Ayam sambal tumis serai ini simple saja cara memasaknya. Bahan-bahan pun yang sudah tersedia ada di dapur rumah kita.
Tapi, jangan pandang sebelah mata. Sekali makan, boleh buat makan nasi bertambah-tambah tau!
Selain itu, bukan makan dengan nasi je sedap. Maka dengan nasi himpit pun sedap sangat. Ikut resipi yang dikongsikan oleh puan CikJue Borhan ini.
1/2 ekor ayam – cuci bersih
5 ulas bawang putih (kisar)
3 biji bawang merah (kisar) – boleh beli online di sini
6 batang serai (2 diketuk, 4 dikisar)
Cili boh (nak guna cili kering kisar pun boleh) – boleh beli online di sini
1-2 sudu makan sos cili (ikut cita rasa korang)
Sekeping asam gelugur – boleh beli online di sini
Sedikit garam dan gula
Serbuk kunyit
Minyak masak – boleh beli online di sini
Mula-mula, panaskan minyak dan goreng ayam yang telah dilumur dengan serbuk kunyit dan garam. Setelah garing, angkat dan ketepikan.
Tumiskan bahan yang telah dikisar bersama dua batang serai yang telah diketuk sehingga betul-betul garing dan wangi.
Masukkan cili boh, kacau dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili. Gaul sebati.
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul lagi sehingga rata. Masuk sedikit air jika nak ingin sedikit kuah. Akhir sekali, masuk asam keping, garam dan gula secukup rasa.
Biar seketika. Siap! Boleh dihidangkan dan makan bersama nasi panas-panas.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official