Sempena cuti sekolah dan Hari Merdeka, jom buat kek kegemaran ramai Banana Chocolate Cake.Anak-anak gerenti ulang makan kek ini.Mudah sangat nak buat kek ni. Tak perlu mixer, tak perlu blender. Kacau-kacau dengan whisk bagi sebati je.Jangan kacau lama-lama sangat.Sediakan bekas besar sikit untuk sediakan adunan.

BANANA CHOCOLATE CAKE

Banana Chocolate Cake Dapat Sepotong Puas Makan

Bahan-bahan:
5 biji pisang lemak manis
1 sudu besar pati delima
1 cawan gula perang
3 biji telur gred A /4 biji gred C
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan salted butter
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perisa coklat (optional)
2 cawan tepung naik sendiri jenama blue key
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1/2 cawan serbuk koko Van Houten ( diayak terlebih dahulu)
1/2 sudu teh garam halus
1/2 cawan chocolate chunks cadbury/chocolate coin
Chocolate chip (hiasan)
Cara membuat:

1.Lenyek dengan garpu pisang lemak manis.Yg dah agak ranum(Jangan blend nanti tak de juicy pisang). Pisang berangan pun
boleh. Pisang emas rasa lebih sedap.
2.Masukkan pati delima (jika ada) kalau masuk ni lagi sedap and juicy rasa balance lemak manis masam sikit juice
kek buah pisang kita.
3.Masukkan gula perang
4.Masukkan telur,kalau gred B kekalkan 3 biji.
5.Masukkan minyak masak. Saya guna minyak kelapa dara. Wangi sangat kek. Minyak sawit pun boleh.
6.Masukkan salted butter cair. Cairkan dalam microwave je dalam 15 saat atau sampai cair.
7.Masukkan esen vanilla dan perisa chocolate.
8.Masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak bersama baking powder dan baking soda.
9.Masukkan serbuk koko Van Houten (diayak terlebih dahulu)
10.Masukkan garam halus
11.Masukkan chocolate chunks cadbury atau chocolate coin pun boleh.Nak sedap cincang kasar (chunks) 1 bar cadbury
atau apa apa coklat yang anda suka.
12.Kacau semua bahan sebati.
13.Panaskan oven.
14.Masukkan adunan dalam loyang 8 inci.
15.Tabur chocolate chip dan chocolate coin atasnya. Boleh jugak tabur bersama almond flake bagi yang suka almond.

Banana Chocolate Cake Dapat Sepotong Puas Makan
16.Bakar adunan selama 50-60 minit dengan suhu 170⁰c ikut pada kapasiti oven masing-masing.

Banana Chocolate Cake Dapat Sepotong Puas Makan

Banana Chocolate Cake Dapat Sepotong Puas Makan
17.Cucuk kek dengan lidi, kalau dah tak melekat pada lidi. Masak la tu.

Resepi: Shida Razak KC

IKLAN

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang

Ayam Panggang Pedas Manis, Mudah Je Bahan Perapnya

IKLAN

Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!

Resipi Tart Telur Simple & Sedap. Wajib Dicuba

 

IKLAN

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI