JOM MASAK, CERITA & MENANG DALAM #KISAHKARIKU

Sempena Hari Kari Malaysia BABA’S, BABA’S ingin berkongsi rezeki serta mengangkat masakan dan hidangan Kari Malaysia sebagai makanan ikonik seluruh rakyat Malaysia. Oleh itu, RASA dan BABA’S mengambil peluang ini untuk menganjurkan peraduan Masak, Cerita dan Menang dalam video pendek atau gambar masakan #kisahkariku.

CARA PENYERTAAN

VIDEO

ARTIKEL

Pertandingan Akhir Memasak #kisahkariku Berakhir Meriah, Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

Kempen #kisahkariku, anjuran bersama Majalah RASA dan jenama rempah premium BABA’S melabuhkan tirai dengan berlangsungnya Pertandingan Akhir Memasak #kisahkariku pada Sabtu, 23 November baru-baru ini di Sunway Putra Mall bersama enam orang finalis bertuah. Memang cukup meriah!

INFO PRODUK

Jenama BABA’S telah sinonim dengan rempah ratus berkualiti premium, serbuk kari yang benar-benar vegetarian, tepung dan pracampuran sejak 47 tahun yang lalu.  Hari ini, sebagai jenama rempah ratus utama Malaysia, popularitinya telah melangkaui sempadan budaya dan masakan yang wujud dalam masyarakat berbilang budaya dan etnik Malaysia. Setiap produk dalam rangkaian BABA’S diperbuat hanya daripada bahan-bahan berkualiti tinggi yang sesuai untuk pengguna Vegetarian dan sama sekali tidak mengandungi bahan-bahan yang berasal dari daging atau makanan laut.