Ayam panggang memang sedap. Ramai yang suka. Rasanya berempah dan boleh diolah sama ada nak pedas atau agak manis. Tapi kali ini kita modenkan sikit sos percik tu. Kita letak keju. Ha, lain daripada yang lain kan? Jom cuba buat.

AYAM PANGGANG & SOS PERCIK BERKEJU

BAHAN-BAHAN AYAM PANGGANG
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil lada sulah
Garam secukupnya
5 ketul paha ayam
Sedikit minyak masak

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Kisar halia dan bawang putih. Campurkan dengan serbuk kunyit, lada sulah dan garam.
2. Lumurkan bahan tadi pada paha ayam.
3. Panaskan kuali leper dan letakkan sedikit minyak.
4. Panggangkan ayam atas kuali sehingga masak.

BAHAN-BAHAN SOS PERCIK BERKEJU

BAHAN A
15 tangkai cili kering (direndam)
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
2 cm kunyit hidup

CARA MEMBUAT BAHAN A
1. Kisar semua bahan di atas.

BAHAN B
250 ml santan pekat
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung beras
2 kiub pati ayam
3 keping keju

CARA MEMBUAT BAHAN B
1. Campur Bahan A dan Bahan B dalam periuk.
2. Masak atas api sederhana sehingga kuah hampir pekat.
3. Curahkan kuah percik atas ayam panggang.

Selamat mencuba!