Makan

Ayam Tomato Keju, Resipi Mudah & Tak Muak Makan

Share

Resipi Ayam Tomato Keju ni antara menu wajib ada dalam senarai masakan anda ketika hari raya. Gabungan rasa masam manis daripada sos tomato dengan keju Perfect Italiano Mozzarella yang mencair membuatkan lauk ini lebih istimewa. Sesuai dimakan bersama nasi panas, roti atau pasta. Pasti buat anda tambah berkali-kali. Jom cuba.

AYAM TOMATO KEJU

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam | dipotong kecil, digaul bersama serbuk kunyit & garam
  • 1 biji bawang merah | dihiris
  • 4 ulas bawang putih | dikisar kasar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 batang serai | dititik
  • 200gm pes tomato
  • 100gm cili kisar
  • 80gm Perfect Italiano  Mozzarella
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Daun ketumbar | hiasan
  • Minyak masak | untuk menggoreng

 

Cara Memasak:

  1. Gorengkan ayam yang telah digaul bersama serbuk kunyit dan garam hingga separuh masak. Asingkan.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan serai hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tunggu sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan pes tomato, sos tiram dan keju Perfect Italiano Mozzarella lalu gaul sebati.
  4. Masukkan ayam tadi dan perasakan. Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.
  5. Ayam Tomato Berkeju siap untuk dihidangkan.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma