Ramai pula di kala PKP ini buat kek pisang. Dah jadi menu viral sebelum ni kek pisang pandang pun tidak. Untuk jadi tidak bosan dengan rasa yang sama boleh olahnya dengan meletakkan cheese di atasnya. Kek menjadi lebih perisa dan buat tak henti makan.

Banana cheese cake

Untuk kek
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam

Bahan B
1 cawan pisang yang telah dilenyek
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 biji telur

Cara memasak:
1.Ayak bahan A dan gaulkan dengan garam.
2.Masukkan bahan B dan kacau rata.
3.Masukkan ke dalam acuan
4.Kukuskan selama 25 minit

IKLAN

Untuk cream cheese
1.Kisar cream cheese, sedikit susu full cream & sedikit susu pekat.

2.Kemudian sapukan ke atas kek.

IKLAN

3.Sagat cheese cheddar.

Siap!

IKLAN

Kredit resipi & foto:Yna Sarina

Kek Keju Oreo Tak Perlu Bakar. Sangat Mudah & Sedap.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI