Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat Badan Banyak Angin? Petua Guna Bawang Putih Ini Akan Buat Anda Rasa...

Badan Banyak Angin? Petua Guna Bawang Putih Ini Akan Buat Anda Rasa Lebih Ringan & Sangat Lega!

Bawang putih memang biasa digunakan dalam masakan. Namun fungsinya bukan sahaja menyedapkan makanan sahaja tau. Terlalu banyak khasiat yang terkandung dalam bawang putih ini. Abaikan baunya yang kurang enak itu. Lihat dari segi manfaatnya pada tubuh badan anda.

Badan Banyak Angin? Petua Guna Bawang Putih Ini Akan Buat Anda Rasa Lebih Ringan & Sangat Lega!
kredit: healthline.com

Bagi yang kuat bekerja, kurang rehat serta tidak terlalu gemar mengurut, badan anda pastinya selalu sakit-sakit dan rasa kurang selesa. Jika termakan makanan-makanan yang berangin serta sejuk, kesannya memang terasa pada badan. Habis sakit-sakit. Betul tak? Jika anda alamai masalah ini, cubalah atasinya dengan menggunakan bawang putih.

Melalui perkongsian saudari ChaSya Aripin, beliau menunjukkan cara-cara untuk menikmati bawang putih secara mudah, tanpa bakar serta tidak berbau. Anda mungkin boleh mula mengamalkan petua ini.

“ Terima kasih pada sis yang ajar haritu. Bawang putih letak atas nasi yang baru masak. Biar sekejap. Rasa rapuh macam gigit ubi. Tak ada pun rasa yang tak best tu. Suami cakap jenuhla membeli bawang putih aje lepas ni Malam tadi dah try 2 ulas, lulus. Hari ni up skit.

IKLAN

Badan Banyak Angin? Petua Guna Bawang Putih Ini Akan Buat Anda Rasa Lebih Ringan & Sangat Lega!

Cara saya: Basuh bersih bawang putih, potong hujung tampuk sikit. Kemudian benam dalam nasi yang baru masak. Nanti wap panas nasi akan masakkan bawang tu. Warna bawang akan bertukar jernih. Nasi tak ada bau dan rasa bawang. Sebelum makan, buang kulit.

IKLAN

Badan Banyak Angin? Petua Guna Bawang Putih Ini Akan Buat Anda Rasa Lebih Ringan & Sangat Lega!

Khasiat dia banyak, buang angin dalam badan, up imun dan antibodi badan kita dan anak yang menyusu.Selebihnya kena google. Bonusnya, boleh kurus sekali.”

IKLAN
Badan Banyak Angin? Petua Guna Bawang Putih Ini Akan Buat Anda Rasa Lebih Ringan & Sangat Lega!
kredit: www.newleaf.com

Ha…mudah kan? Jadi hari ni bolehlah cuba buat. Anda juga boleh menikmati bawang putih secara menggoreng tanpa minyak , panggang di dalam ketuhar atau dibakar. Selamat mencuba semua!

 

Kredit petua & gambar: ChaSya Aripin

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI