Siapalah yang tak kenal dengan Mas Idayu atau lebih mesra dipanggil Mommy (mami). Beliaulah penyanyi dangdut otai yang telah lama menempa nama di Malaysia dan Indonesia. Malah beliau kerap dilantik menjadi pengkritik atau juri dalam pelbagai program televisyen yang menampilkan pencarian penyanyi baru di arena bidang seni.

 

Ayooo, Buat Hal! Mas Idayu Berdangdut Sambil Masak Bersama Chef Wan

Rancangan RASA Nostalgia Ramadan kali ini menampilkan Mas Idayu sebagai tetamu jemputan. Memang berdangdutlah hos Chef Wan bila ada Mas Idayu di set penggambaran. Chef Wan pun bukan main menari lagi sampai sakit pinggang.

Selamba Mas Idayu berseloroh, “Sudahlah Datuk, dah tua!”

Mas Idayu tampil cantik dengan baju kurung moden bercorak jalur. Rona coklat begitu sesuai dengan penyanyi lagu Cintaku Seratus Persen ini.

 

Ayooo, Buat Hal! Mas Idayu Berdangdut Sambil Masak Bersama Chef Wan

IKLAN

Pose istimewa buat seluruh pembaca majalah RASA.

 

Lebih menarik, kali ini mereka berdua memasak lauk untuk berbuka puasa iaitu Sotong Masak Hitam dan pemanis mulut iaitu Bubur Somsom. Kedua-dua masakan ini dekat dengan Mas Idayu kerana dia memang suka makan sotong termasuklah ahli keluarga.

Selain itu, Mas Idayu juga suka dengan pelbagai lagi manisan misalnya Bubur ChaCha dan Bubur Candel.

RASA berikan resipi menarik yang boleh korang semua cuba masak sendiri di dapur. Serius memang sedap dua hidangan ni tau!

SOTONG

Ayooo, Buat Hal! Mas Idayu Berdangdut Sambil Masak Bersama Chef Wan

IKLAN

BAHAN-BAHAN

1/2 kg sotong
Minyak masak untuk menumis
1 labu bawang besar (hiris bulat)
2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
1/2 inci halia (tumbuk kasar)
2 batang serai
4 tangkai cili padi
Sedikit air
Garam cukupnya

CARA MEMBUAT

1. Bersihkan sotong tapi jangan buang dakwat hitamnya. Potong sotong, toskan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Masukkan serai. Tumis lagi.
4. Masukkan cili padi dan dakwat sotong.
5. Masukkan sotong. Kacau seketika.
5. Kacau dan biarkan sotong keluar airnya. Boleh tambah air sedikit kalau suka kuah banyak. Biarkan seketika sampai sotong masak.
6. Matikan api dan sedia dihidang.

 

BUBUR SOMSOM

Ayooo, Buat Hal! Mas Idayu Berdangdut Sambil Masak Bersama Chef Wan

IKLAN

BAHAN BUBUR SOMSOM

1 cawan tepung beras
5 cawan santan
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit pewarna hijau

CARA MEMBUAT BUBUR SOMSOM
1. Ayak dulu tepung supaya tak berketul ketika dimasak.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau hingga tepung larut sepenuhnya.
3. Dengan api sederhana, kacau sehingga adunan pekat. Adunan memang akan mendidih dan meletup-letup.
4. Tunggu sehingga adunan likat. Matikan api.

BAHAN AIR GULA
3 ketul gula melaka saiz mini
1 cawan air
2 helai daun pandan (disimpul)
Secubit garam

CARA MEMBUAT AIR GULA
1. Masukkan semua bahan dalam periuk . Masak sehingga mencicih dan gula larut.
2. Kemudian tapiskan air gula.

Selamat mencuba!

Jangan lupa saksikan episod seterusnya dalam rancangan RASA Nostalgia Ramadan di Astro Prima dan Prima HD sepanjang bulan Ramadan ini. Rancangan ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 5 petang. RASA Nostalgia Ramadan dihebatkan oleh Coway.

Korang mesti suka jugak resipi masakan IFA RAZIAH ni.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI