Menu kali ini cukup sesuai dijadikan sarapan dan sajian petang yang enak. Idea roti, pastri, bun roti serta pencuci mulut dari meringue memang cukup popular dan menepati selera penggemar bakeri dan pastri.

Hebat-hebat idea bakeri dan pastri dari tenaga pengajar KDU Universiti College iaitu Chef Fami Taufeq Fakarudin, Chef Adrian Pinto dan Chef Ahmad Azfar Zikri Ahmad Zaini. Jom cuba , korang boleh ceriakan sambutan Kemerdekaan dengan menu ini nanti tau.

Bakeri & Pastri Syiok Makan, Idea Hebat KDU University College.
.

1. PAI AYAM PASTRI LAPIS

Bakeri & Pastri Syiok Makan, Idea Hebat KDU University College.
.

BAHAN-BAHAN :

  • 250gm dada ayam | dipotong kiub
  • 12gm bawang putih | dicincang halus
  • 100gm bawang besar | dipotong dadu
  • 100gm batang saderi | dipotong dadu
  • 100gm lobak merah | dipotong dadu
  • 50gm cendawan butang | dipotong dadu
  • 100gm tepung gandum
  • 50gm pes tomato
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 400ml air rebusan ayam
  • 150ml minyak masak
  • 2 keping pastri lapis | ada dijual di pasaraya
  • 1 biji telur

CARA MEMASAK :
1. Gaulkan dada ayam dengan tepung sehingga sebati
2. Panaskan minyak masak d idalam periuk
3. Tumis bawang putih, bawang besar, lobak merah dan batang saderi selama 5 minit dengan api yang sederhana
4. Masukkan pes tomato dan masak sehingga pecahkan minyak
5. Masukkan dada ayam dan gaul rata, masukkan cendawan butang
6. Tuangkan air rebusan ayam dan renehkan selama 20 minit
7. Masukkan garam, lada hitam secukup rasa
8. Sejukkan inti pai tersebut dan sudukan inti pai tersebut ke dalam loyang pai.
9. Alaskan loyang tersebut dengan pastri lapis dan pastikan dikepilkan bahagian tepi dengan rapat
10. Sapukan lapisan telur diatas lapisan pastry rapuh tadi
11. Panaskan ketuhar pada 190”C
12. Bakarkan adunan tadi di dalam ketuhar selama 25 – 30 minit

Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 25-30 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Pai berlemak dengan inti ayam dan cendawan berperisa
Anggaran kos : RM15

INFO CHEF : Bagi menaikkan rasa lemak di dalam sos ayam, masukkan krim cair sebanya 100ml sebelum atau semasa dimasukkan garam dan lada hitam.

2. PAI DURIAN

Bakeri & Pastri Syiok Makan, Idea Hebat KDU University College.
.

BAHAN-BAHAN :
Bahan doh pastri bergula :

IKLAN
  • 1 biji telur
  • 50gm gula castor
  • 125gm mentega
  • 200gm tepung kek
  • 3gm garam

Bahan inti durian :

  • 350gm isi durian
  • 250gm krim putar bergula
  • 8gm serbuk gelatin
  • 10ml air

CARA MEMASAK :
Cara membuat doh pastri bergula (kulit pai) :

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 190 C.
  2. Masukkan mentega, gula, garam dan tepung ke dalam mesin pengadun. Biarkan sehingga adunan menjadi seperti pasir yang kasar.
  3. Masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
  4. Keluarkan adunan tadi dan uli dengan tangan sehingga adunan tadi menjadi doh.
  5. Jangan uli terlalu lama, rehatkan doh selama 30 minit. Canaikan doh setebal 5mm dan lapiskan di atas loyang pai
  6. Bakar di dalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga menjadi warna keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.

Cara membuat isi durian :

  1. Lenyek isi durian sehingga lumat. Pukul krim putar sehingga kembang
  2. Taburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang 5-10 minit dan cairkan di atas air panas mendidih (double boil).
  3. Campurkan isi durian dan gelatin yang telah dicairkan. Masukkan krim putar ke dalam adunan durian dan gaul hingga sebati.
  4. Tuangan adunan durian ke dalam kulit pai.
  5. Sejukkan selama 2-3jam di dalam peti sejuk. Potong dan hidangkan.

Saiz hidangan : Satu loyang pai berukuran 10 inci @ 25 sm
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Kaya dengan rasa dari isi durian sebenar
Anggaran kos : RM30

INFO CHEF : Untuk rasa lebih lemak berkrim paipkan krim putar dan taburkan gula aising di atas pai tersebut.

3. PAVLOVA BERI BERKRIM

Bakeri & Pastri Syiok Makan, Idea Hebat KDU University College.
.

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 100gm telur putih
  • 100gm gula kastor
  • 12gm tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 10ml cuka salad
  • 150gm krim putar
  • 300gm strawberi, blueberi dan raspberi

CARA MEMASAK :

  1. Ayak tepung jagung bersama gula aising.
  2. Pukul putih telur Bersama gula kastor, tepung jagung, gula aising, cuka salad dan esen vanilla di dalam mesin pengadun atau gunakan pemukul telur.
  3. Pukul sehingga semua adunan tadi kembang dan pekat dan warna adunan telur menjadi putih dan bersinar.
  4. Sudukan atau paipkan adunan ke atas loyang ketuhar yang dilapik kertas kek.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah Celsius. Bakar adunan tadi di dalam ketuhar selama 25-30 minit.
  6. Sejukkan pavlova tadi, sudukan krim putar ke atas pavlova dan susunkan strawberi, raspberi, bluberi di atas krim
  7. Ayak gula aising di atas pavlova sebagai hiasan.

Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Meringue
Keistimewaan : Manis dan enak dengan potongan buah-buahan serta cair dalam mulut
Anggaran kos : RM20

INFO CHEF : Selain buah-buahan beri boleh juga digantikan dengan buah mangga, nangka dan pisang dan juga boleh dihiaskan dengan kepingan coklat.

4. BUN MANIS SUSU MENTEGA

Bakeri & Pastri Syiok Makan, Idea Hebat KDU University College.
.

BAHAN-BAHAN :

  • 1500gm tepung roti | diayak
  • 690ml air
  • 150gm telur
  • 75gm yis
  • Garam secukup rasa | diayak
  • 90gm gula kastor
  • 120gm mentega
  • 75gm susu tepung | diayak

Bahan inti susu mentega:

  • 500gm susu tepung
  • 400gm gula castor
  • 500gm mentega
  • 70gm tepung kastad
  • 50gm tepung gandum
  • 50gm tepung jagung
  • Secubit garam

CARA MEMASAK :

IKLAN
  1. Campurkan tepung roti, yis, garam, gula, susu tepung dan telur ke dalam mesin pengadun,
  2. Adunkan dengan perlahan dan tuangkan air perlahan-lahan semasa mengadun.
  3. Adunkan dengan kelajuan sederhana sehingga adunan menjadi doh yang sebati dan licin di permukaan doh.
  4. Masukkan mentega dan teruskan mengadun sehingga mentega sebati di dalam doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
  5. Bahagikan doh kepada bebola berat seberat 100gm setiap satu.
  6. Isikan bebola tadi dengan inti susu mentega seberat 30gm setiap satu. Kemudian bulatkan doh tersebut.
  7. Rehatkan doh selama 45 minit atau shingga doh menjadi dua kali ganda besar.
  8. Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 15- 18 minit.

Cara memasak inti susu mentega :

  1. Masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam mesin pengadun.
  2. Pukul sehingga semua bahan sebati dan rata.
  3. Sejukkan bahan tersebut dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum digunakan.

Saiz hidangan : 20 buku bun, 30gm setiap satu
Waktu memasak : 1 jam – 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Lembut dan gebu dan berkrim dengan inti susu mentega.
Anggaran kos : RM23

INFO CHEF : Boleh juga menggunakan inti coklat.

5.ROTI PANDAN KACANG MERAH

Bakeri & Pastri Syiok Makan, Idea Hebat KDU University College.
.

BAHAN-BAHAN :

  • 1500gm tepung roti | diayak
  • 690ml air
  • 150gm telur
  • 75gm yis
  • Garam secukup rasa | diayak
  • 90gm gula kastor
  • 120gm mentega
  • 75gm susu tepung | diayak
  • 100gm pes pandan

Bahan inti :
500gm pes kacang merah | sudah siap dijual di pasaraya @kedai bakeri

CARA MEMASAK :

  1. Campurkan tepung roti, yis, garam, gula, susu tepung dan telur ke dalam mesin pengadun.
  2. Adunkan dengan kelajuan sederhan sehingga adunan menjadi doh yang sebati dan licin di permukaan doh.
  3. Masukkan mentega dan pes pandan dan teruskan mengadun sehingga campuran rata ke dalam doh.
  4. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit. Canaikan doh setebal 8-10mm.
  5. Letakkan semua pes kacang merah di atas doh yang dicanai.
  6. Gulungkan doh sehingga menjadi gulungan besar. Potong gulungan tadi dalam 3-4 bahagian.
  7. Masukkan doh ke dalam tin pembakar.
  8. Rehatkan doh selama 45 minit atau sehingga doh menjadi dua kali ganda besar
  9. Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 15-18 minit.

Saiz hidangan : 4 buku roti
Waktu memasak : 1 jam – 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Lembut dan gebu berperisa pandan dan inti kacang merah yang enak.
Anggaran kos : RM25

INFO CHEF: Resepi yang sama boleh digunakan untuk inti coklat, kastad, kaya ikut citarasa masing-masing.

RESIPI : FAMI TAUFEQ FAKARUDIN, ADRIAN PINTO & AHMAD AZFAR ZIKRI AHMAD ZAINI
TERIMA KASIH : KDU UNIVERSITI COLLEGE, Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shah Alam. www.kdu.edu.my

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI