Kuih donut memang tidak dapat dipisahkan dengan anak-anak. Teksturnya yang lembut dan gebu menjadikan anak ketagih nak makan. Hidang setiap hari pun tak mengapa, tidak menjemukan. Boleh buat baby cakoi dan baby donut, makan panas-panas memang ngam. Jom cuba resepi yang dikongsi oleh Missz Amira.
BABY CAKOI
Langkah 1 3 cawan tepung gandum 2 sudu besar marjerin/mentega/butter 1 sudu kecil garam
Cara membuat: 1.Campur semua dan gaul sampai jadi serbuk roti.
Langkah 2 1 cawan air suam 2 sudu besar susu pekat 1 sudu besar gula 1 biji telur 1 sudu besar yis
Ads
Cara membuat: 1.Campur semua, kacau sebati dan terus masukkan ke dalam tepung tadi.
Langkah 3 1. Uli hingga sebati. Doh memang lembik sedikit jangan risau, Nanti dah kembang doh akan lebih gebu dan senang dibentuk. 2.Biarkan naik/kembang 2 kali ganda (bajet masa 30 /40minit/1 jam) bergantung pada cuaca/yis/doh. 3.Bila dah naik/kembang tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin.
Langkah 4 1.Untuk elak melekat pada tangan gunakan tepung gandum untuk bentukkan baby cakoi dan donut. 2.Baby cakoi – gelek-gelekkan doh atas papan bagi panjang dan potong ikut saiz yang kita nak kemudian kepitkan antara dua. 3.Baby donut – bulatkan doh kemudian tekan leper dan tekap menggunakan penutup botol/nozel 4.Biarkan naik/kembang 2 kali ganda (bajet masa 30/40minit/1 jam) bergantung pada cuaca/yis/doh. 5.Panaskan minyak. Pastikan betul-betul panas. Goreng gunakan api kecil serdahana.
Ads
Baby cakoi yang dah naik 2 kali ganda. Sedia untuk digoreng.
Pulut Inti, antara menu pulut tradisional yang masih kekal disukai ramai sehingga kehari ini. Anda yang menyukai pulut ini boleh cuba membuatnya kerana kebanyakan bahannya ada di dapur anda. Bagi yang baru nak mencuba, berikut dikongsikan resipinya. Memang tak menyesal anda cuba dan tak perlu keluar rumah hanya sekadar nak beli pulut initi.
PULUT INTI: BAHAN-BAHAN: INTI: 1/2 biji kelapa parut 3 keping gula melaka sedikit gula putih (ikut citarasa masing-masing) sedikit air 2 sudu besar tepung gandum 2 helai daun pandan disimpul secubit garam PULUT: 4 pot beras pulut | rendang 2-3 jam 3 pot santan daripada 1/2 biji kelapa garam secukup rasa 2 helai daun pandan disimpul
BAHAN LAIN:
Daun pisang
Daun pandan
CARA MEMASAK:
Untuk memasak pulut: Sediakan periuk pengukus. Bersihkan beras yang telah direndam terlebih dahulu, toskan.
Masukkan garam ke dalam santan kemudian tuang ke dalam bekas beras pulut dan masukkan daun pandan yang disimpul tadi.
Kukus pulut, selepas 10 minit, kacau pulut. Masak lagi 10 minit.
Setelah masak biarkan sejuk sebelum membungkus.
Sementara pulut sejuk sediakan inti kelapa: Satukan gula melaka, gula putih, daun pandan, secubit garam dan sedikit air.
Masak hingga gula larut. Masukkan kelapa, kacau sebati, kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata.
Masak hingga kering dan sentiasa dikacau hingga masak. Tutup api.
Sejukkan inti dahulu sebelum membungkus.
Untuk membungkus, layukan daun pisang terlebih dahulu. Potong daun pisang mengikut saiz yang sesuai.
Ambil sedikit pulut. Letak daun pandan, kemudian letak inti secukupnya.
Anda suka makan Kuih Keria? Apa kata cuba resipi yang menggunakan campuran ubi keledek perkongsian saudari Masni Bahari ni. Memang sedap dan lembut je bila dimakan. Pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK KUIH KERIA UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
3 cawan ubi keledek oren – rebus lembut & lenyek
1 sudu makan tepung beras
4 sudu makan tepung gandum
Sedikit garam
Gula – untuk salut kuih nanti
CARA MEMASAK:
1. Ubi yang telah direbus perlu dilenyek. Letak sedikit garam dan biarkan sejuk. 2. Bila ubi dah sejuk, masukkan kesemua tepung dan uli. Jika tepung masih melekat di tangan, biarkan sahaja. Biar adunan selama 1/2 jam. 3. Bahagikan doh dan bentukkan adunan menjadi bentuk kuih keria. Harus diingat, masa bentukkan adunanm harus sapu minyak masak pada tangan. Ia bertujuan nak elak adunan melekat. 4. Panaskan minyak masak guna api sederhana dan goreng kuih keria tadi. Angkat dan ketepikan. 5. Untuk menyediakan salutan gula, masukkan 5 sudu makan gula dan sedikit air ke dalam kuali. Masak dan kacau sampai pekat dan bertali. 6. Masukkan kuih yang digoreng tadi dan kacau sampai gula menjadi keras. 7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kalau sebut tentang pencuci mulut tradisional Melayu, pengat ubi keledek memang tak boleh dilupakan. Gabungan ubi keledek lembut, santan pekat berlemak, dan gula melaka yang wangi memang buat ramai teringat nostalgia dapur mak-mak kita dulu.
Resepi ni bukan saja senang, tapi hasilnya memang lemak manis seimbang dan tak muak. Jom kita tengok cara nak buat pengat ubi keledek paling sedap dan mudah, sesuai untuk minum petang atau sajian hari biasa bila teringin.
PENGAT UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
3 biji keledek oren
3 biji keledek ungu 1 kotak santan (200ml) 2 Helai daun pandan 1 ketul besar gula melaka 3 Sudu besar sagu – direndam 3 sudu besar gula
Garam secukupnya
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Tip & Variasi Menarik:
Nak lebih wangi? Boleh tambah sedikit sagu atau pisang semasa masak.
Guna ubi keledek ungu untuk warna yang lebih menarik dan rasa manis semula jadi.
Kalau nak versi sihat, boleh gantikan gula melaka dengan madu kelulut atau stevia.
Mudah kan cara buat pengat ubi keledek lemak manis ni? Cuma guna bahan asas tapi hasilnya memang padu dan klasik!
Kalau rindukan rasa manisan kampung, resepi ni memang wajib cuba. Sekali suap, confirm teringat zaman kecil makan pengat panas-panas lepas balik sekolah.
Jangan lupa kongsikan dengan keluarga atau simpan dalam koleksi resipi tradisional sebab pengat ubi keledek ni antara pencuci mulut Melayu yang patut diwariskan sampai generasi seterusnya.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.