Kian menghampiri Hari Raya menu rendang sememangnya dinantikan. Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung hari ini bersama artis jemputan Mia Nasir menyediakan hidangan Ayam Rendang Cili Api. Aril Pilus tiba di kampung halaman Mia Nasir di Negeri Sembilan. Cantik sungguh perkarangan kampung halaman Mia.
Sambil menyediakan bahan-bahan untuk membuat rendang ayam ni, Aril bertanya tentang resipi tersebut. Menurut Mia resipi Ayam Rendang Cili Api jadi kemestian di kala berbuka. Ia merupakan resipi dari ibunya. Mia tidak keseorangan ditemani oleh adik bongsunya dalam menyediakan hidangan berbuka pada hari itu. Memang leka melihat kedua adik beradik ini, sudahlah cantik, pandai memasak pula.
Menurut Mia untuk memberi keenakkan pada masakan rendang itu, dia menambah AJI-NO-MOTO® Penambah Perisa.AJI-NO-MOTO® boleh naikkan rasa asli daripada semua bahan-bahan dalam masakan. Baru dimasukkan garam, dengan ini, kita boleh kurangkan garam, masakan tetap sedap.
Sebagai pelengkap hidangan adik Mia memasak hidangan kedua, Lempeng Kelapa Manis. Buatnya pun mudah menggunakan SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang.Tepung ini memang berbeza dengan tepung yang ada di pasaran. Ada rasa vanila yang sedap, memang sesuai dengan rasa kelapa.
Dikongsikan resipi buat anda untuk mencubanya.
AYAM RENDANG CILI API
Bahan-bahan:
1 ekor ayam – dipotong 14
Ads
1 sudu besar serbuk kunyit – untuk naikkan warna
½ kg santan pekat
3 helai daun limau purut
1 sudu kecil cili kering kisar
2 sudu besar kerisik
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
1 helai daun kunyit – dihiris
Bahan-bahan (A): Dikisar
2-3 biji bawang besar
15 biji cili padi hijau dan merah – jika suka pedas
3 batang serai
1 inci halia
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
Air secukupnya
Cara memasak:
1.Kisar bahan-bahan (A), jangan terlalu hancur supaya tekstur rendang tidak terlalu halus.
2.Masukkan ayam, serbuk kunyit dan bahan-bahan (A) ke dalam kuali dan nyalakan api kecil dan masak seketika sehingga air ayam kering.
3.Setelah air ayam kering, masukkan santan pekat, daun limau purut dan cili kering kisar.
4.Selalu dikacau di bahagian bawah kuali supaya tidak hangit dan melekat. Kacau dengan perlahan, supaya ayam tidak hancur.
5.Setelah terbit minyak dan hampir kering, masukkan kerisik, dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula.
6.Masak dengan api kecil sehingga kuah sedikit kering mengikut citarasa. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang dihiris halus. Sedia untuk dihidang.
Ads
LEMPENG KELAPA MANIS
Bahan-bahan:
250gm kelapa parut
2 cawan SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang
5gm serbuk penaik (baking powder)
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 sudu kecil garam
150gm gula
2 biji telur (optional)
Air secukupnya
Cara memasak:
Ads
1.Masukkan semua bahan dalam satu bekas kecuali air dan gaul rata.
2.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sedikit likat (cair sedikit dari adunan cekodok).
3.Setelah adunan siap, panaskan kuali dan sapu minyak pada permukaan kuali.
4.Setelah kuali panas, kecilkan api dan masukkan adunan dan leperkan menggunakan belakang sudu.
5.Masak sehingga kedua-dua belah keperangan.
6.Sedia untuk dihidang.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Rasa Nostalgia RamadanBalik Kampung kali ini bersama dengan Izreen Azminda yang berjalan jauh nun ke Kuala Kangsar untuk bersama dengan tetamu istimewa iaitu pelakon berbakat besar, Zul Huzaimy dan juga isterinya untuk memasak resipi-resipi nostalgia istimewa sempena Ramadan.
Kalau melihat aksi beliau di kaca televisyen, watak-watak antagonis, bengis, nakal sememangnya sinonim dengan Zul Huzaimy . Namun di luar set pengambaran, rupanya karakter beliau sangat berbeza! Lucu, mudah tertawa dan mesra. Lihatlah aksi beliau mengusik Izreen sampai melatah. Siap bawa Izreen ‘merempit’ ke kedai untuk pandu lalu beli bahan masak. Macam-macam aksi. Memang tak kering gusi dibuatnya.
Malah ramai yang tidak tahu, Zul Huzaimy ni rupanya pandai memasak. Ia diakui sendiri oleh isteri beliau yang mana bakat memasak ini diwarisi oleh arwah ayahnya. Wow…Hebat juga kan. Menunya pun bukan calang-calang. Nampak sangat sedap.
Dua resipi istimewa yang dikongsi hari ini memang sangat sesuai dimasak di bulan puasa ini. Lebih-lebih lagi bagi yang sukakan sajian orang Utara. Jom cuba. Anda dan keluarga pasti sukakannya.
1.DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket SERI-AJI® Perencah Masak Lada Hitam
50ml air
600-800gm daging – dihiris
Secukupnya minyak masak
3 kuntum munga lawang
1 batang kulit kayu manis
½ cawan air asam jawa
BAHAN-BAHAN (A): PERAPAN DAGING
5 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
BAHAN-BAHAN (B): DIGORENG TANPA MINYAK DAN DIKISAR
10-12 tangkai cili kering (anggaran segenggam-ikut kepedasan masing-masing)
12-15 biji bawang merah
5-7 ulas bawang putih
1 inci halia
CARA MEMASAK:
Larutkan SERI-AJI® Perencah Masak Lada Hitam bersama 50ml air. Ketepikan.
Perap daging dengan bahan-bahan (A) selama 30 minit.
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan-bahan (B) yg telah dikisar dan larutan SERI-AJI® Perencah Masak Lada Hitam. Tumis sehingga pecah minyak dan masukkan daging yang telah diperap.
Gaul rata dan masukkan air asam jawa dan sedikit air.
Masak sehingga kuah agak pekat.
Sedia untuk dihidang.
2. SIRAP BANDUNG TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN:
500 ml sirap
500 ml susu segar
Secukupnya potongan/bebola tembikai
Secukupnya ketulan ais
CARA MENYEDIAKAN:
Campurkan sirap dan susu.
Masukkan tembikai dan ais.
Sedia untuk dihidang.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung sudah memasuki episod ke 14 dimana hari ini menyaksikan aksi Nubhan Ahamad bersama ibunya Badariah Omar atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Jenny yang telah berkongsi sajian-sajian berbuka nostalgia mereka di bulan Ramadan.
Ditemani pengacara Raja Azura yang ke Kuala Pilah menjenguk kampung selebriti ini, banyak rahsia Nubhan masa kecil yang Mak Jenny bongkar. Ha…. Macam-macam kisah ya Nubhan ni.
Memasak depan rumah kampung macam ni, nampak selesa dan tenang je. Menu yang ringkas pun jadi lebih enak dan menyelerakan. Mak Jenny memang ‘sempoi’. Arahkan sahaja masuk bahan apa dulu. Kak Engku dan Nubhan la yang kena masak dan sediakan. Ha….Nasib baik menjadi elok masakannya.
Dua resipi istimewa yang dikongsi hari ini memang sangat sesuai dimasak di bulan puasa ini. Lebih-lebih lagi bagi yang sukakan sajian orang Nogori. Mudah dimasak, rasa pun enak. Memang kena cuba.
1 biji bawang besar (atau boleh tukar dengan 4 biji bawang merah)
3 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering direndam (boleh tambah jika sukakan pedas atau kurangkan jika tidak suka pedas)
3 sudu besar udang kering – direndam
CARA MEMASAK:
Bersihkan dan kopek kulit udang dan potong pada saiz kecil.
Potong kubis, dan lobak kemudian basuh sayuran dan toskan.
Bersihkan dan kopek bawang besar dan bawang putih dan masuk ke dalam pengisar (anda boleh juga tumbuk dengan lesung batu atau potong halus bahan-bahan) kemudian tambahkan cili kering dan udang kering yang seterusnya kisar bahan-bahan sehingga halus dan sekata.
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak, setelah minyak panas tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukan sos tiram dan gaul sekata kemudian tambahkan udang dan gaul secara berkala seterusnya biarkan seketika sehingga udang masak.
Seterusnya masukkan telur dan biar seketika sehingga telur separuh masak kemudian hancurkan telur dan gaul sekata dengan bahan-bahan lain.
Setelah itu masukkan sayur dan SERI-AJI PERENCAH NASI GORENG IKAN BILIS
Akhir sekali tambahkan nasi dan gaul sekata. Setelah itu, anda boleh rasa nasi goreng anda dan boleh perasakan sekali lagi jika tidak menepati citarasa anda.
2.PUDING JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
1 tin jagung manis berkrim
1 tin susu cair
1 ½ cawan gula
1 ½ cawan tepung kastard
3 cawan air
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Satukan air, tepung kastard dan gula. Kacau rata.
Masukkan susu cair, jagung, gula dan garam. Kacau rata. Setelah rata, baru dinyalakan api
Masak sehingga ianya pekat dan kelihatan keluar gelembung gelembung. Bolehlah tutup api dan tuang ke dalam loyang.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung hari ini membawa kita ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang, kampung halaman Johan As’ari.Memang luas perkarangan rumah tersebut. Izreen Azminda datang ke sana untuk berbuka puasa bersama Johan sahabatnya.
Memang best bila menu Kari Kepala Ikan mahu dimasak oleh Johan.Sepupu Johan sama-sama menyediakan menu pada hari itu. Sambil memasak dan bercerita, tahu tahu dah siap satu menu.
Kari ni tambah sedap bila ditambah TUMIX® PERENCAH PATI IKAN BILIS, ada ikan bilis yang sebenar, ada bawang-bawang dan perisa asas seperti garam. Jadi tidak perlu tambah garam lagi.Senang.
Menu pencuci mulut pula, Johan memasak Sira Ubi Kayu untuk tetamunya. Menurut Johan menu tersebut menjadi kegemaran ibunya.
Dikongsikan resipi buat anda yang ingin mencuba.
KARI KEPALA IKAN
Bahan-bahan:
700 gram kepala ikan merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/4 biji bawang besar
1 paket serbuk kari gulai ikan
1 sudu besar serbuk cili
¼ cawan minyak masak
1 batang kulit kayu manis
2 keping bunga lawang
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
2 sudu besar TUMIX® PERENCAH PATI IKAN BILIS
1 biji tomato,dipotong 4
5 batang bendi
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar.Ketepikan.
2.Bancuh serbuk kari dan serbuk cili menjadi pes yang pekat. Ketepikan.
3.Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk kasar bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari dan halba campur hingga naik bau.
4.Masukkan pes serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana
5.Masukkan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan santan pekat, perasakan dengan TUMIX® PERENCAH PATI IKAN BILIS secukup rasa.
6.Akhir sekali masukkan tomato dan bendi, masak selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu
7.Siap untuk dihidang.
SIRA UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
500gm ubi kayu 5 sudu besar gula merah 5 sudu besar gula pasir 2 helai daun pandan, disimpul Air secukupnya Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Kupas dan rebus ubi kayu sehingga empuk
2.Sediakan periuk, masukkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan sedikit air ke dalamnya
3.Masak gula sehingga pekat dan likat.
4.Setelah itu, masukkan pula ubi kayu yang telah direbus. Perasakan dengan garam secukup rasa dan kacau perlahan-lahan.
5.Apabila ubi kayu telah mesra dengan gula, padamkan api.
6.Sedia untuk dihidang.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.