Sedapnya Ayam Percik Kuah Putih ni! Di bulan puasa, memang laku keras menu ni. Ayam yang dibakar kemudiannya disiram dengan kuah percik mempunyai aroma yang sangat enak. Sukar nak cerita. Kena rasa dulu baru tahu betapa nikmatnya. Anda nak cuba masak sendiri? Ringkas tapi yang pasti sangat sedap perkongsian saudari Suhasnida Ismail ini antara yang mudah. Selamat mencuba.
RESEPI AYAM PERCIK PUTIH SUPER SPECIAL
BAHAN A (KISAR & PERAP):
1 ekor ayam
1 sudu makan garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk perasa
1 inci halia
3 ulas bawang putih – beli online disini
1 sudu teh biji ketumbar – beli online disini
1 sudu makan cili kering kisar
150ml santan pekat
BAHAN B: BAHAN KUAH
4 biji bawang merah – beli online disini
1 batang serai – ketuk
1 inci halia
100ml air
350ml santan pekat gred A
2 sudu makan gula
2 1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk perasa
1 keping asam gelugur – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Kisar semua bahan perapan ayam (bahan A), dan lumurkan pada ayam. Perap seketika dan kemudiannya rebus. Kiranya ayam direbus separuh masak bersama bahan perapan supaya bila dibakar nanti, akan cepat masak.
2. Untuk kuahnya, kisar bawang merah dan halia hingga halus.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama dengan serai yang telah diketuk.
4. Kemudian masukkan santan pekat diikuti dengan gula, garam, seerbuk perasa dan jug asam gelugur. Masak sampai sedikit pekat. Ketepikan kuah.
5. Bakar ayam sampai masak. Kemudian celup @ siram ayam dengan kuah percik dan bakar sekali lagi. Ulang langkah ini 3-4 kali untuk mendapatkan salutan kuah percik yang sempurna.
6. Ayam Percik Kuah Putih sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Suhasnida Ismail
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official