Balik dari pasar beli lauk mentah ayam, ikan, daging dan sebagainya kebiasaannya kita akan terus letak dalam singki sebelum dibersihkan.
Sebenarnya cara ini tak disarankan. Menurut Dr Mazliana Mazlan lauk mentah ini sepatutnya diletakkan dalam bekas ketika hendak dibersihkan dalam singki. Kenapa? Sebab singki walau nampak bersih tapi ia sebenarnya penuh dengan kuman. Baca penjelasan beliau ya.
Ada doktor pakar mikrobiologist kata, singki sebenarnya lebih kotor dari tandas. Sebab kandungan bakteria yang ada di singki, lebih banyak dari bakteria yang ada di tandas.
Lebih 17,000 bakteria untuk setiap inci persegi singki, menurut kajian dari Global Hygeine Council. Tak termasuk lagi 13,000 bakteria pada handle paip di sinki.
Ini baru untuk setiap inci persegi, cuba darab dengan saiz singki rumah kita. Banyak mana lah kuman yang ada di situ.
Bakteria boleh datang dari;
Jadinya, elakkan letak terus ikan yang kita nak siang dalam singki. Ramai suka buat macam ni. Ada yang macam tak puas siang ikan dalam bekas, nak jugak letak dalam singki.
Makanan yang belum dimasak itu sendiri pun sudah ada bakteria, bila kita campur pula dengan bakteria dalam singki, berganda-ganda makanan kita dipenuhi dengan bakteria.
Mungkin ada hari kita tak masak dengan betul makanan dan bakteria masih ada tak habis lagi riwayatnya. Akibatnya makan makanan yang kita sendiri masak di rumah, pun boleh jadi punca keluarga kena cirit birit dan muntah nanti.
Sumber: Mazliana Mazlan