Jika bertandang ke Indonesia, bakwan ini biasa menjadi hidangan sarapan atau minum petang. Ianya seakan-akan cucur udang, tetapi lebih banyak diletakkan sayur-sayuran. Rasanya rangup, enak dimakan bersama sos cili ataupun sos pencicah yang dibuat sendiri.
Ikuti perkongsian resipi bakwan rangup di luar namun lembut di dalam oleh Siti Khajar ini. Resipi ini versi olahannya sendiri. Jom kita buat.
Suka makan Jeruk? Boleh cuba resipi JerukEpal yang sangat mudah dan sedap perkongsian saudari Nazuhaina Azuni. Bahan-bahan serta cara memasaknya cukup mudah. Hanya dengan beberapa bahan ringkas, anda boleh buat snek ringan ini.
Bila sebut bab jeruk, sebenarnya ada pelbagai jenis yang boleh dicuba. Tapi bagi anda yang nak resipi mudah serta tak banyak bahan, yang satu ni lah paling sesuai. Paling enak jika sejukkan dalam peti sejuk sebelum dinikmati. Aduhai, nikmat tak terkata. Jom cuba!
CARA MEMBUAT JERUK EPAL SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
3 biji epal hijau
8 biji asam boi putih – beli online disini
7 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan buah epal dan kupas kulit.
2. Kemudian potong cili. Jumlah cili boleh diubah mengikut tahap kepedasan masing-masing.
3.Potong epal mengikut saiz yang digemari. Ikut selera msing-msing.
4. Satukan semua bahan termasuk asam boi ke dalam bekas yang bersesuaian dan gaul sebati.
5. Jeruk Epal ini lagi sedap kalau disejukkan dalam peti sejuk semalaman sebelum dinikmati.
Apa benda yang bergulung tu ? Haah ni ada resipi yang intinya digulung dengan ‘crepe’ tepung. Dalam resipi ni ada yang menggunakan kulit popiah dan tortilla.
Janji ada daging dan sayur-sayuran memang ‘meletop’ rasanya. Snek sihat sedap dimakan waktu buka dan moreh.Buat sahur pun boleh.. Cubalah nanti ya.
1.MALAYSIAN ROLL WITH SHRIMP BASIL
BAHAN-BAHAN : Bahan inti :
¼ cawan daun selasih (basil) segar | dibilas dan keringkan, dicincang
6 ekor udang saiz sederhana | masak celur dan potong dua
½ cawan parutan lobak merah
½ cawan sengkuang yang diparut
20gm badam panggang | ditumbuk kasar
3 helai daun salad merah, buangkan urat daun jadikan 6 bahagian
Kulit popiah secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Didihkan air dan celur kesemua sayur-sayuran. Toskan dan bilas selama 30 minit. 2. Rasa inti dan perisakan dengan gula dan garam dan gula, campurkan badam.Gaul sebati. 3. Masukkan inti ke dalam mangkuk dan ketepikan. 4. Tebarkan sekeping kulit popiah di atas papan canai. Letakkan salad di atas kulit popia dan letakkan inti di atas salad, lipatkan di kedua belah hujung popia dan gulungkan.
Saiz hidangan : 5-6 orang Waktu memasak :30 minit Cara memasak : Digaul tanpa masak Jenis masakan : Kudapan Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama mentega kacang
Info Chef : Kacang badam dicampur bersama sayur-sayuran menambahkan vitamin dan khasiat. Badam kaya dengan vitamin E,lemak sihat , serat, protein dan magnesium yang diperlukan oleh tubuh sihat.
2. CHICKEN VEGETABLE WRAP
BAHAN-BAHAN :
1 sudu makan minyak sayuran
1 biji bawang besar | dicincang halus
1 ulas bawang putih | dicincang halus
3 cawan ayam rebus tanpa kulit dan telah disiat-siat
3 cawan salad ‘iceberg lettuce’ | dicincang
¾ cawan tomato yang didadu
11/2 cawan keju cedar yang diparut
1 cawan pistachio panggang
1 cawan kacang pis hijau | toskan selepas dikeluarkan dari tin
6 keping tortillas (diperbuat dari tepung)
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana. 2. Masukkan bawang dan masak hingga lembut, kira kira 3 minit. 3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau selama seminit 4. Masukkan ayam, kacau dan masukkan garam. Biarkan masak 1 hingga 2 minit. 5. Kemudian letakkan tortilla ditengah dua kertas/tisu gulung yang dilembabkan (paper towels) dan masukkan di dalam ketuhar mikro selama 10 saat untuk melembutkan tortilla 6. Sudukan dengan salad di atas setiap satu kepingan tortilla, kemudian letakkan ayam, sayurr, keju cedar, kacang pis dan pistachio. 7. Gulung dan kerat dua. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 5-6 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Kudapan sandwich ala burrito Keistimewaan : Inti yang lebih lemak dengan kacang pis dan pistachio
Info Chef; Kandungan kacang pis dan pistachio dipercayai dapat meningkatkan kadar imunisasi badan dan mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Sajian rendah lemak yang menyihatkan.
3. CHICKEN BURRITO
BAHAN-BAHAN :
1 sudu makan minyak masak
1 biji bawang holland /dicincang halus
1 ulas bawang putih/ dicincang halus
100 gm dada ayam/ dipotong kecil
Garam secukup rasa
6 keping tortilla jagung /dibeli siap dari pasaraya
3 cawan salad /dipotong kecil
1 1/2 keju cheddar parutan keju
1/4 sudu teh garam
Bahan sos burrito:
3 sudu makan mayonis
1 sudu teh serbuk paprika
2 sudu makan sos lada hitam
* Dicampur sekali
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali, api sederhana 2. Masukkan bawang besar dan masak hingga lembut, kira-kira 3 minit. 3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau 1 minit 4. Masukkan ayam dan 1/4 sudu teh garam. Masak hingga empuk, ketepikan. 5. Panaskan kepingan tortilla jagung mengikut arahan di bungkusan. 6. Letakkan salad di atas setiap tortila, letakkan ayam yang dimasak tadi, dengan parutan keju chedar dan sos burrito. Gulung tortila dan potong dua.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 10 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Mexico Keistimewaan : Sajian sihat salad dan ayam bersos keju dan burrito
INFO CHEF: Sajian ini sunguh mengenyangkan, sandwic versi Mexico. Sedap dihidang dengan ‘hash brown’
4. HO CHI MINH SPRING ROLL
BAHAN-BAHAN :
170 gm soo hoon (dicelur)
6 ekor udang saiz sederhana (dicelur)
12 keping kulit popia (dicelur)
BAHAN INTI :
1/2 kubis china (dihiris halus)
200 gm lobak merah (dihiris halus)
200 gm timun (dihiris halus)
200 gm saderi (dihiris halus)
200 gm salad Cina (chinese lettuce) (dihiris halus)
50 gm parsli Cina (dihiris halus)
50 gm selasih Thai (sehelai-helai)
50 gm daun ketumbar (dihiris halus)
50 gm taugeh
BAHAN SOS :
1/2 sudu teh sos ikan
1/4 sudu teh gula
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi
Air panas secukupnya (1-2 sudu makan)
CARA MEMASAK :
1. Celur soo hoon dalam air mendidih dan terus tos. Kemudian celurkan udang dalam air mendidih sehingga masak. Kulit popia direndam air biasa hingga lembut.
2. Kemudian sediakan dan susun bahan inti di dalam dulang.
3. Susun dan tebarkan kulit popia letakkan 2 ekor udang sedikit soo hoon, daun selasih, taugeh, lobak merah, saderi, daun ketumbar dan salad cina dalam setiap popia.. Biarkan sedikit ruang kosong di kedua hujung kulit popiah untuk membalut.
4. Gulung atau balut ikut kreativiti anda.
5. Di dalam mangkuk kecil campurkan sos ikan, air panas, bawang putih, gula dan cili padi. Jika suka anda boleh masukkan kacang tumbuk.
6. Hidangkan popia Ho Chi Minh dengan sos .
INFO CHEF : Sajian ini adalah sajian salad yang menyihatkan padat dengan sayur-sayuran segar.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu Memasak : 3 jam Cara Memasak : Celur Jenis masakan : Vietnam Keistimewaan : Kudapan sesuai untuk mereka yang mementingkan menu sihat.
Popia merupakan antara sajian ringan mudah yang puan-puan boleh hasilkan dalam jumlah yang banyak dan sejukbekukan. Intinya boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa masing. Salah satu resipi popia yang sedap tular di laman web masakan ialah Popia Ayam Cendawan Berkeju ni. Memang layan habis! Jom cuba resipi perkongsian saudari Radia Tussoleha ini.
POPIA AYAM CENDAWAN BERKEJU
BAHAN A:
1 labu bawang holland(potong cincang)
5 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam (tumbuk halus)
1 batang lobak merah (potong dadu)
BAHAN B:
1 bungkus kulit popia (50 keping)
1 paket isi ayam cincang atau 1 mangkuk daging ayam yang dipotong cincang
1 bungkus sosej ayam (potong kecil)
1 bungkus keju (6 keping)
1 tin cendawan (potong racik)
1 tin champmbells cream (cendawan or ayam)
1biji telur atau 1cawan bancuhan tepung gandum (sebagai gam)
1 kiub ayam dan garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Tumis bahan A sehingga wangi. Kemudian masukkan lobak merah diikuti sosej serta isi ayam.
Kemudian masukkan garam, kiub pati ayam. Gaul rata.
Masukkan cendawan dan charambells cream.
Akhir sekali, masukkan keju. Kacau sebati dan padamkan api. Masukkan ke dalam bekas apabila sudah sejuk.
CARA MEMBUNGKUS POPIA:
Sediakan kepingan kulit popia. Sudukan 1 sudu inti di hujung kulit popia danlipat.
Lekatkan hujung kulit popia dengan menggunakan bancuhan telur atau bancuhan tepung gandum.
Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.
Nota: Bahan-bahan diatas boleh menghasilkan lebih kurang 50 keping popia.