Selain Daging Lembu, Bahagian Lainnya Pun Lagi Ummph Dibuat Lauk.

Share

Daging lembu bukan sekadar dagingnya aje sedap dibuat lauk. Tapi bahagian lemak tetel, ekor, rusuk, perut dan lain-lain lagi ummph rasanya.Ni min kongsikan 4 lauk pauk tradisional berasaskan bahagian tadi.

Ni cuti hujung minggu kita ceriakan family dengan masakan special nih..

1. DAGING TETEL DENGAN REBUNG MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHAN :

  • 600 gm daging tetel lembu
  • 4 batang serai | dititik
  • 1 liter santan
  • 200 gm rebung buluh | dibasuh bersih dan rebus separa empuk
  • 3 asam keping
  • 2 helai daun kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan dikisar :

  • 300 gm bawang merah
  • 100 gm kunyit hidup
  • 200 gm cili padi

CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam periuk/kuali dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan air sehinga mendidih.
3. Setelah itu masukkan kunyit hidup, cili padi, serai, bersama daging tetel dan juga rebung.
4. Selepas itu masukkan asam keping, daun kunyit, daun limau purut dan santan.


5. Biarkan ia betul-betul masak dan empuk hingga mendidih.
6. Setelah kuah menjadi pekat, kecilkan api dan biarkan mereneh dengan api yang kecil seketika, kacau kuah dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Lauk sedia untuk dihidangkan.

Saiz hidangan : 8 orang makan
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Rebung atau tunas buluh ini tinggi kandungan fiber dan enak
Anggaran kos :RM 23

INFO CHEF : Masak lemak cili padi biasa juga dimasak tanpa menumis bahan kisar. Masukkan terus dalam santan.

2. DALCA TULANG RUSUK

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg tulang rusuk lembu | direbus dahulu
  • 300 gm kacang dhall | direndam dahulu
  • 30 gm halba campur
  • 5 gm daun kari
  • 500 ml santan
  • 200 gm serbuk kari ikan | tambah sedikit air jadikan pes
  • 200 gm serbuk kari daging | jadikan pes
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan dikisar :

  • 200 gm bawang merah
  • 100 gm bawang putih
  • 200 gm halia

Bahan sayur-sayuran :

  • 300 gm lobak merah | dipotong kecil
  • 200 gm kacang panjang | dipotong
  • 5 biji ubi kentang | dibelah baji
  • 300 gm kubis bunga

CARA MEMASAK :
1.  Pijarkan minyak dalam kuali/periuk. Tumiskan bahan -bahan dikisar bersama daun kari, halba campur hingga naik bau.
2. Masukkan pes kari ayam dan ikan dan tumis sekali hingga pecah minyak.
3. Masukkan kacang dhall yang telah direndam, tulang rusuk dan juga sedikit air.
4. Biarkan seketika dengan api sederhana dan kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah, kacang panjang. Kemudian masukkan kubis bunga. Biar mereneh dengan api kecil.


5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan pula santan. Kacau sekali sekala
7.  Sajian sedia dihidangkan

Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Tulang rusuk memberikan rasa kuah yang lebih sedap
Anggaran kos : RM 40

INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi impit, ketupat dan juga nasi.

3. ASAM PEDAS EKOR

BAHAN-BAHAN:

  • 300 gm Ekor Lembu|rebus dahulu
  • 100 gm bawang merah |kisar
  • 100 m kunyit Hidup |kisar
  • 100 gm cili kering |kisar
  • 50 gm bawang putih |kisar
  • 50 gm lengkuas |kisar
  • 2 batang serai |kisar
  • 1 batang Bunga Kantan
  • 4 tangkai Daun kesum
  • 5 biji tomato
  • 200 ml Asam Jawa
  • 50 gm Belacan |Dibakar
  • 30 gm Serbuk Jintan Putih
  • 30 gm Serbuk Jintan Manis
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Tumiskan bahan ikisar sehingga naik bau wangi
2. Kemudian masukkan cili kering dan serai
3. Masukkan ekor dan masak sampai lembut
4. Masukkan asam jawa,serbuk jintan manis,serbuk jintan putih,belacan
5. Akhir sekali masukkan garam,tomato,bunga kantan dan tomato

Jumlah hidangan : 5-6 orang.
Masa memasak : 20 minit.
Cara memasak :Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk Pauk
Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi
Anggaran Kos : RM20

4. PERUT MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm Perut Lembu
  • 10 gm Kicap Pekat
  • 20 gm Serbuk Kari
  • 20 gm Serbuk Jintan Putih
  • 20 gm Serbuk Jintan Manis
  • 20 gm Serbuk Ketumbar
  • 50 gm Bawang Besar
  • 30 gm Bawang Merah
  • 10 gm Bawang Putih
  • 2 kuntum bunga Lawang
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 4 biji Buah Pelaga
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:
1. Tumis bawang merah, bawang besar dan juga bawang putih.
2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan juga buah pelaga
3. Masukkan rempah kari,ketumbar dan juga jintan
4. Setelah bangkit bau masukkkan kicap pekat danjuga perut lembu
5. Renihkan hingga perut lembut dan hidangkan

Jumlah hidangan : 5-6 orang.
Masa memasak : 30 minit.
Cara memasak Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk Pauk
Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi atau nasi himpit
Anggaran Kos : RM30

Published by
Faridah Talib