Makan

Bakwan Sayur Rangup, Resipi Mudah Pikat Selera Anak Yang Cerewet Makan

Share

Sedapnya Bakwan Sayur rangup ni. Bila cicah dengan sos, lagi bertambah enak. Buat yang pening fikir nak masak apa untuk sarapan makan pagi dan minum petang, bolehlah cuba resipi Bakwan ni. Masak macam ni boleh pikat selera anak. Yang cerewet makan sayur pun suka Bakwan. Nak sediakan pun mudah & bahan-bahan pun ringkas sahaja. Saudari Khadijah Jaafar ada kongsikan resipinya. Jom cuba!

CARA BUAT BAKWAN SAYUR RANGUP

BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum beli online disini
½ cawan tepung berasbeli online disini

1 cawan isi jagung
1½ cawan lobak merah – disagat halus
1 ½ cawan kubis – dihiris halus
1 batang daun bawang – dihiris halus
6 ekor udang – dipotong kecil – optional
2 ulas bawang putih – ditumbuk hancur
Air sejuk secukupnya
*nak letak tauge pun boleh
BAHAN BUMBU:
½ sudu kecil serbuk ketumbar beli online disini
½ sudu kecil serbuk lada hitambeli online disini
½ sudu kecil serbuk pati ayam/ikan bilis beli online disini
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
CARA MEMASAK:
1.Masukkan tepung gandum, tepung beras, isi jagung, lobak merah, kubis, daun bawang, udang (nak ganti dengan ikan bilis pun boleh) & bawang putih yang sudah ditumbuk hancur ke dalam mangkuk.

2. Masukkan bahan bumbu iaitu serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam/ikan bilis, gula dan garam.

3. Bila sudah masukkan semua bahan, tuangkan air sedikit demi sedikit, kacau adunan sehingga sebati, pastikan air tu sejuk. Adunannya tidak terlalu kental atau terlalu cair. Ini supaya bila digoreng, bakwan akan jadi nipis & rangup. Rasa tu, ikut pada selera, boleh ubahsuai garam & gula mengikut selera.

4.Jika cair boleh tambahkan sedikit lagi tepung gandum.
5. Panaskan minyak masak. Ambil adunan secukupnya dan goreng ke dalam kuali yang panas . Pastikan kuali betul-betul panas, supaya adunan tidak melekat pada kuali.

6. Sekali sekala siram kan adunan dalam kuali tadi dengan minyak panas. Goreng sehingga garing, ikutlah pada tahap kegaringan yang korang suka.
7. Angkat & toskan minyak. Hidangkan dengan sos pencicah.
Kredit resipi & foto: Khadijah Jaafar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN