Resipi Ayam Tomato Keju ni antara menu wajib ada dalam senarai masakan anda ketika hari raya. Gabungan rasa masam manis daripada sos tomato dengan keju Perfect Italiano Mozzarella yang mencair membuatkan lauk ini lebih istimewa. Sesuai dimakan bersama nasi panas, roti atau pasta. Pasti buat anda tambah berkali-kali. Jom cuba.
AYAM TOMATO KEJU
Bahan-bahan:
½ ekor ayam | dipotong kecil, digaul bersama serbuk kunyit & garam
1 biji bawang merah | dihiris
4 ulas bawang putih | dikisar kasar
1 sudu besar sos tiram
2 batang serai | dititik
200gm pes tomato
100gm cili kisar
80gm Perfect Italiano Mozzarella
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Daun ketumbar | hiasan
Minyak masak | untuk menggoreng
Cara Memasak:
Gorengkan ayam yang telah digaul bersama serbuk kunyit dan garam hingga separuh masak. Asingkan.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan serai hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tunggu sehingga pecah minyak.
Masukkan pes tomato, sos tiram dan keju Perfect Italiano Mozzarella lalu gaul sebati.
Masukkan ayam tadi dan perasakan. Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.
Bestnya kalau cuaca panas-panas ni dapat makan makanan yang sejuk kan? Jom kita buat Agar-Agar Yogurt Buah Campur untuk berbuka puasa nanti. Tak perlu bahan yang banyak pun dah boleh buat satu hidangan pencuci mulut yang sedap dan menyegarkan. Hidangan ini ternyata lebih sedap kerana ia menggunakan Fernleaf Yogurt Asli yang diperbuat dengan kebaikan susu 100% dari New Zealand. Yogurt ini pastinya menjadi pilihan kerana ia rendah lemak dan tiada gula tambahan. Jom cuba, pasti licin sepinggan!
AGAR-AGAR YOGURT BUAH CAMPUR
Bahan-bahan:
20gram agar-agar kering/tali
200gram Fernleaf Yogurt Asli
200ml Fernleaf Susu UHT
400ml air
180gram gula
1 cawan buah-buahan campur
Cara Memasak:
Satukan agar-agar kering dengan air dan gula. Didihkan hingga semua bahan larut. Tapis dan masukkan semula dalam periuk.
Masukkan Fernleaf Susu UHT dan didihkan dengan api yang kecil untuk beberapa minit.
Tutup api, masukkan Fernleaf Yogurt Asli dan buah-buahan campur. Kacau sebati.
Tuang ke dalam acuan pilihan dan sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya satu jam. Hidangkan sejuk.
Jom kita buat Tauhu Berinti Daging dan Keju untuk hidangan moreh nanti. Senang je cara nak buat tauhu ni. Hanya sudukan inti daging ke dalam tauhu dan letakkan kepingan keju di atasnya lalu bakar di dalam air fryer. Dah siap! Untuk meningkatkan rasa hidangan, gunakan Anchor Cheese Slices yang tinggi dengan kalsium dan protein. Sesuai untuk seisi keluarga. Anak-anak pun mesti suka hidangan ini. Tak jemu dimakan.
TAUHU BERINTI DAGING DAN KEJU
Bahan-bahan:
8-10 biji tauhu ringan (tauhu pok) – belah empat dan terbalikkan
4 keping Anchor Cheese Slices – potong empat
200gram daging kisar
50gram Anchor Salted Butter
1 batang daun bawang – hiris halus
1 labu bawang besar – cincang halus
2 ulas bawang putih – cincang halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh chilli flakes
½ sudu teh lada sulah
Garam secukupnya
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Salted Butter di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
Masukkan daging kisar, sos tiram dan chilli flakes. Tumis hingga daging empuk.
Masukkan hirisan daun bawang, lada sulah dan gaul rata. Tambah garam jika perlu. Sejukkan sebentar.
Ambil sesudu makan inti daging lalu masukkan ke dalam tauhu pok. Ulangi proses hingga semua bahan habis.
Letak beberapa potongan Anchor Cheese Slices di atas inti.
Bakar di dalam air fryer selama 6-7 minit. Hidangkan panas.
Tiada siapa yang boleh menolak jika dihidangkan Butter Chicken di depan mata. Kali ini resipinya agak lain sedikit, tidak seperti Butter Chicken yang lain. Kenapa lain? Tentunya kerana menggunakan keju Perfect Italiano Parmesan yang menambah rasa dalam hidangan anda. Memang cukup enak! Wajib cuba.
BUTTER CHICKEN
Bahan-bahan:
3 keping ayam | bahagian thigh
1 cawan Anchor Cooking Cream
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk cili
2 inci halia | dihiris halus
3 ulas bawang putih | dicincang
4 sudu besar pes tomato
1 biji jus lemon
4 sudu besar Anchor Butter Unsalted
50gm keju Perfect Italiano Parmesan
Cara Memasak:
Tumiskan ayam bersama Anchor Butter Unsalted, halia dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan serbuk kunyit, serbuk cili dan pes tomato.
Tambahkan Anchor Cooking Cream, jus lemon dan keju Perfect Italiano Parmesan. Masak hingga sebati dan kuah memekat.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!