Ayam Rendang Cili Api & Lempeng Kelapa Manis Juadah Kegemaran Mia Nasir Ketika Berbuka

Share

Kian menghampiri Hari Raya menu rendang sememangnya dinantikan. Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung hari ini bersama artis jemputan Mia Nasir menyediakan hidangan Ayam Rendang Cili Api. Aril Pilus tiba di kampung halaman Mia Nasir di Negeri Sembilan. Cantik sungguh perkarangan kampung halaman Mia.

Sambil menyediakan bahan-bahan untuk membuat rendang ayam ni, Aril bertanya tentang resipi tersebut. Menurut Mia resipi Ayam Rendang Cili Api jadi kemestian di kala berbuka. Ia merupakan resipi dari ibunya. Mia tidak keseorangan ditemani oleh adik bongsunya dalam menyediakan hidangan berbuka pada hari itu. Memang leka melihat kedua adik beradik ini, sudahlah cantik, pandai memasak pula.

Menurut Mia untuk memberi keenakkan pada masakan rendang itu, dia menambah AJI-NO-MOTO®

Penambah Perisa.AJI-NO-MOTO® boleh naikkan rasa asli daripada semua bahan-bahan dalam masakan. Baru dimasukkan garam, dengan ini, kita boleh kurangkan garam, masakan tetap sedap.

Sebagai pelengkap hidangan adik Mia memasak hidangan kedua, Lempeng Kelapa Manis. Buatnya pun mudah menggunakan SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang.Tepung ini memang berbeza dengan tepung yang ada di pasaran. Ada rasa vanila yang sedap, memang sesuai dengan rasa kelapa.

Dikongsikan resipi buat anda untuk mencubanya.

AYAM RENDANG CILI API

 Bahan-bahan:

1 ekor ayam – dipotong 14

1 sudu besar serbuk kunyit – untuk naikkan warna

½ kg santan pekat

3 helai daun limau purut

1 sudu kecil cili kering kisar

2 sudu besar kerisik

1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®

1 sudu besar garam

1 sudu besar gula

1 helai daun kunyit – dihiris

Bahan-bahan (A): Dikisar

2-3 biji bawang besar

15 biji cili padi hijau dan merah – jika suka pedas

3 batang serai

1 inci halia

4 hiris lengkuas

1 inci kunyit hidup

Air secukupnya

Cara memasak:

1.Kisar bahan-bahan (A), jangan terlalu hancur supaya tekstur rendang tidak terlalu halus. 

2.Masukkan ayam, serbuk kunyit dan bahan-bahan (A) ke dalam kuali dan nyalakan api kecil dan masak seketika sehingga air ayam kering. 

3.Setelah air ayam kering, masukkan santan pekat, daun limau purut dan cili kering kisar.

4.Selalu dikacau di bahagian bawah kuali supaya tidak hangit dan melekat. Kacau dengan perlahan, supaya ayam tidak hancur. 

5.Setelah terbit minyak dan hampir kering, masukkan kerisik, dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO®

, garam dan gula.

6.Masak dengan api kecil sehingga kuah sedikit kering mengikut citarasa. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang dihiris halus. Sedia untuk dihidang.

 

LEMPENG KELAPA MANIS

Bahan-bahan:

250gm kelapa parut

2 cawan SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang

5gm serbuk penaik (baking powder) 

½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®

1 sudu kecil garam

150gm gula       

2 biji telur (optional)

Air secukupnya

Cara memasak:

1.Masukkan semua bahan dalam satu bekas kecuali air dan gaul rata.

2.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sedikit likat (cair sedikit dari adunan cekodok).

3.Setelah adunan siap, panaskan kuali dan sapu minyak pada permukaan kuali.

4.Setelah kuali panas, kecilkan api dan masukkan adunan dan leperkan menggunakan belakang sudu.

5.Masak sehingga kedua-dua belah keperangan.

6.Sedia untuk dihidang.

 

TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.

Published by
Putri