Ayam Perap Mayo Sedap & Mudah. Resipi Ringkas Menjilat Jari!

Share

Ayam Perap Mayo Sedap & Mudah

Di musim cuti ni, lauk berasaskan ayam pastinya antara menu wajib ada setiap kali waktu makan. Maklumlah, budak-budak ni lauk lain kurang minat. Jika hari-hari masak menu yang sama, memang boleh buntu juga kan? Jadi, apa kata cuba ayam perap mayo perkongsian dari saudari Ezani Hana Syafniza ni. Resipi ini dijamin enak, berlemak, dan menjilat jari! Paling penting, cara penyediaannya sangat mudah dan cepat. Jom lihat bahan-bahan dan langkahnya.

Bahan-Bahan Ayam Perap Mayo

  • Ayam – jumlah ikut suka berapa banyak

Bahan Perapan Ayam Perap Mayo

  • Halia
  • Bawang putih
  • Mayones
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Madu
  • Serbuk cukup rasa atau kiub ayam
  • (Bahan perapan bergantung pada jumlah ayam yang digunakan)

Cara Memasak Ayam Perap Mayo

  1. Tumbuk halia dan bawang putih hingga lumat.
  2. Campurkan semua bahan dan gaul bersama ayam hingga sebati. Ubah suai rasa mengikut citarasa — jika suka lebih manis dan lemak, tambahkan madu dan mayones.
  3. Perap ayam selama sekurang-kurangnya 5 jam untuk rasa lebih meresap dan lazat.
  4. Ayam yang telah diperap boleh digoreng atau dibakar mengikut kesukaan. Sedia untuk dinikmati!
  5. Selamat mencuba!

Tip Tambahan Ayam Perap Mayo

Untuk hasil ayam perap mayo yang lebih sedap, gunakan ayam segar dan biarkan ia diperap semalaman di dalam peti sejuk. Jika dibakar, sapukan sedikit madu di atas ayam sebelum masuk ke dalam ketuhar supaya warnanya lebih berkilat dan menyelerakan.

Cadangan Hidangan

Ayam perap mayo ini sangat sesuai dihidangkan bersama nasi putih panas, nasi lemak atau kentang goreng. Ia juga boleh dijadikan hidangan istimewa untuk majlis keluarga, jamuan sekolah, atau bekal makan tengah hari.

Kredit resipi & foto: Ezani Hana Syafniza

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Power, Masak Asam Pedas Rebus Stail Orang Utara

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Nur