Bahu yang terasa berat, belakang rasa pedih-pedit dan sengal. Badan anda mungkin banyak angin. Selain melakukan urutan, boleh juga cuba jamu manjakani ni sebagai cara alternatif bagi menghilangkan rasa sakit badan.
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji manjakani
- 6 ulas bawang putih
- Halia lebih kurang 2 inci
- 1 sudu makan halba
- 1 sudu teh lada hitam
CARA MEMBUAT:
- Tumbuk manjakani sampai halus.
- Masukkan halba, tumbuk lagi sampai halus.
- Kemudian masukkan lada hitam. Tumbuk lagi.
- Seterusnya masukkan halia dan bawang putih. Tumbuk sampai lumat dan sebati.
- Akhir sekali, cubit bahan tumbuk tadi dan gentel bulat. Keringkan.
* menurut empunya resepi, jamu ini boleh dimakan 1-2 biji sehari.
Kredit resipi & gambar: Siti Nurzakiah Aziz
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Mengawal Gula Dalam Darah Cara Tradisional Orang Arab. Bahan Dari Dapur Je. Boleh Kurus Juga Ni Kalau Diamalkan
Abdullah Badar Bajrai telah berkongsi resipi ini melalui akaun FBnya. Katanya resipi ni sebenarnya dari timur tengah dan telah lama di amalkan oleh orang arab sejak turun temurun lagi. Kadar gula dalam badan dapat di stabilkan dengan segera tanpa insulin .
Tujuan perkongsian saya adalah untuk membantu lebih ramai orang merawat dan mencegah Penyakit Kencing Manis yang menghantui masyarakat kita.
BAHAN-BAHAN
- 5 ulas Bawang Putih
- 1 biji buah Lemon
- 2 inchi Halia
- 1 sudu besar Madu Royal Yemen
CARA MEMBUAT
- Hiris nipis lemon, halia dan bawang putih tadi. Kemudian didihkan 500ml air. Setelah mendidih air tadi, masukkan bahan secara berperingkat di mulai dengan lemon, kemudian halia dan yang terakhir bawang putih.
Masak selama 10 minit dan kemudian tapis dan masukkan kedalam gelas. Biarkan air tadi sejuk dan masukkan sesudu Madu Royal sebagai pemangkin resepi kita tadi.
Minum air campuran madu tadi semasa perut kosong, seeloknya pada waktu pagi. Insha Allah tekanan gula dalam darah akan turun dan stabil seperti biasa.
KHASIAT LEMON
– Sebagai Antibacteria dan Antivirus
– Mempunyai Anti Oksida yang tinggi
– Mengurangkan Lemak
– Menguruskan badan
– Dapat meningkatkan hidrasi dan berikan
tenaga.
– Mencantikkan kulit
– Membantu penghadaman makanan
KHASIAT HALIA
– Memperbaiki saluran darah dalam badan
– Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus
– Mengurangkan ketidakselesaan perut
– Mencegah Barah usus
– Mengurangkan sakit dan radang
– Rawatan untuk kanser Ovari
– Menguatkan imuniti badan
– Mengurangkan morning sickness
KHASIAT BAWANG PUTIH
-Mencegah keracunan makanan
-Mengubati jangkitan kulat pada kulit
-Menambahkan tenaga dan stamina
-Mencegah serta mengubati demam dan
selsema
-Mengawal berat badan
-Menjaga jantung dan menurunkan kolestrol
serta tekanan darah tinggi
-Mengurangkan angin dalam badan
Lagi satu selepas beberapa hari mengamalkan minuman Resepi Penawar Kencing Manis ni di galakkan anda mengambil bacaan gula untuk mengetahui keberkesanan resepi ini
Saya izinkan Share untuk bantu orang yang memerlukan, terima kasih.
Kredit : Abdullah Badar Bajrai
Baca juga:
Tip Pilih Bendi Muda Tanpa Patahkan Hujung. Tengok Tangkai Saja
Pergi kedai nak beli bendi, tapi kecewa bila lihat semua hujung bendi dah dipatahkan gara-gara kerana mahu memilih bendi muda. Bukan saja kita geram dengan keadaan ini tapi pemilik kedai juga.
Sebenarnya tak perlu pun kita patah hujung sayur ini, ada lagi cara lebih mudah yang boleh digunakan untuk memilih bendi muda. Kita hanya perlu lihat bahagian tangkai bendi saja. Tip ini dikongsi oleh Azuan Abdullah.
Cara pilih bendi muda tanpa patahkan hujung
Pagi semalam masa jalan-jalan dekat kebun, kawan ada tanya macam mana nak kenal buah bendi yang muda dan sesuai untuk dimakan tanpa patahkan hujung buah. Saya pun tunjukkan cara mudah;
Bendi boleh kita kelaskan kepada 5 tahap
1. Sangat Muda
Buah yang sangat muda ni tiada lubang udara di tangkai buah. Rujuk gambar buah nombor 1. Buah ni sangat sedap untuk kita celur, rasa manis bendi tu ada. Cicah dengan budu tempoyak dan nasi panas-panas, gerenti tak cukup nasi satu pinggan.
Buah tahap ni tak sesuai untuk kita buat masak kari atau asam pedas sebab ianya terlalu lembut. Nanti dia akan pecah dan lembik, tiada rasa bendi nanti.
2. Muda
Buah muda akan ada lubang udara yang kecil di tangkai buah. Biasanya saiz lubang tu besar jarum je. Sangat sesuai untuk dibuat masak singgang, kari dengan kepala tenggiri dan asam pedas ikan pari. Perghh memang terangkat weh.
3. Tua
Bendi tua ni akan ada lubang udara saiz mata ball pen di tangkai buah. Tidak sesuai untuk dimakan sebab buahnya dah agak keras. Tahap ni la yang biasa banyak kita silap beli.
4. Sangat Tua
Buah sangat tua ni lubang di tangkainya dah besar sangat, lebih kurang saiz lidi sate. Buahnya dah rasa keras dan mula berkayu. Tak boleh nak makan sebab buah dah rasa macam bersepah dan tak rasa apa-apa.
Kesimpulannya memang senang sangat nak tahu bendi muda atau tua. Yang tiada lubang udara di tangkai tu sangat muda. Akan ada lubang udara kecil bila muda dan lubang udara jadi makin besar bila buah makin tua.
Sumber: Azuan Abdullah.
Cara-Cara Hasilkan Serbuk Pati Ikan Bilis Homemade.
Bagi yang ada anak kecil, pasti anda seronok menyediakan pelbagai jenis sajian berkhasiat untuk mereka. Namun, makanan untuk si kecil tidak seperti orang dewasa. Sajian mereka mestilah kurang garam, gula dan minyak. Oleh itu, untuk memberikan sedikit rasa pada sajian si manja, anda boleh hasilkan serbuk pati ikan bilis secara homemade. Jom lihat cara-caranya.
BAHAN-BAHAN:
- Ikan bilis secukupnya | dibersihkan dan dibuang tulang
CARA-CARA:
- Rendam ikan bilis di dalam air selama 4 jam. Ia bertujuan untuk menghilangkan rasa masin.
2. Toskan air dan sejatkan.
3. Sangai ikan bilis di dalam kuali sehingga garing.
4. Kisar ikan bilis sangai tadi menggunakan mesin kisar hingga halus.
5. Simpan dalam bekas dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Sesuai dijadikan bahan perasa untuk makanan bayi anda seperti bubur dan sup.
Kredit gambar & resipi: http://lobaksusue.blogspot.my/2015/10/resepi-untuk-bayi-homemade-serbuk-ikan.html