BUBUR lambuk merupakan juadah yang dinantikan oleh masyarakat setiap kali tiba Ramadan.Sempena bulan yang mulia ini pengeluar rempah ratus terkemuka, BABA’S mengagihkan sebanyak 1,500 bekas bubur lambuk kepada masyarakat sekitar Shah Alam pada program Rasa Bubur Lambuk Warisan di Aeon Mall Shah Alam, baru-baru ini.
Seperti tahun lepas, resipi bubur yang disediakan pada program ini direncahkan oleh produk BABA’S.Bagi menghasilkan bubur lambuk yang enak, rempah utama yang digunakan ialah Serbuk Jintan Manis BABA’S , Serbuk Rempah Sup BABA’S, Serbuk Rempah Kurma BABA’S ,Serbuk Lada Sulah BABA’S dan Serbuk Lada Hitam BABA’S.
Ketua Pemasaran BABA’S Product (M) Sdn Bhd, Azrain Mohamad dan kakitangan BABA’S bergotong-royong memeriahkan acara rewang program bubur lambuk ini.Bermula dengan aktiviti memasak, menampal sticker bekas bubur lambuk, menuang bubur ke dalam bekas agihan juga pengedaran bubur lambuk kepada masyarakat setempat.
Pada program ini juga, turut diadakan demo masakan oleh Chef Qayyum menggunakan rempah dari BABA’s. Tambah meriah adanya kuiz tentang produk BABA’S, komitmen orang ramai begitu baik. Masing-masing ingin menang produk dari BABA’S.
BABA’S dan wakil kerja Nu Ideaktiv mengedarkan bubur lambuk buat komuniti
di hospital, balai bomba dan balai polis.
Azrain menyatakan pandangan positif terhadap penglibatan BABA’S dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini.Beliau menyatakan, “Kami di BABA’S sangat berbesar hati dapat bekerjasama dalam program inidan sangat komited untuk menyumbangkan kebolehan dan kepakaran kami dalam menyediakan rempah ratus dalam usaha memasak bubur lambuk untuk masyarakat setempat.
Beliau turut menekankan nilai-nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial yang
dipegang teguh oleh BABA’S. “Penglibatan kali kedua dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini adalah bukti komitmen kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat tempatan.Kami percaya bahawa melalui usaha bersama dengan Majalah RASA, kita dapat memberikan impak positif kepada mereka yang memerlukan, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam.”
BABA’S berbesar hati dan bersyukur kerana dapat bersama-sama menjayakan program mulia ini sempena bulan Ramadan yang barakah.Harapan BABA’S agar program seumpama ini diteruskan dan dapat meneruskan tradisi dengan Nu Ideaktiv melalui Majalah Rasa.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official