji kentang-buang kulit dan belah 4
  • 1 batang lobak merah-potong sederhana
  • 4-5 biji tomato ceri-belah dua
  • 3 ulas bawang putih-cincang
  • 80 gm mentega
  • 1 sudu makan serbuk oregano
  • 150ml krim masak
  • 50 ml air
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak.

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan ayam bersama bawang putih, mentega dan serbuk oregano. Kacau rata.
  2. Tumis hingga ayam bertukar warna emas keperangan.
  3. Masukkan kentang dan lobak merah, kacau lagi dan masukkan sedikit air.
  4. Tutup kuali dengan aluminium foil dan masukkan dalam ketuhar.
  5. Bakar dengan suhu 180 C lebih kurang 15-20 minit.
  6. Setelah masak keluarkan ayam dan ketepikan.
  7. Kemudian masukkan krim masak dan sedikit air dalam kuali tadi.
  8. Masukkan garam dan perasa secukupnya, dan kacau rata.
  9. Masukkan  ayam dan bakar semula seketika sebelum dihidangkan.
Published by
Nur