Bukan mudah mencipta resipi bakeri dan pastri yang boleh memikat selera. Secantik rupa seenak rasa ini adalah ciri yang pasti ada pada setiap hasil sajian dan air tangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Selangor.
Menu bakeri dan pastri dari Jabatan Hospitaliti, IKBN ini memang mempesona. Rasanya juga cukup enak dan bertekstur lembut. Ikuti juga resipi unik savory sushi roll yang unik dan supersedap.
1. SAVORY SUSHI ROLL
Ads
BAHAN-BAHAN
500gm tepung roti
3gm garam halus
10gm yis segera
100gm gula kastor
10gm susu tepung
40gm lelemak sayuran
260gm air sejuk
5gm pelembut roti (bread softener)
5gm pembaik roti (bread improver)
25gm telur
7gm mentega
2 tin tuna
4 keping rumpai laut @ seaweed
Mayonnaise secukupnya
Chicken floss secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Campurkan tepung, garam, yis , gula, susu tepung, pembaik roti, pelembut roti , mentega , lelemak dan telur dalam mangkuk adunan. 2. Gaul bahan sekata 3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati sehingga menjadi doh. 4. Bulatkan doh dan rehat selama 10 minit. 5. Canai doh menjadi nipis dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris dengan lelemak. 6. Biarkan doh naik selama 30 – 40 minit atau mengembang sekali ganda 7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 °C selama 15 minit. 8. Sejukkan roti. 9. Susun seaweed di atas dulang dan letakkan roti di atas seaweed tadi. 10.Sapu mayonnaise di atas roti. 11.Sapukan tuna sehingga rata dan gulung roti. 12.Potong kiri dan kanan roti dan sapukan mayonnaise. 13.Celup kiri kanan gulungan roti dengan chicken floss 14.Hidangkan savory sushi roll.
Saiz hidangan : 3-4 orang,anggaran 30 keping Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Sesuai untuk penggemar shushi yang tidak gemar makan nasih Jenis masakan : Roti Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Gunakan air sejuk dari peti sejuk masa mengadun doh.
2. CROISSANT TUNA
BAHAN-BAHAN:
Bahan croissant/pastri:
500gm tepung roti
10gm garam halus
10gm yis segera
1 biji telur
65gm mentega
65gm gula kastor
30gm susu tepung
325ml air sejuk
240gm pastri majerin
Bahan inti tuna :
Ads
*2 tin tuna in oil
1 biji bawang Holland
1 sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh garam
3 sudu makan mayonaise
1 sudu teh jus perahan lemon
Salad secukpnya
Hirisan tomato
Kepingan keju cheddar
* Tapis dan lenyekkan tuna, tambahkan bawang holland, serbuk lada hitam, garam, mayonnaise dan perahan lemon Gaul rata dan sedia diguna sebagai inti.
CARA MEMASAK : Cara penyediaan croissant (pastri): 1. Canai pastri majerin berbentuk 4 segi tepat dan sejukkan 2. Campurkan tepung, garam, yis , gula, susu tepung dan telur dan gaul sekata 3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati sehingga menjadi doh. 4. Rehatkan semua doh selama 10 minit (tutup dengan plastik) 5. Canai doh asal menjadi 4 segi tepat setebal 6 mm 6. Letakkan pastri margerin di tengah doh . 7. Tutup pastri majerin dengan melipat doh kiri dan kanan seperti buku. 8. Canai doh dan ulang lagi melipat doh sebanyak 3 kali. 9. Simpan doh selama 1 jam di dalam peti sejuk. 10. Keluarkan dan canaikan doh setebal 3 mm. 11. Potong doh kepada bentuk segitiga . 12. Gulung seperi bulan sabit dan gris dengan sapuan telur. 13. Biarkan doh naik sekali ganda dan gris dengan sapuan telur sekali lagi. 14. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 °C selama 20 minit. 15. Sejukkan Croissant dan belah bahagian tengah Croissant, sapukan mentega di dalamnya dan letakkan sekeping keju cheddar,salad dan tomato. Diikuti dengan tuna.
Saiz hidangan : 6 orang, anggaran 30 keping Waktu memasak : 4 jam Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Pastri sedap dijadikan sandwic dengan inti tuna, keju dan sayuran Jenis masakan : Pastri Lapis Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Pastikan doh disediakan dalam bilik yang agak sejuk supaya lapisan lelemak tidak cair sebelum dibakar
Selamat mencuba ye. Tuna tu memang banyak khasiatnya untuk kesihatan.
Ads
FOTO : TUAN AZMAN TUAN MUDA RESIPI : NURKHIRUL IKHWAN AMRAN, HIDAYAH AHMAD, ROS AZIDA JANTAN & MOHD NOOR AL FAHIZAM BERAHIM TERIMA KASIH: Jabatan Hospitaliti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN),Jalan Ampang Pechah, Kampung Ampang Pechah,Kuala Kubu Baru, Selangor. MAKLUMAT LANJUT :FB : Institut Kemahiran Belia Negara Peretak
Menjenguk laman sosial bunga_lavenders di instagram seperti melihat hidangan lauk pauk di restoran kampung yang mewah dan sedap mata melihat. Cara persembahan hidangan yang tersusun rapi begitu menyelerakan, hanya menggunakan kamera telefon pintar sahaja. Sesiapa sahaja pasti seronok dan terliur melihat gambar masakan yang dikongsikan. Jom cuba resipinya!
MASAK LEMAK IKAN SEPAT MASIN DENGAN BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN:
Ikan sepat masin |rendam semalaman
1 cawan santan
1 ulas bawang putih |dikisar
1 ulas bawang merah |dikisar
1 batang serai |dititik
1 inci kunyit hidup |dikisar
8 tangkai cili api |dikisar
10 biji belimbing buluh
2 helai daun kunyit |dicarik
air secukupnya
garam dan perasa
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar, serai dan air ke dlm periuk.
Masak seketika hingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan santan, perlahankan api dan kacau.
Apabila mendidih masukkan ikan, belimbing buluh, daun kunyit, garam dan perasa.
Sebatikan rasa dan hidangkan.
ASAM REBUS KELADI DENGAN ISI IKAN
BAHAN-BAHAN:
2 ikat batang keladi |buang kulit dan rebus
3 ekor ikan kembung |direbus dan ambil isinya
3 keping asam keping
6 tangkai cili kering |dikisar
1 inci kunyit hidup |dikisar
sedikit belacan |dikisar
3 ulas bawang merah |dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 sudu besar serbuk kari ikan
daun kesum
garam dan perasa
CARA MEMASAK:
Rebus batang keladi hingga lembut, tos dan ketepikan.
Di dalam periuk, masukkan bahan kisar, asam keping dan air, rebus sehingga mendidih.
Kemudian masukkan batang keladi, isi ikan, daun kesum, garam dan perasa.
Masak sehingga mendidih.
Setelah mendidih, sedia untuk dihidangkan.
DALCA DAGING DAN TETEL
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging dan tetel
4 sudu besar rempah kari daging
1 cawan santan
5 ulas bawang putih |ditumbuk
5 ulas bawang merah |ditumbuk
1 inci halia |ditumbuk
1 biji terung |potong ikut citarasa
1 biji carrot |potong ikut citarasa
1 biji kentang |potong ikut citarasa
1/2 cawan dhal
3 kuntum bunga lawang
1 inci kayu manis
2 biji buah pelaga
3 tangkai daun kari
garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis bunga lawang, buah pelaga, kayu manis dan daun kari.
Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga wangi.
Masukkan rempah kari daging yg dibancuh dgn sedikit air, tumis hingga naik minyak.
Masukkan tetel, daging dan air secukupnya, masak smpai empuk.
Masukkan santan dan dhal, biarkan mendidih.
Kemudian masukkan kentang, dan semua sayur-sayuran.
Perasakan dengan garam.
Siap untuk dihidangkan.
SUP TULANG
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg tulang
5 ulas bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2 inci halia |dititik
3 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
1 sup bunjut
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
air secukupnya
minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar, halia, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis sehingga naik bau.
Masukkan tulang, sup bunjut dan air secukupnya.
Masak sehingga tulang empuk dgn api yg perlahan.
Apabila tulang telah empuk, masukkan serbuk lada sulah, garam dan perasa.
Hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.
KERABU PUCUK MENGKUDU
BAHAN-BAHAN:
Pucuk mengkudu |ikut citarasa
4 ekor ikan kembung |rebus dan ambil isinya
1 kuntum bunga kantan |dihiris
4 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 inci halia
segenggam kelapa parut
1 biji cili merah |dihiris
4 biji limau kasturi
3 keping asam keping
garam dan perasa
CARA MEMASAK:
Rebus pucuk mengkudu bersama asam keping bagi menghilangkan rasa pahit.
Setelah lembut, toskan dan hiris.
Tumbuk lada hitam, halia, bawang merah, kelapa parut dan isi ikan.
Gaul hingga sebati.
Masukkan garam, perasa, hirisan cili merah, hirisan bunga kantan dan perahan air limau kasturi.
Sekali pandang, memang cantik kek warna merah jambu ini. Memang menarik perhatian ramai sungguh kek yogurt strawberry cheese ini. Sedap & manis. Kalau nak cuba buat di rumah, ini resipi kek yang dikongsi oleh Iedaa Jahaya. Memang wajib dicuba!
Pukul cream cheese dan 60g gula kastor sehingga kembang.
Masukkan kuning telur. Mix lagi dan bila telur sudah kembang, boleh berhenti mengacau.
Masukkan yogurt dan mix sebentar.
Kemudian, ayak tepung dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Masukkan terus whipping cream dan kaup balik sahaja. Kemudian, ketepikan.
Mix putih telur sehingga berbuih sedikit dan masukkan 80g gula kastor. Kacau sehingga kental dan bertanduk. Cara lain untuk memastikan adunan ini sempurna adalah cuba terbalikkan mangkuk telur dan putih telur tak akan jatuh.
Selepas itu, ambil adunan dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Masuk sedikit demi sedikit dan kaup semula.
Pada bahagian atas, titiskan Hershey’s Strawberry. Lorekkan pada bahagian atas kek sebelum dimasukkan ke dalam oven. Gariskan dengan lidi.
Untuk membakar, isi air panas ke dalam loyang. Masuk loyang yang berisi adunan ke dalam loyang yang berisi air tadi. Teknik ini dipanggil water bath,
Biarkan 1/2 loyang tenggelam ke dalam dan boleh mula membakar. Sebelum bakar, panaskan ketuhar sebentar. Kemudian, bakar kek pada suhu 170 selama satu jam 10 minit, api atas bawah.
Bila dah masak, tunggu sebentar dan masuk ke dalam peti sejuk selama 2 jam.
Siapa kata buat kek susah, tak percaya anda boleh cuba buat Cheese Cake yang hanya guna tiga bahan je ni, sangat mudah dan cara membuatnya pun senang. Tak percaya anda boleh cuba resipi yang dikongsikan di bawah ini.
CARA MEMBUAT:
1. Pukul Cream Cheese bersama susu pekat manis hingga berkrim dan tiada ketulan (boleh kurangkan susu jika tidak mahu kurang manis). Boleh guna blender atau mixer.
2. Asingkan putih telur dan kuning. Putar putih telur hingga berkrim (meringue).
3. Masukkan kuning telur dalam adunan cheese yang dicampur susu tadi. Kacau rata.
4. Kemudian campurkan adunan putih telur, kaup balik adunanmenggunakan senduk hingga semua bahan bercampur sekata.
5. Tuang dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper.
6. Panaskan oven dengan suhu 150C selama 10 minit, kemudian bakar kek dengan teknik water bath ( isi loyang berisi adunan kek dalam loyang lebih besar berisi air).
7. Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit dengan api atas bawah. Rendahkan suhu kepada 150 C untuk 25 minit seterus atau hingga masak (bergantung kepada oven anda gunakan).
8. Untuk pastikan ia masak atau tidak, boleh cucuk dengan lidi. Tengok sama ada tekstur masih melakat atau tidak pada lidi. Jika tidak melekat, ia suduh masak.
9. Tutup api dan biarkan dalam oven 15 minit dengan pintu oven terbuka sedikit baru keluarkan.
10 . Keluarkan dari oven dan boleh hiaskan atasnya dengan parutan keju Cheddar. Kalau nak larutkan parutan keju boleh masukkan dalam oven sekejap. Tanpa topping pun kek ini sangat sedap ye.
INFO: Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang first time nak try buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.