Resipi Dessert Ala Korea, Omlet Bbang @ Korean Dessert Sandwich

Share

Bukan senang nak jumpa rasa dessert yang kayangan tapi bahan-bahan yang digunakan tak banyak pun.

Malah cara nak buat pun mudah je Omlet Bbang atau Korea Dessert Sandwich ni.

Resipi yang dikongsi Umi Watie ini, rupanya macam sandwich buah yang comel dengan base yang gebu. Memang mantul. Makan seketul mesti nangis, sebab tak cukup.

 

OMLET BBANG @ KOREAN DESSERT SANDWICH

BAHAN BASE:

3 biji telur saiz A
75 g gula – beli online di sini
75 g tepung superfine – beli online di sini
1 sudu kecil esen vanila

Dapatkan British Polo Amira Handbag Set dengan HARGA ISTIMEWA

DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

BAHAN FILLING:

250 g cream cheese
100 g whipping cream uht
40 g gula
Buah pilihan

CARA MENYEDIAKAN:

1. Putih telur diasingkan dari kuning telur. Pastikan bekas bebas dari sebarang anasir minyak. Pastikan juga kuning telur tak pecah ye. Sebab susah nak asingkan.
2. Pukul putih telur. Nampak kan sekejap saja dah berbuih elok. Itu tanda putih telur bebas dari anasir minyak.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Dah berbuih tadi kan? Masukkan gula sikit demu sikit sambil pukul sampai bertanduk.
4. Pukul sampai gebu, ringan dan kaku. Senang kata sampai nampak bertanduk.
5. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul semua adunan sampai rata. Pukul dalam seminit saja tau.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


6. Masukkan tepung yang sudah diayak ye. Kaup balik adunan secara perlahan.


7. Adunan dah rata. Saya tuang sesenduk dalam kualu anti lekat. Api sederhana saja.

8. Lepas 3 minit macam tu. Bila tengok adunan macam dah mula kering, terbalikkan dengan berhati-hati. Dah siap angkat dari kuali. Kena peka ya.


9. Dah siap, panas-panas tu lipat dua. Sementara itu, pukul cream cheese pada suhu bilik. Putar sampai lembut.


10. Dah lembut. Masukkan whipping cream dan gula. Pukul lagi sampai kental.
11. Pukul sekejap semua sampai rata. Kira nampak dah kental ni kira jadi la tu. Jangan over beat tau. Nanti cair tak jadi.


12. Potong buah pilihan sesuai dengan saiz Korean dessert sandwich (omlet bbang) Kita tadi ya.


13. Krim tadi saya bubuh dalam plastik tiga segi. Siapkan semua supaya senang nak dihias.
14. Letakkan krim sesedap rasa. Bubuh la sesuai dengan saiz base dia ya.


15. Lepastu susun buah. Dah siap. Simpan dalam peti sejuk. Makan sejuk-sejuk memang sedap. Makan sambil pejam mata tau.

Kredit resipi: Umi Watie

Jom sertai kelas memasak online biskut kudap kudap secara PERCUMA! Boleh klik DI SINI

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff