Makan

Ayam Sambal Lada Daun Kesum, Makan Dengan Nasi Panas Sedap Sungguh

Share

Ayam sambal lada daun kesum ini boleh jadi pengganti ayam sambal biasa. Dengan aroma daun kesum ia bukan saja wangi tapi juga makin enak.

Sedap dimakan dengan nasi panas, ayam sambal lada daun kesum ini memang boleh buat kita menambah nasi walaupun waktu sahur.

Resipi ayam sambal lada daun kesum

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam -gaul garam kunyit dan goreng jangan garing
1-2 batang serai -diketuk
1 batang timun Jepun -buang biji dan potong kecil
2 ikat daun kesum
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air asam jawa (jangan pekat)
3 kali renjis sos ikan
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1/2 cawan air
3/4 cawan minyak baki goreng ayam untuk menumis

Bahan kisar kasar

2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 batang serai
10 tangkai cili padi siam (merah)
1 tangkai cili besar merah
10 tangkai cili padi siam (hijau)
Halia sebesar ibu jari

Cara memasak ayam sambal lada daun kesum

1. Panaskan minyak masak, masukan serai dan goreng hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar. Tumis hingga hingga masak.

2. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan bahan perasa. Kkacau lagi hingga naik minyak.

3. Tuang sedikit air, biar mendidih lalu masukkan ayam dan daun kesum. Kacau rata dan sesuaikan rasa.

4. Letak timun, kacau rata dan terus tutup api supaya timun masih rangup, tidak layu ketika dimakan.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

Baca Lagi: Resipi Ayam Sambal Tumis Serai

 

Published by
Rose