Ni dia sajian mudah dan favorite kanak-kanak dan juga dewasa. Baked Creamy Pasta perkongsian dari Fatin Damia ni memang meletoplah rasanya.
Istimewanya Fatin guna buah tomato segar dan bukannya tomato pes segera yang dalam tin atau botol tu.“Ianya lebih baik kerana tidak mengandungi bahan pengawet dan bahan perasa tambahan yang lain,” katanya dalam laman FB miliknya
Mehlah cuba buat gaya Fatin aka kakak cantik ni.
BAKED CREAMY PASTA:
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
- 300gm pasta ( rebus dan toskan airnya) – beli online DI SINI
Bahan B :
- 20gm salted butter
- 3 ulas bawang putih (cincang halus)
- 5 biji tomato (rebus dan toskan.kisar halus tanpa air dan masak sampai airnya mengering dan hilang rasa masam. Penggunaan garam dan gula nak letak boleh tak letak pun tak mengapa)
- 1/2 sudu kecil herba Thyme – beli online DI SINI
Bahan C:
- 20gm salted butter
- 200ml susu segar
- 1 sudu kecil tepung gandum – beli online DI SINI
Bahan D :
- Mozzarella Cheese
- Cheddar Cheese
CARA MEMASAK :
1. Rebus pasta sampai lembut. Toskan dan ketepikan.
2. Panaskan kuali, masukkan bahan bahan B iaitu butter kemudian masukkan bawang putih dan sos tomato yang telah siap dibuat tadi dan masukkan juga herba Thyme.
3. Setelah 2-3 minit, masukkan pasta tadi dan gaul sampai semuanya sebati. Tutup api.
4. Panaskan kuali, masukkan bahan bahan C. Kacau sampai agak mendidih kemudian tutup api lalu di tuang ke dalam pasta tadi.
5. Taburkan Mozzarella Cheese dan Cheddar Cheese sebanyak mana yang disukai.
6. Bakar di dalam oven suhu 160 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit.
7. Setelah 20 minit, keluarkan dari oven dan hidangkan.
.
Kredit foto dan resipi: FB Fatin Damia
#kakakcantik
INGIN MENCARI OVEN UNTUK MEMBAKAR PASTA DAN KEK JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :
JOM SEMAK RESIPI INI :
https://www.rasa.my/menu-simple-garlic-pasta-jadi-kesukaan-ramai/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI