
Manisan Arab yang penuh rasa kekacang dan disiram dengan sirap manis. Bagi yang mempunyai masalah diabetes, boleh cuba kurangkan jumlah gulanya.
BAHAN-BAHAN:
- 100gm kacang walnut | cincang/kisar
- 200gm kacang pistachio | cincang/kisar
- 100gm kacang tanah | cincang/kisar
- 100gm kacang hazelnut | cincang/kisar
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 sudu teh air mawar
- 1 roll (500gm) filo pastri
- 250gm mentega | cairkan
- 250gm gula
- 1 cawan air
- ½ cawan madu
- 1 sudu teh ekstrak vanila
- 1 sudu teh kulit lemon yang diparut
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 175C. Ketepikan.
- Gaulkan serbuk kayu manis dan semua jenis kacang bersama. Sementara itu tutup filo pastri dengan kain yang lembap untuk mengelakkan daripada ia kering.
- Letakkan 2 -3 helai filo pastri di atas dulang pembakar, sapu dan ratakan dengan mentega yang telah cair. Ratakan campuran kacang di atasnya sebanyak 2 – 3 sudu makan dan renjiskan air mawar. Ulang proses ini mengikut ketebalan yang dikehendaki.
- Potong bentuk berlian atau apa saja bentuk yang dingini sebelum bakar.
- Bakar selama 50 minit sehingga warna keemasan dan kelihatan garing.
- Sementara menanti baklava masak, masak air gula (sirap). Campurkan madu, ekstrak vanila dan parutan lemon. Perlahankan api dan reneh selama 20 minit.
- Keluarkan baklava dari ketuhar dan sira di atas baklava dengan sirap yang telah dimasak tadi. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan.
Info chef: Diingatkan untuk ratakan setiap lapis filo pastri tersebut dengan mentega yang telah dicairkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Puding Kastard Koktail Mudah. Sedap Dimakan Sejuk

Isi Kandungan
ToggleEnaknya andai dapat menikmati Puding Kastard Koktail sejuk di waktu-waktu begini. Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakannya sangat ringkas malah tidak mahal. Sangat sesuailah anda hasilkan untuk dinikmati bersama keluarga. Nak cuba? Saudari Mastura Razali ada kongsikan resipinya. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MENYEDIAKAN PUDING KASTARD BERKUAH KOKTAIL
BAHAN A (KASTARD):
1 cawan tepung kastard – beli online disini
5 cawan air
1/2 cawan susu sejat – beli online disini
1/2 cawan gula
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati baru hidupkan api.
2. Masak guna api perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul.
3. Masak sampai kastard agak pekat kemudian tutup api.
4. Kemudian masukkan adunan kastard ke dalam acuan atau loyang bersesuaian.
5. Bila kastard telah mengeras, potong menjadi ketulan kecil.
BAHAN B (KUAH):
1 tin susu sejat
4 tin air
1 cawan gula
1 sudu teh garam
2 sudu makan tepung kastard
Buah-buahan koktail / sumi/ nata de coco
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan (kecuali buah koktail/sumi/nata de coco) dan masak hingga mendidih.
2. Tutup api dan biarkan kuah menjadi sejuk.
3. Untuk menikmatinya, masukkan kastard yang dipotong tadi ke dalam mangkuk.
4. Tuang kuah secukupnya dan tambah buah-buahan koktail, sumi dan nata de coco.
5. Boleh sediakan awal kemudian sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati untuk rasa yang lebih enak.
Kredit resipi & foto: Mastura Razali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resepi Roti Canai Homemade Sedap & Lembut. Begini Cara Buatnya
Buat Puding Karamel Guna Biskut Lemak. Memang Lebih Sedap Rupanya!
Cuba Resipi Nasi Goreng Dari TikTok. Sekali Cuba, Perghhh Sedap Rupanya!
Rencah Kena Tumbuk. Ini Petua Masak Mee Kuah Kelantan Yang Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kuih Muih Daripada Pulut, Siap Resipi Tapai Pulut Sedap Melampau

Bila disebut kuih Melayu Tradisional, tepung dan beras pulut memang di antara bahan ‘popular’ terkandung dalam ramuannya. Pulut menjadikan kuih mengenyangkan dan sesuai disajikan waktu sarapan esok mahupun petang.
Jom kita cuba warisan resipi zaman berzaman. warisan budaya usah dilupa
PULUT INTI MANIS
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan inti :
- 50 gm gula merah
- 2 sudu makan gula pasir
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
- 300 gm kelapa parut | diambil putih sahaja
- Bahan pulut :
- 100 gm beras pulut | direndam 3- 4 jam toskan
- 100 ml air
- 50 ml santan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1. Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
2. Masak hingga gula larut.
3. Masukkan garam dan kelapa parut.Gaul sebati.
4. Biarkan agak kering, tutup api dan ketepikan.
CARA MASAK PULUT / PENYEDIAAN :
1. Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata.
2. Masukkan loyang dalam pengukus dan kukus hingga naik wap. Angkat dan ketepikan.
3. Ambil sedikit beras pulu yang sudah masak tadi, letak di atas daun pisang yang telah dilayurkan dan dilap.
4. Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus daun pisang kemas-kemas
5. Sedia dihidang
Saiz hidangan : 2-3 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Pulut dimakan dengan kelapa parut manis memang lazat
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Memasak dengan membungkusnya dalam daun pisang menambah aroma dan citarasa yang amat membangkit selera.
2 .TEPUNG GOMAK
BAHAN-BAHAN :
Bahan salutan :
500 gm kacang hijau
- Bahan inti :
- Air secukupnya
- 200 gm gula Melaka
- 1/2 cawan gula pasir
- Garam secukup rasa
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu makan tepung gandum
- 1 biji kelapa parut
Bahan Kuih:
- 500 gm tepung pulut
- Garam secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
Cara masak bahan salutan:
1. Basuh dan toskan kacang hijau.
2. Goreng kacang hijau, angkat dan sejukkan
3. Kisar kacang hijau hingga halus seperti tepuk. Ayakkan dan ketepikan.
Cara masak inti :
1. Masak gula Melaka, gula pasir, garam dan daun pandan.
2. Biarkan gula larut, angkat dan tapiskan
3. Masukkan tepung gandum dan kelapa parut ke dalam air gula.
4. Kacau hingga inti masak dan sebati.
5. Angkat dan sejukkan dahulu.
6. Bulat-bulatkan dan ketepikan
Cara memasak :
1. Bancuh tepung pulut dengan garam dan air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan kental.
2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan.
3. Masukkan inti dan leperkan dengan kemas.
4. Masak air, selepas mendidih masukkan kuih. Masak hingga kuih timbul dan angkat.
5. Gaul atau golekkan dengan bahan salutan, siap dihidangkan
Saiz hidangan : 30- 40 orang makan
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Rebus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kenyal dan kaya rasa kacang hijau
Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis boleh juga menggunakan inti kacang hijau yang dicampur kelapa parut dan gula Melaka. Cuma inti kelapa manis gula Melaka memberi variasi rasa.
3.KUIH BOM
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu makan tepung gandum
- Garam secukup rasa
- 1 cawan air
- Bijan secukupnya untuk salut
Bahan inti kelapa :
- 1 biji kelapa parut/ putih sahaja
- 1 cawan gula merah atau gula Melaka
- 2 sudu makan gula pasir
- 2 helai daun pandan /disimpul
- Sedikit air untuk melarutkan gula
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1. Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering
3. Angkat dan ketepikan
4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat.
CARA BUAT DOH:
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut
4. Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi.
5. Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
6 .Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 9 biji kuih bom bersaiz bola ping pong
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kulit ini agak liat dan kenyal kulitnya, salutan bijan mengenakkan lagi rasa
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis, kuih bom ini juga didapati dengan inti kacang hijau dan kacang dal. Lebihan inti boleh disimpan untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih koci, ketayap dan pulut inti.
4.TAPAI PULUT
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg beras pulut | basuh bersih dan rendam selama tiga jam
- 1/2 biji ragi
- Daun pisang atau daun getah untuk membungkus
CARA MEMASAK :
1. Tanak pulut hingga masak. Sukat pulut menggunakan 5 cawan air panas untuk 5 cawan pulut. Boleh gunakan periuk elektrik
2. Selepas pulut masak letakkan dalam dulang dan sejukkan.
3. Ayakkkan ragi di seluruh permukaan pulut, terbalikkan dan ayak lagi di atas bahagian sebelah.
4. Bungkus pulut dengan daun getah atau daun pisang dan peram selama dua hari dalam periuk besar bertutup yang sudah dialas dan ditutup dengan daun pisang.
5. Sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Tanak dan peram
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Peram selama 48 jam untuk dapatkan hasil tapai yang cukup rasa manis dan masaknya.
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Jangan masukkan tapai yang belum cukup tempoh peraman ke dalam peti air kerana ia akan membantutkan proses menapainya. Sedap dimakan sejuk.
Koleh Kacang Sedap & Lembut, Senang Sukat Guna Cawan Je.

Ramai beranggapan susah nak buat Koleh Kacang, tetapi kena gaya dan ikut step yang betul, ia sangat mudah. Tak percaya anda boleh cuba resipi dan cara disarankan dalam resipi yang dikongsikan di bawah ini. Gerenti anda tak percaya hasilnya, apa yang penting cuba dulu membuatnya.
KOLEH KACANG
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
1 1/2 cawan gula merah
4 sudu makan gula halus | jika nak kurangkan manis boleh dikurangkan jadi 70gm
1 1/2 cawan air
1 helai daun pandan
Bahan B :
1 cawan tepung kacang hijau
1sudu teh garam
2 cawan santan pekat
5 cawan air
Bahan Tahi Minyak :
1 1/2 cawan santan pekat
Secubit garam garam halus
- Campurkan kedua bahan ni dan masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau hingga menjadi tahi minyak dan berwarna kekuningan.
- Tutup api dan ketepikan.
CARA MEMASAK :
1. Masak bahan-bahan A sehingga mendidih atau gula hancur, tapiskan menjadi 2 cawan air gula (jangan sampai pekat sangat). Biarkan sejuk.
2. Satukan bahan B, kacau hingga sebati tapiskan dalam kuali.
3. Masukkan bahan A ke dalam bancuhan B, kacau di atas api sederhana besar sehingga pekat dan tak melekat di periuk.
4. Jangan terlalu pekat, masukkan 1 1/2 sudu makan minyak supaya berkilat
5. Bila masak tuang ke dalam loyang yang telah dilapik plastik dan disapu marjerin.
6. Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.
7. Setelah sejuk boleh potong dan hidangkan
INFO: Sebaiknya, buat tahi minyak dahulu. Semasa buat tahi minyak, selepas masak, tapiskannya, ambil minyak lebih kurang 1 1/2 sudu makan dan campurkan dalam adunan Koleh Kacang semasa direnehkan.
Lagi resipi berkaitan:
https://www.rasa.my/terbaik-rasa-talam-keladi-berlauk-ni-tak-rugi-cuba/
https://www.rasa.my/kaswi-gula-merah-sedap-lembut-bergedik-sukat-guna-cawan-je/
https://www.rasa.my/pulut-seri-muka-gerenti-jadi-sukat-guna-cawan-paling-senang/
https://www.rasa.my/cara-buat-kuih-tako-letak-sengkuang-cina-paling-senang-sedap/