Aktiviti dapur yang padat memungkinkan banyak zon di ruang tersebut yang harus dibersihkan selalu. Penggunaan bahan mencuci menjadi satu kemestian bagi memastikan lantai, zon mencuci dan penyediaan sentiasa bersih dan tiada pembiakan bakteria.

Namun, penggunaan bahan kimia secara berterusan ini tidak sesuai buat anda yang alah dan mengalami masalah kulit sensitif. Tahukah anda terdapat beberapa bahan semula jadi yang boleh dijadikan bahan mencuci ini? Penggunaan bahan semulajadi ini boleh membantu anda membersihkan ruang dapur.

Jus lemon

Buah lemon merupakan buah yang sangat versatil fungsinya. Bukan sahaja dijadikan hidangan air minuman atau bahan masakan yang lazat, ia juga menjadi agen mencuci yang sangat berkesan. Caranya, perahan satu sudu makan jus lemon dicampur dengan baldi berisi air, ia boleh dijadikan bahan pencuci untuk permukaan kaunter top kabinet. Satu cara yang mudah dan selamat. Aroma yang hadir daripada pati perahan lemon pula menjadikan dapur berbau segar dan harum.

Garam

Lebihan penggunaan garam dalam makanan pasti memberi kesan dan masalah kepada kesihatan. Tidak mengapa kerana garam banyak kegunaan lain sebagai agen pencuci semula jadi. Caranya, taburkan garam halus dan tepung jagung di permukaan lantai yang kotor dan licin. Adunan ini akan menyerap minyak dan selepas seketika bersihkan permukaan lantai dengan air bersih. Lap dengan kain lembut.

IKLAN

Cuka

Bahan wajib di dapur ketika memasak. Cuka juga berkesan bagi membersihkan kotoran berupa minyak di permukaan dapur. Ia boleh digunakan sebagai agen pencuci di bahagian celah-celah dapur memasak dan sebagainya. Masukkan sahaja cuka ke dalam botol penyembur kemudian sembur di tempat yang berminyak dan gosok bersih.

Anda juga boleh menggabungkan cuka bersama air suam dalam kuantiti yang sama banyak dan digunakan untuk membersihkan permukaan kaca. Ini termasuklah tingkap dan pintu kabinet dari kemasan kaca. Keringkan permukaan berkaca dengan menggunakan kain lembut. Hasilnya bukan sahaja berkilau namun segala kotoran dapat dihapuskan dengan berkesan.

Soda bikarbonat

Soda bikarbonat diketahui dengan fungsi yang pelbagai dan versatil. Ia boleh digunakan sebagai bahan untuk membersihkan permukaan kaca. Taburkan soda bikarbonat dan lap menggunakan air dan kain lembut. Di samping itu, ia boleh dijadikan bahan untuk menyerap bau kurang menyenangkan di dapur dan peti sejuk. Simpan soda bikarbonat dalam bekas terbuka. Letakkan di sudut dapur dan dalam peti sejuk. Ia akan menjadi udara di situ lebih segar tanpa bau kurang menyenangkan.

Mudahkan hanya menggunakan bahan semulajadi. Selamat mencuba.

Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.

Pilih Pisau Yang Tepat Baru Lancar Kerja Memasak

Dapat Hampir 10 Ribu Share Di Facebook, Ini Tip Kekalkan Kesegaran Sayur Hingga Sebulan

Masakan Terlalu Masin? Jangan Risau, Ini Petuanya Agar Makanan Berubah Jadi Lazat