Back to basic. Cara paling mudah goreng ayam rangup ala-ala kfc. Jimat dan boleh di nikmati panas-panas. Jom ikut cara Puan Noorastella masak ayam rangup . Pasti tak cukup satu nanti.
Tomyam ayam bersantan, hidangan cukup rasa pedas, manis dan berlemak. Ada lauk macam ni memang tak perlu lagi lauk lain.
Tomyam juga antara masakan yang paling mudah dibuat. Bak kata orang campak campak jadi aje. Janji bahan ramuan kenalah segar.
Ini resipi tom yam ayam dari Nurhayati Abd Malek. Ramuannya memasukkan santan, jadi tom yam ni memang sedap dihirup. Rasa masam dan berlemak sedap. Ada pulak sayur lagi berkhasiat jadinya.
1. Mula-mula masukkan ayam dan air dalam periuk, agak-agak paras tenggelam ayam.
2. Kemudian masukkan serai,halia dan lengkuas tadi. Biarkan mendidih sekejap. Kalau tiada lengkus boleh halia aje. 3. Dah didih tu bolehlah masukkan pes tomyam. 4. Gaul dan masuk cili. Nak pedas masukkan lebih. Sebab bila dah letak santan nanti pedas dia akan kurang.
5. Masukkan daun limau purut. 6. Masukkan pula sayur sayuran.
7. Masukkan bawang Holland.
8. Dah didih tu masukkan santan. Guna santan kotak pun boleh, kacau sekejap.
9. Kemudian masukkan asam gelugor dituruti cili padi . Masukkan garam dan gula secukup rasa.
10.Biasa tak perlu banyak sangat pun sebab dalam pes sendiri dah ada gula dan garam. 11.Siappp! Senang sangat kan masak tomyam ni. Rasa pun sungguh sedap
Macam ayam masak kicap tapi sebenarnya bukan. Memang sedap walaupun cara memasaknya cukup simple. Kadang-kadang, lauk yang sedap ni tak perlu nak beria-ia sangat memasaknya. Cukup ringkas-ringkas je. Boleh cuba masak resipi yang RASA kongsikan ini ya.
AYAM KAM HEONG SIMPLE
BAHAN-BAHAN
Ayam 1/2 ekor
2 biji bawang besar atau bawang holland | potong dadu
3 ulas bawang putih ketuk je
3 tangkai daun kari
10 tangkai cili padi merah/hijau belah dua
2 sudu makan rempah kari ayam bancuhkan
2-3 sudu makan sos tiram
2-3 sudu makan sos cili
2-3 sudu makan kicap manis
CARA MEMBUAT
1. Goreng ayam dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili padi sehingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan rempah kari masak hingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan sos tiram, sos tiram dan kicap. Perasakan dan masukkan ayam. Gaul sebati. Siap!
5. Sedap dengan nasi panas-panas. Sangat mudah, cepat dan sedapppp! Boleh juga tukar kepada udang, ketam atau sotong.
Bagi yang gemar makan lauk yang pedas seperti Sambal Ayam Cili padi, silalah cuba resipi perkongsian saudara Zaid Azizy Yaacob ni. Tengok gambar je pun min dah boleh bayang tahap pedas dia macam mana. Fuhhh!! Memang merecik peluh. Tapi tentunya sedap.
Tongah makan..tetibo berdorai airmato lelaki bujang den…tokojut den …ekau dah kenapo…nak makan pun menangih…dio kato..podeh macam nak tecabuit nyawo.. Laaa…den ingatkn apo tadi… Da namo ea pun samba cili api ayam tecabuit nyawo…hahaha. Resepi turun temurun ni tekauuu…
CARA MASAK SAMBAL AYAM CILI API
BAHAN-BAHAN:
Ayam – potong. Gaul garam kunyit
2 genggam cili api – kisar
2-3 ulas bawang putih – tumbuk
2 batang serai – tumbuk
1-2 biji bawang besar – hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis cili api kisar hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan bawang putih, serai dan bawang besar.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul hingga rata.
Sambal Ayam Cili Api siap untuk dinikmati! Berasap telingo..bedorai airmato..rasa macam nak tecabuit nyawo…