Bawang putih memang biasa digunakan dalam masakan. Namun fungsinya bukan sahaja menyedapkan makanan sahaja tau. Terlalu banyak khasiat yang terkandung dalam bawang putih ini. Abaikan baunya yang kurang enak itu. Lihat dari segi manfaatnya pada tubuh badan anda.
kredit: healthline.com
Bagi yang kuat bekerja, kurang rehat serta tidak terlalu gemar mengurut, badan anda pastinya selalu sakit-sakit dan rasa kurang selesa. Jika termakan makanan-makanan yang berangin serta sejuk, kesannya memang terasa pada badan. Habis sakit-sakit. Betul tak? Jika anda alamai masalah ini, cubalah atasinya dengan menggunakan bawang putih.
Melalui perkongsian saudari ChaSya Aripin, beliau menunjukkan cara-cara untuk menikmati bawang putih secara mudah, tanpa bakar serta tidak berbau. Anda mungkin boleh mula mengamalkan petua ini.
Ads
“ Terima kasih pada sis yang ajar haritu. Bawang putih letak atas nasi yang baru masak. Biar sekejap. Rasa rapuh macam gigit ubi. Tak ada pun rasa yang tak best tu. Suami cakap jenuhla membeli bawang putih aje lepas ni Malam tadi dah try 2 ulas, lulus. Hari ni up skit.
Cara saya: Basuh bersih bawang putih, potong hujung tampuk sikit. Kemudian benam dalam nasi yang baru masak. Nanti wap panas nasi akan masakkan bawang tu. Warna bawang akan bertukar jernih. Nasi tak ada bau dan rasa bawang. Sebelum makan, buang kulit.
Ads
Khasiat dia banyak, buang angin dalam badan, up imun dan antibodi badan kita dan anak yang menyusu.Selebihnya kena google. Bonusnya, boleh kurus sekali.”
kredit: www.newleaf.com
Ha…mudah kan? Jadi hari ni bolehlah cuba buat. Anda juga boleh menikmati bawang putih secara menggoreng tanpa minyak , panggang di dalam ketuhar atau dibakar. Selamat mencuba semua!
Kalau suka makan hidangan berasas keledek elok sangat kalau tanam sendiri pokoknya. Walaupun tiada laman tak tak jadi masalah. Meskipun keledek tanaman menjalar tapi tak semestinya perlu ditanam atas tanah, dalam plastik beras pun boleh.
Keledek tetap menjadi dan banyak hasilnya. Bagi yang nak cuba tanam keledek menggunakan plastik beras ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Jatye Atie Christie.
Daripada buang beg plastik beras, kita buat macam ni ya! Dapat juga makan keledek yang manis ni kan.
Tanam keledek dalam plastik beras
Boleh guna plastik beras 5kg, atau 10kg. Tebuk bahagian bawah untuk pengaliran air.
2. Ambil tanah hitam, Cocopeat dan tanah biasa masukkan dalam plastik tadi.
3. Kemudian cucuk saja keratan batang keledek dalam tanah. Boleh juga tanam guna ubinya.
4. Siram sekurang-kurangnya sekali sehari dan letak di kawasan yang kena cahaya matahari.
5. Buatkan pancang kayu kerana pokok ini menjalar. Keledek boleh dituai selepas 3 bulan.
Yang ini, bawah beg plastik pun masih ada ubi. Bila dah tuai ambil keratan batang pokok keledek dan tanam lagi.
Tip kerat batang pokok keledek untuk ditanam
Penanaman secara keratan boleh dilakukan dengan memotong batang ubi keledek dalam lingkungan panjang 20cm hingga 30cm.
Kemudian, tanam keratan tersebut secara condong dan pastikan suku daripada bahagian keratan tersebut timbul pada bahagian permukaan tanah.
Kalau masih guna dapur gas, proses merebus kentang, daging, atau kacang dhal sehingga empuk biasanya mengambil masa. Gas pun banyak habis untuk tujuan ini.
Lainlah kalau ada pressure cooker, masa yang diperlukan mungkin cuma 15 minit saja. Tapi tak semua rumah ada pressure cooker ini.
Untuk yang tiada mungkin boleh praktikkan teknik 5:30:7 untuk merebus bagi menjimatkan masa dan juga gas. Cara ini dikongsi oleh Nor Izan Mustapa.
Teknik ini digunakan beliau untuk merebus kentang, keledek, kacang kuda, kacang hijau dan juga daging. Semuanya menjadi!
Macam mana teknik 5:30:7?
Begini langkahnya;
1. Masak air dalam periuk sampai mendidih.
2. Masukkan daging/kentang/keledek ke dalam air mendidih.
3. Biarkan ia mendidih selama 5 minit (Perhatikan masa, kira dari mula mendidih selepas masuk bahan.
4. Selepas 5 minit, tutup api dan tutup periuk dengan penutup. Biarkan selama 30 minit. Jangan sesekali buka penutup.
5. Selepas 30 minit, hidupkan semula api. Biarkan mendidik selama 7 minit (kira masa dari mula mendidih). 6. Matikan api.
TIP
Untuk kacang kuda, rendam dulu semalaman sebelum rebus. Masukkan daun kari, sedikit garam dan gula semasa didihkan air. Saya tutup periuk sepanjang merebus.
Untuk daging masukkan sedikit minyak dan garam sebelum rebus.
Tip ini boleh digunakan untuk bahan yang memerlukan masa lama untuk merebus, contoh kaki ayam.
Sesetengah individu memilih untuk memasak menggunakan santan kelapa yang asli. Katanya santan kelapa yang diperah sendiri lebih berlemak rasanya. Untuk memastikan perahan santan pekat, boleh cuba tip yang dikongsi oleh Yatie Eimra ini. Mungkin agak leceh tetapi berbaloi. Masakan anda pun pasti akan rasa lebih sedap berlemak.
TIP PERAHAN SANTAN PEKAT
1. Gunakan air panas-panas suam dan menggunakan pengisar. Jika guna air yang terlampau panas boleh menyebabkan santan pecah minyak.
2. Nisbah air adalah 1:1 atau jika kelapa parut disimpan dengan cara frozen, boleh juga guna air panas dan air masak dalam nisbah 2:1 supaya tidak terlampau panas dan dalam masa yang sama kelapa parut menjadi sedikit suam. Air perlu suam supaya santan lebih mudah diekstrak atau diperah.
3. Air panas-panas suam tadi dituang sedikit ke dalam bekas berisi kelapa parut. Ramas kelapa parut agar sekata.
4. Kemudian, bahagi kelapa parut pada dua bahagian. Ambil satu bahagian dan masuk ke dalam blender, tambah air suam sedikit demi sedikit sehingga kelapa parut boleh dikisar. Perah atau tapis santan tadi.
5. Kisar satu lagi bahagian kelapa parut. Tetapi kali ini menggunakan santan yang telah diperah tadi dan tidak perlu ditambah air lagi. Gunakan santan perahan pertama tadi semata-mata.
Kenapa perlu bahagi dua?
Kerana kalau kisar sekali sahaja, lebih banyak air yang perlu ditambah untuk memastikan kelapa parut dikisar dengan lancar. Tetapi, dengan mengasingkan kepada dua bahagian dan kisar dua kali, hanya kali pertama sahaja anda perlu menambah air.
Bila dah kisar semua kelapa parut, barulah kisar sekali lagi dan tambahkan air jika anda mahu mendapatkan santan cair. Walaupun telah dikisar kali kedua dan dapat santan cair sahaja, masih ada sedikit lagi lapisan pati santan pekat.
Info Tambahan:
Jika nak santan tahan lama, guna air masak dan jangan guna air paip. Taburkan garam sedikit pada lapisan atas santan jika anda simpan santan pada bahagian peti sejuk bawah untuk beberapa hari. Nak bekukan juga boleh.