Ayam tumis tomyam ini tak banyak kuah macam masakan tomyam yang biasa kita makan tapi yang pasti ianya sedap.
Bahan yang digunakan untuk buat masakan ini pun lebih kurang sama dengan penyediaan tomyam, cuma tak dicampur dengan sotong atau udang. Lengkap dengan sayur, hidang satu lauk ini pun dah lengkap.
½ ekor ayam – potong kecil
1 sdb bawang putih kisar
1 sdb bawang merah kisar
3 sdb cili kisar
2 batang akar ketumbar
3 helai daun limau purut
2 batang serai -potong serong
2 sdb pes tomyam
1 sdb sos tiram
1 sdb sos cili
Bunga kobis
Kacang panjang
Putik jagung
Bawang holland
Lengkuas
Daun ketmbar
Cili padi dan cili padi merah
1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat ketepikan.
2. Guna minyak yang sama tapi dikurangkan tumis bawang putih, bawang merah, cili kisar, batang ketumbar, serai dan daun limau purut.
3. Tumis sampai cili garing, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau seketika.
4. Kemudian masukkan ayam dan semua sayur, bawang holland, lengkuas dan cili padi. Tambah sikit air supaya tak kering sangat. Kacau sebati.
5. Kemudian perasakan dengan sedikit garam dan gula. Akhir sekali sekali tabur daun ketumbar, bawang holland dan taburan cili padi.
Siap. Satu lauk ini saja dah cukup sebab dah ada sayur sekali.
Kredit resipi & foto: Qaseh Jue Aisya
Baca Lagi: Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas, Peminat Tomyam Kena Cuba