
Ayam Perap Mayo Sedap & Mudah
Di musim cuti ni, lauk berasaskan ayam pastinya antara menu wajib ada setiap kali waktu makan. Maklumlah, budak-budak ni lauk lain kurang minat. Jika hari-hari masak menu yang sama, memang boleh buntu juga kan? Jadi, apa kata cuba ayam perap mayo perkongsian dari saudari Ezani Hana Syafniza ni. Resipi ini dijamin enak, berlemak, dan menjilat jari! Paling penting, cara penyediaannya sangat mudah dan cepat. Jom lihat bahan-bahan dan langkahnya.

Bahan-Bahan Ayam Perap Mayo
- Ayam – jumlah ikut suka berapa banyak
Bahan Perapan Ayam Perap Mayo
- Halia
- Bawang putih
- Mayones
- Sos tiram
- Kicap manis
- Madu
- Serbuk cukup rasa atau kiub ayam
- (Bahan perapan bergantung pada jumlah ayam yang digunakan)
Cara Memasak Ayam Perap Mayo
- Tumbuk halia dan bawang putih hingga lumat.

- Campurkan semua bahan dan gaul bersama ayam hingga sebati. Ubah suai rasa mengikut citarasa — jika suka lebih manis dan lemak, tambahkan madu dan mayones.

- Perap ayam selama sekurang-kurangnya 5 jam untuk rasa lebih meresap dan lazat.

- Ayam yang telah diperap boleh digoreng atau dibakar mengikut kesukaan. Sedia untuk dinikmati!

- Selamat mencuba!
Tip Tambahan Ayam Perap Mayo
Untuk hasil ayam perap mayo yang lebih sedap, gunakan ayam segar dan biarkan ia diperap semalaman di dalam peti sejuk. Jika dibakar, sapukan sedikit madu di atas ayam sebelum masuk ke dalam ketuhar supaya warnanya lebih berkilat dan menyelerakan.
Cadangan Hidangan
Ayam perap mayo ini sangat sesuai dihidangkan bersama nasi putih panas, nasi lemak atau kentang goreng. Ia juga boleh dijadikan hidangan istimewa untuk majlis keluarga, jamuan sekolah, atau bekal makan tengah hari.
Kredit resipi & foto: Ezani Hana Syafniza
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!




















