Sesuai dinikmati dikala sarapan. Jika suka pedas, hidangakan bersama sambal hijau, kicap dan sos cili.
BAHAN A:
- 500gm daging kisar
- 50gm tepung sagu
- 1 biji putih telur
- 1 sudu teh garam
- Sedikit lada putih
BAHAN B:
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit bawang goreng
- Sedikit daun bawang | dihiris
- 20gm mi kuning | direndam air suam seketika
- Sedikit tauge
BAHAN SUP:
- 5 ulas bawang merah | dihiris
- 2 batang daun bawang
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Campurkan bahan A di dalam mangkuk dan uli sebati. Bentukkan adunan menjadi bentuk bebola dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
2. Didihkan air di dalam periuk dan rebus bebola daging sehingga timbul di permukaan air. Simpan air rebusan.
3. Panaskan air rebusan, masukkan bawang merah, daun bawang dan garam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan bahan B dan bebola daging ke dalam mangkuk. Tuangkan sup.
5. Sedia untuk dinikmati
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masak Sendiri Sos Spageti Homemade Sedap Guna Buah Tomato
Resipi Sos Spageti homemade yang sedap, mudah dan tanpa pengawet perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni memang kena cuba. Kalau anak-anak anda jenis peminat tegar pasta, seminggu 2-3 kali minta spageti, sos ni memang kena cuba buat. Jimat banyak. Malah sos ini juga sesuai buat anda yang gemar makan sos spageti yang kurang masam. Rasa dia tidak lah sepekat, masam dan berasid seperti di dalam tin. Rasanya lebih bersifat hambar tapi masih sedap dimakan. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.
RESIPI SOS SPAGETI BOLOGNESE HOMEMADE GUNA TOMATO SEGAR
BAHAN-BAHAN:
- Spageti – direbus hingga lembut – beli online disini
BAHAN SOS SPAGETI:
- 5 biji tomato segar (pilih yang merah ranum)
- Garam dan gula secukup rasa
- ½ biji bawang holland – beli online disini
- 1-2 ulas bawang putih – beli online disini
- Isi ayam secukupnya
- Sedikit herba oregano – beli online disini
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan tomato, pilih buah yang merah ranum.
2. Hiris nipis bahagian luar buah tomato. Ia bertujuan untuk memudahkan proses mengupas kulit tomato nanti.
3. Kemudian rebus buah tomato tadi sehingga air mendidih, tak perlu lama sangat.
4. Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Lenyek tomato sehingga hancur.
5. Masak semula ke dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan tomato menjadi sedikit berair.
6. Seterusnya tapis tomato tadi untuk mendapat pes tanpa biji.
7. Ini dia hasilnya pes tomato. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam peti sejuk.
8. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis bawang holland, bawang putih dan isi ayam hingga masak.
9. Kemudian masukkan pes tomato tadi dan sedikit herba Oregano.
10. Akhir sekali boleh masukkan spageti yang telah direbus. Kacau sebati.
11. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan segera.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Mi Rebus Paling Mudah, Sedap & Cepat Masak.
Sepanjang musim PKP ni, asyik masak je. Pasti ramai ibu-ibu yang sudah buntu memikirkan menu untuk dihidangkan buat keluarga. Bagi anda yang tercari-cari sajian yang sedap dan mudah masak, resipi Mi Rebus perkongsian saudari Mariana Zainal ni boleh dicuba. Sangat mudah dan tentunya sedap.
CARA MASAK MI REBUS SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg daging – rebus empuk & hiris nipis. Boleh ganti dengan ayam, kerang atau udang
- 1kg ubi keledek oren – rebus, tos & kisar dengan air. Boleh lebihkan jangan kurang. Nanti kuah tak pekat.
- Mi kuning secukupnya
- 5 sudu makan rempah kari daging – bancuh dengan sedikit air
- 1 paket kecil serbuk cili – bancuh dengan sedikit air
- 5 sudu makan gula – jika suka manis, boleh tambah
- 1 sudu makan garam
- 3 sudu makan sos cili
- Sedikit bahan perasa
- Air untuk kuah – ikut kepekatan yang disukai. Agak-agak sahaja jangan cair.
- 2 senduk minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR HALUS:
- 2 biji bawang besar
- 3-4 ulas bawang putih
- 5 sudu makan udang geragau
- 1 paket kecil taucu – boleh abaikan jika tiada
BAHAN SAMPINGAN ( terpulang ikut cita rasa):
- Sawi – celur
- Tauge
- Te;ur rebus
- Cili besar & cili padi
- Bawang goreng
- Tauhu – goreng dan hiris nipis
- Cucur
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga agak garing.
2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Tumis lagi hingga betul-betul pecah minyak.
3. Masukkan sos cili, daging (boleh juga masukkan ayam, kerang, udang), keledek kisar dan juga air ( air masukkan sedikit demi sedikit. Tak nak cair nanti tak sedap.)
4. Masak kuah hingga mendidih. Masukkan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
5. Angkat kuah, hidangkan bersama mi dan bahan sampingan.
CARA BUAT CUCUR UNTUK MI REBUS
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 1 sudu teh yis
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit daun kucai
- 1 sudu teh gula
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Pastikan adunan tidak cair dan tidak pekat.
2. Peram adunan selama 30 minit hingga 1 jam.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
CUBA JUGA RESIPI-RESIPI BEST NI:
Resipi Kicap & Pes Cili Untuk Masak Char Kuay Teow Homemade.
Resipi Maggi Kari Tumis Sedap. Menu Paling Simple & Cepat Masak.
Step By Step Mi Goreng Basah Gerenti Sedap, Tak Perlu Garam & Gula
Kali ini RASA ingin kongsikan cara membuat mi goreng basah. Memang sedap kalau buat untuk dimakan ketika sarapan. Tak perlu letak garam dan gula. Ramuan yang digunakan sudah cukup menyelerakan, sudah cukup masin manisnya.
MI GORENG BASAH
BAHAN-BAHAN
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
4 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos cili (BELI DI SINI)
1 sudu besar sos tiram (BELI DI SINI)
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap mi
10 ekor sotong (dibersihkan, potong dan tos)
1 peket bebola ikan (dibersihkan, potong dan tos)
1 cawan kecil air
1 ikat sayur sawi jepun (dibersihkan, potong dan tos)
1 bungkus mi kuning (basuh dan tos)
1 biji tomato (dibersihkan dan dibelah 6) BELI DI SINI
BAHAN TUMBUK PECAH-PECAH
10 biji cili api
3 ulas bawang putih (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak.
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan tumbuk pecah-pecah sampai garing sedikit.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mi dan masukkan sotong dan bebola ikan.
4. Masukkan air.
.
5. Masak sekejap dan kacau sehingga sebati. Masukkan sayur sawi jepun dan kacau lagi.
6. Selepas itu, masukkan mi kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak. Siap.
.
INFO:
1. Mi goreng basah ini tidak guna garam dan gula kerana semua kicap dan sos yang digunakan sudah cukup cita rasanya.
2. Anda boleh tambah bahan lain seperti udang, hirisan daging atau kerang. Boleh tambah sedap lagi.
Sumber: Ieda Roslieda
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni