Bakeri & Pastri Dari Tuna, Idea Lazat IKBN, Peretak, Selangor

Share

Bukan mudah mencipta resipi bakeri dan pastri yang boleh memikat selera. Secantik rupa seenak rasa ini adalah ciri yang pasti ada pada setiap hasil sajian dan air tangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Selangor.

Menu bakeri dan pastri dari Jabatan Hospitaliti, IKBN ini memang mempesona. Rasanya juga cukup enak dan bertekstur lembut. Ikuti juga resipi unik savory sushi roll yang unik dan supersedap.

1. SAVORY SUSHI ROLL

BAHAN-BAHAN

  • 500gm tepung roti
  • 3gm garam halus
  • 10gm yis segera
  • 100gm gula kastor
  • 10gm susu tepung
  • 40gm lelemak sayuran
  • 260gm air sejuk
  • 5gm pelembut roti (bread softener)
  • 5gm pembaik roti (bread improver)
  • 25gm telur
  • 7gm mentega
  • 2 tin tuna
  • 4 keping rumpai laut @ seaweed
  • Mayonnaise secukupnya
  • Chicken floss secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung, garam, yis , gula, susu tepung, pembaik roti, pelembut roti , mentega , lelemak dan telur dalam mangkuk adunan.
2. Gaul bahan sekata


3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati sehingga menjadi doh.
4. Bulatkan doh dan rehat selama 10 minit.
5. Canai doh menjadi nipis dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris dengan lelemak.
6. Biarkan doh naik selama 30 – 40 minit atau mengembang sekali ganda
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 °C selama 15 minit.
8. Sejukkan roti.
9. Susun seaweed di atas dulang dan letakkan roti di atas seaweed tadi.
10.Sapu mayonnaise di atas roti.
11.Sapukan tuna sehingga rata dan gulung roti.
12.Potong kiri dan kanan roti dan sapukan mayonnaise.
13.Celup kiri kanan gulungan roti dengan chicken floss
14.Hidangkan savory sushi roll.

Saiz hidangan : 3-4 orang,anggaran 30 keping
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Sesuai untuk penggemar shushi yang tidak gemar makan nasih
Jenis masakan : Roti
Anggaran kos : RM 25

INFO CHEF : Gunakan air sejuk dari peti sejuk masa mengadun doh.

2. CROISSANT TUNA

BAHAN-BAHAN:

Bahan croissant/pastri:

  • 500gm tepung roti
  • 10gm garam halus
  • 10gm yis segera
  • 1 biji telur
  • 65gm mentega
  • 65gm gula kastor
  • 30gm susu tepung
  • 325ml air sejuk
  • 240gm pastri majerin

Bahan inti tuna :

  • *2 tin tuna in oil
  • 1 biji bawang Holland
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • ½ sudu teh garam
  • 3 sudu makan mayonaise
  • 1 sudu teh jus perahan lemon
  • Salad secukpnya
  • Hirisan tomato
  • Kepingan keju cheddar

* Tapis dan lenyekkan tuna, tambahkan bawang holland, serbuk lada hitam, garam, mayonnaise dan perahan lemon
Gaul rata dan sedia diguna sebagai inti.

CARA MEMASAK :
Cara penyediaan croissant (pastri):
1. Canai pastri majerin berbentuk 4 segi tepat dan sejukkan
2. Campurkan tepung, garam, yis , gula, susu tepung dan telur dan gaul sekata
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati sehingga menjadi doh.


4. Rehatkan semua doh selama 10 minit (tutup dengan plastik)
5. Canai doh asal menjadi 4 segi tepat setebal 6 mm
6. Letakkan pastri margerin di tengah doh .
7. Tutup pastri majerin dengan melipat doh kiri dan kanan seperti buku.
8. Canai doh dan ulang lagi melipat doh sebanyak 3 kali.
9. Simpan doh selama 1 jam di dalam peti sejuk.
10. Keluarkan dan canaikan doh setebal 3 mm.
11. Potong doh kepada bentuk segitiga .
12. Gulung seperi bulan sabit dan gris dengan sapuan telur.
13. Biarkan doh naik sekali ganda dan gris dengan sapuan telur sekali lagi.
14. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 °C selama 20 minit.
15. Sejukkan Croissant dan belah bahagian tengah Croissant, sapukan mentega di dalamnya dan letakkan sekeping keju cheddar,salad dan tomato. Diikuti dengan tuna.

Saiz hidangan : 6 orang, anggaran 30 keping
Waktu memasak : 4 jam
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Pastri sedap dijadikan sandwic dengan inti tuna, keju dan sayuran
Jenis masakan : Pastri Lapis
Anggaran kos : RM 30

INFO CHEF : Pastikan doh disediakan dalam bilik yang agak sejuk supaya lapisan lelemak tidak cair sebelum dibakar

Selamat mencuba ye. Tuna tu memang banyak khasiatnya untuk kesihatan.

FOTO : TUAN AZMAN TUAN MUDA
RESIPI : NURKHIRUL IKHWAN AMRAN, HIDAYAH AHMAD, ROS AZIDA JANTAN & MOHD NOOR AL FAHIZAM BERAHIM
TERIMA KASIH: Jabatan Hospitaliti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN),Jalan Ampang Pechah, Kampung Ampang Pechah,Kuala Kubu Baru, Selangor.
MAKLUMAT LANJUT :FB : Institut Kemahiran Belia Negara Peretak

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI:

Published by
Faridah Talib