Balik dari pasar beli lauk mentah ayam, ikan, daging dan sebagainya kebiasaannya kita akan terus letak dalam singki sebelum dibersihkan.
Sebenarnya cara ini tak disarankan. Menurut Dr Mazliana Mazlan lauk mentah ini sepatutnya diletakkan dalam bekas ketika hendak dibersihkan dalam singki. Kenapa? Sebab singki walau nampak bersih tapi ia sebenarnya penuh dengan kuman. Baca penjelasan beliau ya.
Singki antara tempat paling kotor dalam rumah kita
Ada doktor pakar mikrobiologist kata, singki sebenarnya lebih kotor dari tandas. Sebab kandungan bakteria yang ada di singki, lebih banyak dari bakteria yang ada di tandas.
Ads
Lebih 17,000 bakteria untuk setiap inci persegi singki, menurut kajian dari Global Hygeine Council. Tak termasuk lagi 13,000 bakteria pada handle paip di sinki.
Ini baru untuk setiap inci persegi, cuba darab dengan saiz singki rumah kita. Banyak mana lah kuman yang ada di situ.
Bakteria boleh datang dari;
Makanan mentah yang kita siang.
Lebihan makanan yang kita buang.
Pinggan mangkuk dengan sisa makanan yang kita biar dalam singki.
Singki sentiasa dalam keadaan basah dan lembap.
Jadinya, elakkan letak terus ikan yang kita nak siang dalam singki. Ramai suka buat macam ni. Ada yang macam tak puas siang ikan dalam bekas, nak jugak letak dalam singki.
Ads
Makanan yang belum dimasak itu sendiri pun sudah ada bakteria, bila kita campur pula dengan bakteria dalam singki, berganda-ganda makanan kita dipenuhi dengan bakteria.
Mungkin ada hari kita tak masak dengan betul makanan dan bakteria masih ada tak habis lagi riwayatnya. Akibatnya makan makanan yang kita sendiri masak di rumah, pun boleh jadi punca keluarga kena cirit birit dan muntah nanti.
Pernahkah anda beli limau nipis tetapi bila nak perah jusnya, sedikit sahaja jus yang keluar? Sakit juga hati. Maklumlah, harganya pun boleh tahan mahal. Ada petua yang boleh anda cuba.
kredit: pxhere.com
Sekiranya anda ingin mendapatkan jus yang lebih banyak daripada sebiji limau, caranya mudah sahaja.
BAHAN-BAHAN:
Limau nipis
Air panas
CARA-CARA:
Masukkan air panas ke dalam bekas.
Kemudian masukkan limau nipis. Rendam kira-kira satu jam.
Toskan air dan sedia untuk digunakan. Hasilnya, jus limau akan lebih banyak bila diperah.
Selain itu, petua lain yang boleh dicuba ialah sewaktu beli limau nipis, pilih buah yang berkulit nipis dan lembut. Biasanya limau begini banyak airnya berbanding limau yang masih keras dan kulit seakan tebal apabila dipicit.
Jumlah jus limau juga bergantung kepada cara kita potong. Jika buah dipotong melintang, kemungkinan jus limau tak dapat keluar sepenuhnya apabila di perah. Malah kalau potong hingga ke bahagian biji, susah kot nak picit. Cuba cara ni. Mudah & jus pun keluar dengan banyak.
Korang suka makan Bubur Kacang Hijau, tapi selalu ambik masa nak rebus kacang hijau tu kan. Sebenarnya masalah ini boleh selesai dengan cara ikut tip yang RASA kongsikan ini. Boleh cuba sebab mudah sangat.
Rendam Kacang Hijau
Sebelum rebus pastikan kacang hijau direndam dahulu lebih kurang 3-4 jam atau supaya apabaila direbus kacang cepat empuk.
Masukkan Kacang Bila Air Mendidih
Masak air dalam periuk dan masukkan kacang hijau selepas air rebusan mendidih. Air mendidih boleh membantu kacang lebih cepat empuk dan kandungan nutrisinya tetap kekal dalam rebusan kacang.
Api Sederhana
Disarankan menggunakan api sederhana, tidak terlalu kecil atau besar, dengan cara ini kacang hijau yang direbus lebih mudah empuk dan masak sempurna.
Campurkan Gula dan Garam Apabila Kacang Empuk
Jika ingin menambah perisa seperti gula dan garam pada rebusan kacang hijau sebaiknya tambah ketika kacang hijau mula kembang. Jika dimasukkan awal kacang hijau sukar empuk.
Diharapkan tip berikut membantu rebusan kacang hijau lebih cepat empuk dan masak sekata.
Cara biasa sebelum menggoreng ikan, anda akan lumur dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng. Nak lagi sedap, gunakan rempah istimewa yang dikongsikan oleh Cik Puan Mai Mgnesium. Rempah yang terhasil ini boleh digaul dalam 4 jenis masakan anda. Resipi rempah ini diturunkan daripada ibu beliau. Jom cuba!
Jenis Masakan Yang Boleh Digunakan Dengan Rempah Ini
Ikan goreng
Ubi kayu
Tempe goreng
Ayam goreng
5 Bahan Rempah Utama:
Bawang putih – banyak
Kunyit hidup – 2 inci
Jintan putih
Ketumbar
Garam himalayan atau sea salt
Cara mebuatnya:
Kisar/tumbuk sampai lumat. Bawang putih banyak pun tak apa. Bagus untuk sistem tubuh.
Tambahan
Boleh tambah tepung beras / jagung untuk salutan tapi sebaiknya tak perlu letak.
Masa mengisar jangan masukkan air banyak sangat
Cara Untuk Menggoreng Ayam
Masukkan lengkuas yang dikisar untuk serabut-serabut (tolong potong lengkuas dulu sebelum masuk dalam blender atau blender akan cepat rosak).
Boleh tambah daun kari untuk bangkitkan aroma.
Cara Untuk Menggoreng Ubi Kayu
Kredit: SurayaMsyed
Rebus dulu ubi kayu, tapi jangan sampai hancur. Kemudian barulah gaul dengan bumbu atau rempah.
Perap dalam 30 minit ke 1 jam dan goreng.
Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ubi kayu perap.
Boleh Ke Blend Banyak Dan Simpan?
Tak boleh, sebaiknya biarkan fresh
Boleh makan dengan sambal kicap johor
Sangan / Goreng Tanpa Minyak
Cara ini juga boleh dilakukan dengan menggoreng tanpa minyak sekejap rempah jantan putih dan ketumbar dalam kuali. Ia akan membangkitkan aroma rempah dengan lebih baik.
Mak Pesan
Jangan risau tangan kuning masa menggaul sebab kunyit tu kan bagus untuk kulit kita. Lagipun, mak kata gaul dengan tangan, enzim ibu tu masuk. Nanti anak-anak akan dengar cakap dan suami pun sayang lebih.