
Aduhai sape suka lauk macam gini? Paduan ayam bersama petai memang membuka selera. Orang lalu sebelah pun dah tak peduli. Sangat mudah menyediakannya. Yang penting sedap dan bertambah makan. Jom buat.
Ayam Petai Bercili
Bahan-bahan:
Ayam 1/2 ekor
Petai (ikut suka nk letak bnyk ke sikit)
*Bwg besar 1 biji
*Bwg putih 5 ulas
*Cili api 15 biji ( klu nk.pedas tambah lebih)
*Cili hijau 3 biji
Kiub pati ayam knoor 1
Garam n gula sedikit
*klu nk.letak belacan sikit pn bole tp sis tak letak
Cara memasak:
1.Basuh ayam dn toskan, gaulkan ayam dgn serbuk kunyit dn garam
2.Goreng ayam separa masak
3.Blender bahan yg bertanda *
4.Minyak lebihan yg goreng ayam td tumiskan bahan yg bertanda *
5.Dah agak garing masukkan petai dn kiub pati ayam
6.Masukkan ayam dan gaul sebati
7.Perasakan dgn garam dan gula sedikit
8.Siap untuk dihidang.
*sedap mkn dgn nasi panas2 perghh
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Aneka Hidangan Berasaskan Pisang..Anak-Anak Pasti Suka!

Buah pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah juga boleh menghasilkan pelbagai jenis resipi yang menarik dan enak. Jom kita cuba resipi-resipi ni! Boleh dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga..
COKODOK PISANG

BAHAN-BAHAN
- 5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga.
- 2 sudu makan marjerin
- 5 sudu makan gula pasir
- 1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit
- 1 sudu teh garam
- 2 cawan tepung gandum
CARA PENYEDIAAN:
- Satukan semua bahan (kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
- Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
- Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
- Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
- Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi.
- Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli.
- Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam.
- Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri (jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Kredit resipi & foto: Cik Pooja
APAM PISANG GEBU

BAHAN-BAHAN
- 8 biji pisang emas / 6 biji pisang berangan
- 4 biji telur A
- 1 cawan gula
- 3/4 cawan minyak jagung / minyak masak / mentega cair
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- Secubit garam (optional)
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan kukusan.
- Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
- Kisarkan pisang, telur, gula, garam dan minyak hingga hancur dan sebati.
- Tuangkan ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata secara kaup balik.
- Sudukan adunan ke dalam acuan/loyang kecil2.(Sapukan sedikit minyak pada acuan terlebih dahulu)
- Kukus dengan api sederhana selama 15 minit. (Jika gunakan loyang besar masa mengukus adalah 40 – 45 minit).
INFO:
- Boleh gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri tapi tidak perlu tambah baking powder dan soda bikarbonat.
- Boleh tambah coklat urai ke dalam adunan jika suka.
- Jika guna acuan kecil-kecil, masa mengukus 15 minit sudah memadai.
Kredit resipi & foto: Lyza Sweetnely
BINGKA PISANG

BAHAN-BAHAN (loyang 8 inci)
- 1 sisir pisang masak (10 – 13 biji) – di lenyek kasar
- 1 cawan tepung gandum*
- 3/4 cawan gula pasir*
- 1 cawan santan*
- 1 cawan susu sejat/cair*
- 1 biji telur*
- 2 sudu besar butter*-cairkan dulu, biarkan suam
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
- Kisar semua bahan*
- Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
- Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
- Bakar 180C selama 1 jam atau lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
- Sejukkan kemudian baru di potong. Nak lagi sedap boleh masukkan dalam peti ais.
Kredit resipi & foto: Yatie
LEMPENG PISANG

BAHAN-BAHAN:
- 1 kg pisang Abu | lenyekkan
- 300gm kelapa parut | ambil putih sahaja
- 250gm tepung gandum | jika kurang boleh tambah
- 5 sudu makan gula kabung
- Sedikit garam halus
- Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Campurkan kelapa di dalam mangkuk adunan yang berisi pisang yang sudah dilenyek.
- Gaul rata, kemudian tambahkan garam, gula kabung yang telah dihancurkan.
- Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
- Panaskan kuali non-stick, letakkan daun pisang di atasnya dan tepekkan adunan lempeng pisang di atasnya dan panggang hingga masak.
- Enak dihidangkan panas-panas.
BANANA FILLED FRENCH TOAST

BAHAN-BAHAN
- Roti Bata
- Nutella / Peanut Butter Lady’s Choice
- 3 biji telur
- 1/2 cawan susu kotak
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 biji pisang (dihiris bulat)
- Butter
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan telur, susu dan esen vanilla dalam mangkuk, kacau sebati. Ketepikan.
- Potong roti bata lebih kurang 1 inci, buat poket ditengah. Sapu nutella dibahagian dalam poket, kedua belah. Kemudian, susun hirisan pisang didalam poket.
- Celupkan roti ke dalam campuran telur dan goreng dalam kuali dengan sedikit butter. Biarkan masak kekuning-kuningan.
- Sudah boleh dihidangkan (boleh ditabur dengan gula icing)
Kredit resipi: Aimi Muhamad
BANOFEE PIE

BAHAN-BAHAN:
- 1 tin susu pekat manis | direbus selama 3 jam di dalam air mendidih
- 2 biji pisang ranum | dihiris
- Hirisan coklat secukupnya
- 200gm krim putar
BAHAN KERAK:
- 200gm biskut digestive
- 50gm mentega
- 80gm gula
- 50gm serbuk badam
BAHAN KRIM:
- 2 biji kuning telur
- 45gm gula kastor
- 25gm tepung kastad | boleh ganti tepung jagung
- 50gm dairy heavy cream
- 200gm susu segar
CARA PENYEDIAAN
- Bagi menghasilkan kerak, campurkan biskut, serbuk badam dan gula. Kisar halus.
- Kemudian cairkan mentega dan gaul bersama bahan kisar tadi. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit suhu 170⁰C. Sejukkan dalam peti sejuk.
- Untuk krim pula, campurkan semua bahan dan masak di atas air kukusan sehingga kental dan sejukkan.
- Pukul krim putar sehingga separa kental, masukkan krim yang dimasak tadi dan teruskan pukul sehingga kental.
- Tuang susu pekat manis yang direbus ke atas kerak dan taburkan hirisan pisang.
- Paip krim di atasnya dan taburkan hirisan coklat.
- Sedia untuk dinikmati.
Resepi Mee Soto Ayam Yang Lengkap!

Hmmp sedapnya soto! Orang kata soto ni lebih popular di Johor berbanding negeri lain. Yeke? Ianya sering di sajikan sebagai hidangan sarapan pagi mahupun meraikan hari keraian. Jom kita cuba resepi ni!
KUAH SOTO

Bahan Kisar (kisar halus)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
3 batang serai ~ di titik
1 inc lengkuas

Bahan Tumis dan Rempah
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar serbuk lada sulah atau lada putih
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
4 biji pelaga
Bahan lain
1 ekor ayam ~ potong 4 (potong kecil-kecil)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 kiub ayam
2 sudu besar santan

Cara-cara Penyediaan
- Mula-mula kita panaskan minyak
- Kemudian tumiskan bahan tumis, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga, tumis hingga harum
- Kemudian masukkan bahan yang di kisar halus
- Masukkan juga jintan putih dan jintan manis serta lada sulah
- Masak hingga garing dan terbit minyak
- Kemudian masukkan air secukupnya
- Biarkan air mendidih
- Bila dah didih, masukkan ayam dan kiub ayam
- Biarkan kuah merenih
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
- Akhir sekali masukkan sedikit santan jika suka
- Kacau dan biarkan kuah didih sekali lagi.
- Keluarkan ayam dan toskan
- Carikkan sedikit ayam untuk di buat begedil ayam nanti
- Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keemasan
- Kemudian boleh lah di siat halus.

BEGEDIL AYAM

Bahan-Bahan
1 kg kentang
250 gm ayam yang telah di rebus dan di siat halus-halus
2 biji telur
1/2 cawan bawang goreng
daun sup dan daun bawang ~ di cincang halus
2 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk meggoreng.

Cara Penyediaan
- Kentang di kupas, kemudian di hiris nipis bulat
- Goreng kentang hingga kuning keemasan
- Kemudian di tumbuk atau di lumatkan halus
- Ayam yang kita ambil dari soto tadi, jangan goreng ya.. kita carikkan sedikit yang tak goreng punya dan kita siat-siat halus atau kita ramas-ramas hingga halus
- Anda boleh juga guna daging cincang, jika guna daging cincang, goreng sebentar daging dengan sedikit garam hingga daging empuk
- Satukan kentang lumat dalam bekas
- Masukkan ayam atau daging cincang ( ikut pilihan anda), kemudian masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang yang di cincang, lada sulah dan garam secukup rasa
- Kemudian kacau rata hingga semua sebati
- Kemudian bulat-bulatkan kecil-kecil
- Buat sehingga selesai

- Telur, pecahkan dalam bekas, letakkan secubit garam
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper. (Jangan guna minyak banyak nanti ia serap minyak )
- Celupkan begedil dalam telur dan kemudian goreng dalam kuali
- Bila dah masak atau keemasan, angkat dan toskan minyaknya.

SAMBAL KICAP
Bahan-Bahan
15 tangkai cili padi
6 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
secubit garam
2 biji limau kasturi
Cara Penyediaan
- Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan cili padi
- Masukkan dalam blender bersama kicap manis dan garam
- Kisar halus
- Tuangkan dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi
Soto ni enak di makan bersama:
- Mee Kuning atau nasi himpit atau mee halus
- Taugeh
- Bawang goreng
- Daun sup dan daun bawang ~ hiris halus
- Kacang goreng
- Suhun Goreng
- Daging ayam yang di goreng dan di siat halus
Selamat mencuba!
Kredit resepi & foto: Kak Ina KL & Azlita Aziz
Resepi Bubur Ayam Ala Mcd Paling Simple. Sedap Sungguh!

Bubur Ayam ala Mcd memang sedap. Bagi anda yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, memang sesuai sangat masak menu ni secara homemade. Bila buat sendiri, anda boleh letak aneka bahan sampingan yang disukai. Nak masak pun tidak renyah mana malah kosnya juga jauh lebih murah berbanding yang dibeli. Terasa nak makan Bubur Ayam ala Mcd hari ni? Saudari Uwan Nolly Epin ada kongsikan resipinya. Ringkas je tapi hasilnya sedap. Nanti bolehlah cuba.
CARA MASAK BUBUR AYAM SEDAP ALA MCD

BAHAN-BAHAN:
2-3 keping dada ayam
1 1/2 pot beras – cuci dan toskan
1 1/2 inci halia – hiris nipis macam mancis api
2 kiub pati ayam – beli online disini
Air secukupnya
Minyak bijan – beli online disini
Daun bawang – hiris
Ubi kentang – potong dadu – beli online disini
Maggi cukup rasa secukupnya
Cili merah – untuk hiasan
1 sudu teh lada sulah – jika suka – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air secukupnya.Rebus ayam sehingga empuk dan masukkn kiub pati ayam.
2. Bila ayam sudah masak, keluarkan dan tos airnya.
3. Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam oeriuk rebusan ayam. Masak hingga beras kembang.
4. Masukkan lobak merah. Jika suka boleh masukkan fishcake yang dipotong dadu. Ia akan menjadikan bubur nasi jadi sedap.
5. Sementara tunggu bubur masak, carik-carikkan isi ayam tadi.
6. Bila bubur sudah hampir masak, masukkan hirisan halia. Perasakan dengan garam secukup rasa. Jika tidak cukup masin, boleh tambah serbuk Cukup Rasa.
7. Jika suka bubur yang ada rasa sedikit pedas, boleh masukkan serbuk lada sulah.
8. Akhir sekali, masukkan sebahagian dari ayam carik tadi ke dalam bubur. Gaul sebati dan tutup api.
9. Untuk hidangan, masukkan bubur ke dalam mangkuk, hiaskan dengan ayam carik tadi.
10. Tabur bawang goreng dan hirisan cili merah dengan secukupnya.

11. Jika suka, titiskan sedikit minyak bijan. Bubur Ayam ala Mcd siap untuk dihidangkan.
12. Enak dinikmati bersama telur masin, serunding, nugget dan lain-lain.


Kredit resipi & foto: Uwan Nolly Epin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kari Ikan Sugu Pavitra. Sangat Sedap & ‘Comfirm’ Makan Bertambah
Patutlah Dapat 35K Share. Sambal Garing Pedas Ni Memang Sedap
Resipi Kuih Jongkong Legend & Paling Sedap Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

