Resipi di bawah ni untuk 800g daging kisar. Empunya resipi Fatimah Naamat guna jenama Ramly. Kalau nak guna paket 400g je, bahagi dua je resepi ni okeh.
Bakso atau bebola daging dibuat sendiri pastinya lebih segar dan selama tanpa MSG atau bahan pengawet. Lebihan daging korban tu bolehlah dikisar dan dibuat bakso kan. Sedapnyaaa…
BAKSO ‘HOMEMADE’
BAHAN-BAHAN :
800g daging kisar
1 biji telur saiz A
4 sudu besar tepung jagung/ubi
4 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji bawang besar – cincang halus
Lada sulah
Lobak merah | hancur jika suka
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Pastikan daging kisar tu suhu bilik ya. Nanti tangan kita beku bak air batu.
2. Campurkan semua bahan. Boleh juga kalau nak campur carrot hancur ataupun daun bawang.
3. Bulat-bulatkan comel comel.
4. Rebus air hingga mendidih.
5. Masukkan bakso mentah tadi. Rebus hingga ianya terapung di permukaan.
6. Angkat. Boleh simpan frozen kalau mahu.
7. Air rebusan boleh guna untuk buat kuah sup Bakso tau.
FB : RMD
kredit: fatimah Naamat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Pes Ikan Bakar Terlajak Sedap
Siapa tak suka dengan ikan bakar ni, makan pula dengan nasi panas-panas. Memanglah layan. Kalau tekak nak merasa resepi ikan bakar sedap, ini min kongsikan. Nak guna untuk segala jenis ikan pun takpe janji ikan. Siakap, pari ke selar ke semua boleh. Kena plak cicah dengan air asam. Meleleh leleh air liur tuh
Bahan pes ikan bakar:
2 inci lengkuas
3 inci halia
5 batang serai
8 bj bawang merah
1bj bawang holland
1 sudu udang kering @ jika xde guna
belacan
8 biji cili padi. – boleh tambah kalau nak lg pedas berapi
3 biji cili merah
3 helai limau purut
Cara memasak:
1. Kisar semua bahan sampai lumat.
2. Tumis dengan minyak yang agak banyak, kemudian masukkan cili boh 4-5 sudu.
3. Masukkan garam gula..serbuk perasa + asam keping .
4.Tumis smpai pecah myk.siapp.!
*nak Bakar ikan, lumur jer atas ikan tu,letak dlm aluminium foil. Balut bagi kemas Bakar atas dapur.
*udang n sotong pon sesuai jgk.
*tahan sehingga 1- 2minggu di luar peti ais.
Sambal Air Asam
KISAR:
7-10bijj cili padi (ikut citarasa nak pedas bubuh lebih)
2 biji cili besar(merah)
2 biji bwg merah
2 sudu pes asam jawa adabi
1 sudu belacan
Garam gula(secukup rasa)
Dah siap kisar, campur dengan bahan hirisan di bawah:
1 biji tomato-hiris
3 biji cili padi -hiris
1 biji bawang besar-hiris
2 biji limau nipis(perahkan)
Gaul semua bagi sebati.
Kredit resepi : Habeebah Md Daud
Mi Bayam Homemade! Bebas Bahan Pengawet Dan Tahan Lama.
Membuat mi sendiri prosesnya sangat mudah. Walaupun ada mi yang segera, kadangkala terasa juga kemalasan untuk membuatnya, kalau disimpan lama mi tak tahan lama dan bahan yang digunakan mesti tidak berkhasiat kerana ada bahan pengawet.
Resipi Mi Bayam ni memang sedap kalau di makan bersama sup atau boleh jer buat me goreng. Selain kesedapannya mi bayam ni juga sangat berkhasiat sebabnya bahan yang digunakan sudah tentu halal dan kandungan tak sama beli di kedai. Mi unik dan menarik dicuba!
Buat sendiri mi bayam gerenti bersih dan sihat. Sesuai untuk anak-anak yang kurang gemar makan sayur.
RESIPI MI BAYAM
BAHAN-BAHAN
- 1kg tepung gandum
- 20gm garam
- 1 biji telur
- 420ml air sayur bayam
- Minyak masak
CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Tepung gandum diayak. Masukkan dalam mangkuk adunan.
2. Di bekas yang lain campurkan air sayur bayam, garam dan telur. Kacau sebati.
3. Selepas itu masukkan air bancuhan sayuran dalam tepung. Sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
4. Masukkan dalam mesin khas untuk leperkan nipis dan licin.
5. Masukkan pula ke dalam mesin mi.
6. Didihkan air dalam kuali. Boleh masukkan mi bila air mendidih.
7. Bila mi mula timbul, angkat dan toskan.
8. Gaul mi dengan minyak masak supaya tidak melekat.
INFO:
- Kisar bayam dan tapiskan untuk dapatkan air bayam.
- Kalau tidak ada mesin me boleh buat cara manual. Canai ikut ketebalan yang diingini dan potong guna pisau.
- Simpan mi yang sudah siap dalam peti sejuk (bahagian bawah) dalam bekas kedap udara.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Niyah Abd Karim
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Rasa Yang Umphh! Mi Hailam Sedap Setanding Macam Dekat Kedai
Suka Makan Maggi Goreng Mamak? Cuba Resipi Maggi Goreng Kari Cili Api Ni Pula. Lagi Padu Beb!
Buka Selera Dengan Aneka Masakan Udang
Resipi apa pula nak dimasak yang boleh menaikkan selera sekeluarga? Nah resipi berasaskan udang sangat digemari ramai. Hati-hati dengan masakan udang kerana kalau terlalu banyak menjamahnya boleh buat tinggi kolesterol anda. Jika suka berkuah anda boleh memasak gulai kari atau masak lemak. Boleh juga hidangkan menu bergoreng yang tidak kurang enaknya. RASA kongsi resipi yang boleh anda cuba dengan menggunakan udang. Moga berselera nanti ye..
Sup Udang Nanas
BAHAN-BAHAN:
- 300gm udang sederhana besar
- 1/2 biji nanas | dihiris
- 1 biji cili merah
- 2 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- Sedikit daun bawang | dihiris
- Air secukupnya
- Sedikit minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan kepingan buah nanas. Tumis seketika.
2. Seterusnya masukkan air dan biarkan merenih. Tambahkan cili merah dan cili padi.
3. Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
4. Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda.
5. Sedia untuk dinikmati.
Udang Sos Oren
Bahan Udang Goreng:
- 500gm udang saiz XL | bersih dan toskan
- 100 gm tepung jagung
- 2 biji telur | kacau sebati
- Secubit garam
- Minyak untuk menggoreng
Bahan Sos:
- 1 ulas bawang putih | cincang
- 1 sudu makan pati oren
- 1/2 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
- 1/2 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan betul-betul panas).
- Celupkan udang dalam telur yang telah dikacau dengan sedikit garam.
- Kemudian golekkan udang dalam tepung jagung dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Untuk menyediakan sos, gunakan kuali lain.
- Panaskan mentega, tumis bawang putih hingga keperangan.
- Masukkan pati oren, gula dan sedikit garam.
- Kacau seketika atas api sederhana.
- Apabila cukup rasa, angkat dan hidangkan sos bersama udang yang telah digoreng tadi
Sambal Berlado Udang Galah
BAHAN-BAHAN:
12 ekor udang galah | digoreng tidak terlalu garing
200gm bawang merah | dikisar
50gm bawang putih | dikisar
200gm cili merah |dikisar
200gm cili kering | dikisar
1 sudu teh serbuk belacan
1 sudu makan pes asam jawa
1 biji bawang besar | dihiris bulat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam, serbuk belacan, garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau lagi.
Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris bulat bersama udang yang telah digoreng.
Siap untuk dihidangkan.
Sambal Udang Goreng Kacang Botol
BAHAN-BAHAN:
- 200gm udang
- 5 batang kacang botol |hiris tebal
- 1/2 biji perahan jus limau nipis
- Minyak masak secukupnya
- Gula dan garam secukupnya
BAHAN KISAR:
- 5 tangkai cili kering
- 4 biji bawang merah
- ½ sudu teh belacan
- 1 sudu makan udang kering |rendam dan tos dahulu
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan masak ia seketika dan masukkan kacang botol. Gaul rata.
3. Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
4. Sedia dinikmati.
Udang Goreng Bersama Telur Dan Daun Bawang
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
- 300gm udang saiz sederhana ] buang kulit dan cuci bersih
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
- 4 ulas bawang putih ] cincang
- 1 biji bawang besar ] cincang
- 3cm halia muda ] hiris halus memanjang
Lain-Lain:
- 4 biji telur
- 1/2 sudu teh serbuk lada putih
- 50gm daun bawang ] potong 3cm
- 1 sudu makan susu segar
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
- Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
- Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
- Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.
- Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
- Kacau rata dan tutup api.
- Sedia dihidangkan panas-panas.