Selain daging digoreng atau dibuat gulai,Bakso resepi senang dan simple.Bahan-bahan yang diguna pun tak renyah. Senang sangat.Bolehlah hidang untuk tetamu sempena kenduri hari raya korban nanti.
BAKSO
Bahan-bahan:
Meatball
Asam jawa
*4 biji buah keras
*3 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*Halia besar ibu jari
*1 sudu lada hitam
Bihun
Garam
Secukup rasa
Cili padi
Kubis
Daun sup/daun bawang
Kicap abc/cili sos
Bawang goreng
Cara memasak:
1. Kisar bahan bertanda *bawang merah/putih,buah keras,lada hitam,halia. Kisar sampai lumat.
2. Panaskan minyak,masuk bahan kisar.Tumis hingga garing.
3. Masukkan air dan meatball,masukkan garam dan secukup rasa.
4. Tunggu hingga mendidih dan meatball jadi lembut.
5. Dah mendidih,bahan kisar tadi pun dah sebati. 6. Siap dah bakso. Hiris daun bawang,kubis.
7. Bakso dah siap. Letak cili sos,kicap manis,sambal cili yang sambal cili tu saya kisar cili padi merah,bawang putih,secukup rasa dan air asam jawa(kisar sampai hancur)