
Bila rumah sebelah membakar bahulu, semerbak harum wangi satu rumah. Bau sampai ke sebelah rumah, tak boleh tahan nak juga masak bahulu yang mudah buat untuk sekeluarga makan.Boleh cuba resipi yang dikongsi ini. Bahan untuk membuatnya juga mudah. Sesuai untuk sebarang jenis majlis dan doorgift.
BAHULU 3 BAHAN
Bahan-bahan:
10 biji telur gred B
250gm gula kastor
250gm tepung gandum
Cara memasak:
1. Campur 10 biji telur dan gula kastor.

2. Pukul high speed sehingga putih gebu.

.
3. Bakar tepung 10 minit dalam oven serta ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan telur dan gula yang telah dipukul kembang tadi. Mix sekejap dengan low speed, sebaiknya kaup balik guna senduk ye..

4. Sendukkan ke dalam bekas atau acuan. Bakar ke dalam oven dengan suhu 170 selama 30 minit.

5.Hahhh tudya.,nampak kegebuan BAHULU.. makan panas2 memang Layannnn… Jom buat..

Kredit: Koleksi Resepi Kuih Muih
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Cottage Pie Ala Zahnita Versi Tekak Melayu. Sedap, Berkrim & Bikin Ketagih!

Kalau sebut Cottage Pie Ala Zahnita, ramai terus bayangkan sajian klasik Inggeris dengan sentuhan daging cincang berlapis kentang lenyek lembut, dimasak penuh kasih sayang dalam oven ala air tangan selebriti Zahnita.

Resipi asalnya mungkin dari Barat, tapi bila masuk tangan orang kita, hasilnya bukan sekadar sedap, tapi penuh “kick”! Aroma kari, cili padi dan sos cili menjadikan Cottage Pie Ala Zahnita versi tekak Melayu ini sebagai fusion comfort food paling sedap untuk santapan keluarga.
Keistimewaan Cottage Pie Ala Zahnita Versi Tekak Melayu

Kalau versi asal Cottage Pie lebih kepada rasa lemak dan masam manja dari tomato, resipi yang dikongsi oleh saudara Muliadi Ramli ni pula membawa jiwa Melayu sebenar, ada pedas, ada rempah, tapi masih kekal dengan ciri istimewa iaitu kentang lenyek berkeju yang lembut dan creamy di atas lapisan daging kisar penuh perisa.
Bayangkan hirupan pertama suapan:
- Lapisan bawah daging kisar pedas berempah.
- Lelehan keju cair Mozarella & Cheddar.
- Kentang lenyek lembut menyatu dalam satu rasa harmoni yang “melting in your mouth”.
Nak buatnya? Senang sangat. Tak perlu jadi chef pun boleh hasilkan seperti restoran!
Resipi Cottage Pie Ala Zahnita (Versi Tekak Melayu)
Bahan A (Inti Daging)
- 400gm daging kisar
- ½ biji bawang Holland
- 5 biji cili padi (dipotong)
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu kecil serbuk paprika
- ½ sudu kecil serbuk lada putih
- Garam & perasa secukupnya
Cara Membuat Inti Daging
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang Holland hingga naik bau.
- Masukkan serbuk kari, paprika dan lada putih, gaul hingga sebati dan naik aroma rempahnya.
- Tambahkan daging kisar, kacau rata hingga daging masak sekata.
- Masukkan sos cili dan sos tomato. Inilah rahsia rasa pedas manis yang seimbang.
- Akhir sekali, masukkan cili padi, garam dan perasa. Tumis hingga sebati, kemudian ketepikan inti daging.

Tip RASA: Untuk aroma lebih kuat, tambah sedikit daun kari semasa menumis — hasilnya lebih wangi dan berlemak pedas!
Bahan B (Lapisan Kentang)
- 5 biji kentang (±400g)
- 1 cawan susu segar
- 3 sudu besar mentega
Cara Membuat Lapisan Kentang
- Rebus kentang hingga empuk, kemudian lenyek halus semasa masih panas.
- Masukkan susu segar dan mentega, kacau hingga jadi adunan kentang yang lembut dan berkrim.
Tip RASA: Nak rasa lebih kaya, boleh tambah sedikit keju parut ke dalam kentang. Bila dibakar, lapisan atas jadi garing keemasan dengan rasa lemak manis yang padu.
Bahan C (Lapisan Akhir)
- Keju Mozarella (ikut citarasa)
- Keju keping Cheddar
- Daun ketumbar dicincang kasar
Cara Membuat Cottage Pie Ala Zahnita
- Sediakan bekas tahan panas (loyang atau ramekin).
- Ratakan inti daging kisar di bahagian bawah.
- Tuang dan ratakan lapisan kentang lenyek di atasnya.

- Susun keju keping Cheddar di atas kentang, kemudian taburkan Mozarella secukupnya.
- Akhir sekali, taburkan daun ketumbar sebagai sentuhan segar.
- Bakar dalam oven suhu 200°C selama 10–15 minit (bergantung kepada saiz pie dan jenis oven).

Siap dibakar, biarkan sejuk sekejap sebelum dihidang. Hasilnya, pie yang keemasan di atas, lembut di dalam, dengan aroma pedas manja dari cili padi dan rempah kari, memang buat selera terbuka luas!


Tip Tambahan Dari Dapur RASA
- Ganti daging kisar dengan ayam kisar atau daging kambing muda untuk versi lebih ringan.
- Gunakan susu rendah lemak atau mentega tanpa garam untuk pilihan lebih sihat.
- Untuk anak-anak, kurangkan cili padi tapi kekalkan sos cili untuk rasa manis pedas lembut.
Bila Sesuai Dihidang
Cottage Pie Ala Zahnita ni bukan sekadar hidangan untuk keluarga tapi juga sesuai untuk:
- Hidangan istimewa hujung minggu,
- Potluck bersama kawan-kawan,
- Atau bekal ke tempat kerja (reheat pun masih sedap!).
Kalau nak buat versi mini, guna cawan tahan panas kecil. Comel, mudah dihidang dan senang kawal portion.
Kesimpulan
Resipi ni bukti bahawa masakan Barat pun boleh diolah ikut selera Melayu tanpa hilang identiti asal. Pedasnya sederhana, tapi cukup menggoda; lemaknya tak muak; dan aroma daun ketumbar memberi sentuhan segar di akhir suapan.
Senang kata, kalau anda cari menu “western tapi rasa Melayu”, inilah Cottage Pie Ala Zahnita yang wajib dicuba! Gerenti suami, anak-anak, malah jiran pun akan puji.
RASA TIP: Simpan lebihan pie dalam peti sejuk, boleh tahan 2–3 hari. Panaskan dalam oven sebelum makan semula. Hasilnya tetap lembut dan berlemak seperti baru keluar dari dapur!
Kredit resipi & foto: Muliadi Ramli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Maggi Goreng Special Sedap Ala Kedai Mamak

Sesekali menikmati sajian Maggi Goreng Special ni memang terasa keenakannya. Seakan menikmati sajian di restoran Mamak. Bagi anda yang suka sangat makan Maggi Goreng, apa kata cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni antara yang boleh dicuba. Nampak sangat membuka selera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI MAGGI GORENG SPECIAL SEDAP

BAHAN-BAHAN:
3 paket mi segera perisa Kari – mi direbus 1/2 masak
3 paket perencah mi segera Kari
3 biji telur
Sawi dan tauge secukupnya
1 biji tomato
Lobak merah
7 ulas bawang putih – ditumbuk
5 biji bawang merah – dihiris
1 biji cili merah – hiris
1 biji cili hijau – hiris
3 sudu makan cili kisar – beli online disini
Fishball
Meatball
1 sudu teh serbuk belacan – beli online disini
1½ sudu makan sos cili – beli online disini
1½ sudu teh sos tomato – beli online disini
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu teh sos ikan – beli online disini
1½ sudu makan kicap – beli online disini
1 sudu kecil kicap cair – beli online disini
Serbuk lada putih – beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Tumiskan bawang putih sehingga garing.

2. Kemudian masukkan bawang merah. Masak hingga keperangan.

3. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.

4. Kemudian masukkan fishball dan meatball.
5. Masak sebentar dan masukkan 2 biji telur. Masak seperti telur hancur.

6. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, serbuk belacan, kicap manis dan perencah maggi. Gaul rata.

7. Seterusnya masukkan sawi, tauge, lobak merah, tomato dan mi segera yang telah direbus separuh masak. Gaul sehingga rata.

8. Masukkan pula sos ikan dan kicap cair jika kurang masin.
9. Masukkan serbuk lada putih dan lagi 1 biji telur. Gaul sebati sehingga berasap.

10. Maggi Goreng Special siap untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Patutlah Resipi Terung Goreng Crispy Dapat 20K ‘Share’. Memang Sedap!
Pucuk Ubi Goreng Resipi Dari Ig Live Dato’ Rizalman. Mudah & Memang Sedap
Nak Meniaga Pulut Kuning & Rendang Ayam? Wanita Ini Kongsi Resipi & Tip
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Sihat & Mudah Disediakan Ayam Panggang Lemon Bermadu


Resipi protein yang sihat Ayam Panggang Lemon Bermadu.
AYAM PANGGANG LEMON BERMADU
BAHAN-BAHAN:
- 4 ketul dada ayam
- ⅓ cawan minyak
(boleh kurangkan sikit)
- 6 sudu besar jus lemon kira-kira
(guna Lemonade readymade pun boleh)
- 4 sudu besar madu
- 1 sudu teh serbuk bawang putih
- 1 sudu teh garam
- ¼ sudu teh lada hitam
CARA PENYEDIAAN:
- Campur sahaja semua bahan kecuali ayam dalam mangkuk untuk dijadikan sos perapan.
- Letakkan ayam kat dalam sos perapan. Perap sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman.
- Bakar dalam oven suhu 220˚C selama 20-30 minit.
- Untuk lagi sedap, sapukan sos perapan itu setiap 5 minit supaya ayam itu lebih berperisa.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Dzulailey Abdullah
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Rahsia Kesedapan Ayam Gunting Terbaik Guna Serbuk Istimewa Dari Keropok Twisties
3 Resipi Terbaik Ayam Bakar Terlazat. Akitviti BBQ Yang Mudah Berjus.


