Ayam percik memang disukai oleh ramai orang yang gemarkan sesuatu menu berasaskan ayam. Rasanya lemak-lemak kerana menggunakan santan. Kalau suka pedas, boleh letak banyak cili padi. Sedap dimakan dengan ketupat ataupun nasi impit.
AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
1 helai daun pandan (simpul)
1 helai daun kunyit (racik halus)
10 batang serai (diketuk)
1 ekor ayam (dibelah dua)
1 liter santan (diperah daripada 1 biji kelapa parut yang dicampur dengan 1 liter air)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
BAHAN PES REMPAH
3 biji cili merah (buang biji)
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
10 biji buah keras
1 sudu teh halba
CARA MEMBUAT
1. Satukan bahan pes rempah. Kisar halus.
2. Panaskan minyak masak. Tumis pes rempah. Masukkan daun pandan, daun kunyit dan serai. Tumis lagi.
3. Masukkan ayam. Kacau rata.
4. Masukkan santan, garam dan gula. Kacau rata dan tutup periuk. Biarkan mendidih sehingga santan pekat.
5. Keluarkan ayam. Susun atas dulang. Bakar dalam oven.
6. Keluarkan sekejap, letakkan sos pes rempah ke atas ayam dan bakar lagi.
7. Alih ayam ke dalam pinggan dan sedia dihidang.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayam Bakar Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam Memang Ketagih Makan
Dah ada dalam fikiran ke nak masak menu apa di hari pertama berpuasa. Pasti nak yang special tambah pula bila semua ada di rumah. Jom kita buat ayam bakar cara cik pooja. So juicy so shedaaaaaaapp.
Ayam Bakar cikpoojaStyle
Bahan-bahan:
1ekor ayam(cuci bersih) cikpooja belah di bahagian dada untuk mudahkan kerja cuci dalamannya
2 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar pati oren sunquick(yang dalam botol) – beli online disini
1 senduk sos blackpepper@sos lada hitam
3 sudu besar majerin(cairkan atas api)
1 biji ubi kentang(rebus empuk)
1 ketul kiub pati ayam
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula pasir
Kentang,brokoli, tomato ceri optional. Tak nak letak pun tak apa,ayam tetap rasa sedap.
Cara memasak:
1.Semua bahan-bahan ni cikpooja kisar dengan sedikit air(suku cawan air)
2.Dah kisar semua,perapkan dengan ayam.
3.Cikpooja perap 2j am sebelum bakar. Lagi lama perap lagi sedap
Bakar pada suhu 200° 1 jam @sampai masak (bergantung pada oven masing-masing).Cikpooja suka yang crunchy di luar lembut juicy di dalam, sebab tu letak suhu tinggi.
Sos Cicah Ayam
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
5-6 biji cabai melaka(yang merah atau hijau boleh je mana-mana)
2 biji limau nipis (ambil air perahannya)
1 sudu besar cuka makan
3 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
Suku cawan air panas
Cara membuat:
1.Tumbuk bawang puith dan cabai melaka.
2.Kemudian masukkan air perahan limau nipis,cuka makan,gula pasir,garam dan air panas.
3.Gaul semua bahan-bahan ini sampai sebati dan cukup rasanya.
Selamat mencuba
Resepi byCikpooja
Resipi Lempeng Kelapa Yang Sedap & Lembut Sampai Ke Petang, Cicah Kari & Sambal Sardin
Resipi Ayam Masak Merah Versi Kenduri, Makan Tak Cukup Seketul
RASA kongsikan resipi ayam masak merah melalui sumber seorang pengguna facebook bernama Rohayu Ramli. Dia sememangnya rajin memasak dan kerap mengambil tempahan memasak set nasi hujan panas atau nasi minyak berlaukkan ayam masak merah.
Dia yang juga seorang usahawan Minaz Hijab Shah Alam turut mengakui ayam masak merah versi kenduri yang dibuatnya kerap mendapat pujian. Disebabkan itulah menu tersebut kerap diulang pesan oleh ramai pelanggan tetapnya.
Jom kita lihat resipi yang dikongsikan.
AYAM MASAK MERAH VERSI KENDURI
BAHAN ASAS
1 ekor ayam (potong kecil)
2 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN TUMIS
1 biji bawang besar (hiris)
2 batang serai (diketuk)
BAHAN KISAR
2 genggam cili kering (potong, buang biji dan rebus)
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 biji tomato
BAHAN HIASAN
2 biji tomato (dipotong kecil)
1 tangkai daun sup (hiris halus)
CARA MEMBUAT
1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak masak. Goreng ayam separuh masak.
3. Angkat dan ketepikan.
4. Kurangkan minyak masak dalam kuali tadi. Tinggalkan sedikit sahaja untuk menumis.
5. Ambil BAHAN TUMIS. Tumiskan sehingga layu.
6. Masukkan pula BAHAN KISAR. Teruskan menumis sehingga pecah minyak.
7. Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air.
8. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi.
9. Gaul lagi dan biarkan masak seketika.
10. Taburkan tomato dan daun sup. Sedia dihidang.
Lauk ayam masak merah versi kenduri ini memang sedap dimakan bersama nasi minyak basmathi dan acar nanas.
Sumber: Rohayu Ramli
Koleksi Resipi Masakan Thai Sedap Dibuat Berbuka.
Sajian Thai adalah antara sajian cukup popular di seluruh dunia. Pergi sahaja ke negara Asia, Amerika Syarikat, Eropah dan pelbagai negara, restoran Thai pasti ditemui. Campuran rempah dan pelbagai herba seperti daun selasih, limau purut, serai dan bunga kantan yang kaya aroma cukup menyelerakan. Melalui inspirasi juadah dari Pattaya dan Bangkok,
RASA kongsikan lima menu yang sedap & sangat mudah untuk anda cuba di rumah. Boleh masuk koleksi sajian berbuka nanti.
1. PHAD KRA PHAO GAI (AYAM PRAD KRA PHAO)
BAHAN-BAHAN:
- 200gm isi ayam /dicincang
- 3 ulas bawang putih /dicincang
- 20-30 gm daun selasih
- 7 biji cili padi merah /ditumbuk halus
- 3 sudu makan minyak masak /untuk menumis
- 2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
- 1/2 sudu makan sos tiram
- 1/2 cawan air rebusan ayam
- 2 sudu teh kicap pekat
- 4 sudu teh gula
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk.
- Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.
- Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan kicap pekat
- Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
2. GAENG KIAW WAN (DAGING MASAK KARI HIJAU)
BAHAN-BAHAN:
- 200gm daging /dihiris nipis
- 20- 30gm daun selasih
- 1 biji terung bulat/panjang dibelah dua
- 10gm kubis bunga/ dihiris
- 3 tangkai kacang panjang/ dipotong pendek
- 2 sudu teh gula
- 2 sudu makan kicap sotong @ ikan
- 62ml air rebusan daging
- 100ml santan
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
BAHAN TUMIS (PES HIJAU):
- 1 batang serai /dikisar halus
- 2 ulas bawang putih /dikisar halus
- 1.5 sm lengkuas /dikisar halus
- 6 biji cili hijau besar / dikisar halus
- 20gm belacan /dibakar dan kisar
- 1/2 sm kulit kayu manis
- 1/2 sudu teh ketumbar
- 1/2 sudu teh lada hitam
- 1 biji kulit limau purut /disagat
- 4 helai daun limau purut / dihiris halus
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan untuk menumis yang telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak.
- Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih.
- Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan.
- Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu.
- Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan padamkan api.
- Kari hijau sedia dihidang
INFO CHEF : Anda boleh buat pes hijau lebih untuk digunakan lagi. Supaya lebih tahan tumiskan dengan minyak sampai garing dalam 6- 7 minit, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian sejukkan dan simpan dalam botol. Bila nak guna ambil dan tak perlu tumis.
3. GAENG PHANAENG (DAGING PHANAENG)
BAHAN-BAHAN:
- 400gm daging – dihiris nipis
- 40ml santan segar
- 1 cawan air
- Minyak untuk menumis
- Gula dan garam secukupnya
BAHAN TUMIS:
- 6 sudu makan pes cili kering
- 2 batang serai /dikisar halus
- 2 sm lengkuas /dikisar halus
- 4 helai daun limau purut /dikisar halus
- 1.5 sm belacan bakar /dikisar
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 20 gm daun dan tangkai ketumbar/ dicincang halus
- 2 biji kulit limau purut /dikisar halus
- 2 ulas bawang putih/ dikisar halus
- 1 batang kayu manis/ dikisar halus
- 1/2 sudu teh jintan manis
CARA MEMASAK:
- Pijarkan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan rempah dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga garing dan pecah minyak
- Masukkan daging dan air dan biarkan daging empuk.
- Kecilkan api dan biarkan ia mereneh seketika dan masukkan santan segar
- Kacau seketika, perasakan dan padamkan api. Siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan.
4. HOR MOK TALAY (OTAK-OTAK UDANG)
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor udang /dicincang
- 1 ekor sotong /dicincang
- 4 ekor kupang /dicincang
- 2 biji telur
- 2 batang kacang panjang /dipotong kecil
- 1/4 batang lobak merak /dicincang halus
- 2 batang cili padi /dihiris
- 2 ulas bawang putih /dicincang
- 20 gm daun selasih
- 1/2 biji bawang holland /dicincang
- 2 biji bawang merah/ dicincang
- 10 ml santan
- Gula secukup rasa
- 1/2 sudu teh sos tiram
- 1/2 sudu teh kicap sotong@ikan
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
- Panaskan pengukus dengan air.
- Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit.
- Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas.
- Hor mok sedia dihidang
INFO CHEF: Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.
5. GAR HOR BAI TOEY (AYAM PANDAN)
BAHAN-BAHAN:
- 250gm isi ayam (potong kiub sederhana besar)
- 4-5 helai daun pandan
BAHAN UNTUK PERAPAN:
- 40ml susu cair
- 1 sudu makan serbuk kari ayam
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- 1 tangkai daun ketumbar (dihiris halus)
- 3 ulas bawang putih /dikisar halus
- 3 ulas bawang merah /dikisar halus
- 1 sm halia /dikisar halus
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam dan toskan.
- Kisar halus semua bahan perapan, letakkan sedikit air.
- Gaulkan bahan perapan bersama ayam.
- Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 3 jam
- Lipat daun pandan bersaiz samosa, dan masukkan ayam yang telah diperap tadi.
- Kukus selama 5-6 minit
- Panaskan minyak dan goreng. Ayam siap dihidang.