
Tengok rupa biskut ni alahai nampak comel aje. Macam pisang emas kuning dengan tompokan coklat.
Ni lah biskut pisang atau Banana Cookies ada rupa pisang emas kan, tapi sebenarnya disadur coklat berwarna kuning dan coklat. Tu yang sedap sangat tu. Ada inti kacang pulak tu. Ni resepi yang dikongsikan oleh Zaimah Zakaria. Jom semak resipi biskut sedap ni.
BANANA🍌 COOKIES🍪
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
- 170gm mentega
- 60gm gula halus
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu kecil esen pisang
* Kacau dengan senduk sahaja semua bahan-bahan di atas
Bahan B :
- 300gm tepung gandum
- 20gm tepung jagung
- 20gm susu tepung
Bahan inti :
Kacang tanah secukupnya | disangai dan ditumbuk
Gula secukup rasa
* Campurkan dan gaulkan sekali
CARA MEMASAK :
1. Ayak semua bahan., masukkan ke dalam bahan A.
2. Uli sampai jadi doh, kalau nak sama besar timbang doh 15gm tiap satu
3. Masukkan inti kacang tanah yang dicampur dgn gula
4. Bentukkan doh jadi bentuk pisang
5. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 30 minit
Bahan Coklat
- Coklat putih dicampur beberapa titik pewarna lemon kuning
- Dark coklat
* Masak coklat guna kaedah ‘double boil’,celup biskut satu-satu dalam coklat kuning, coklat dah keras baru sapu dark coklat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Idea Menu Lauk Pauk Berbuka Yang Boleh Masak Guna Taucu.

Taucu adalah berupa kacang soya yang telah direbus dan diperam. Ia digunakan sebagai rencah dan penyedap dalam masakan. Kalau nak tahu, banyak lauk pauk sedap yang boleh dihasilkan menggunakan taucu ni. Bagi yang nak cuba, boleh jadikan koleksi masakan taucu ni sebagai panduan. Selamat mencuba!
1. TAUCU TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
- Ikan Tenggiri yang dah digoreng
- 1 inci halia – dihiris
- 4 biji bawang merah – dihiris
- 1 biji bawang holland – dihiris
- Lada besar – dihiris panjang
- Cili api
- Air ikut citarasa masing-masing
BAHAN PES ( GAUL SEBATI):
- 3 sudu makan taucu
- 6 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan serbuk kari ikan
- 2 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga wangi.
- Kemudian masukkan bancuhan taucu dan air. Biarkan mendidih sedikit.
- Seterusnya masukkan ikan, lada, cili api dan bawang holland.
- Perasakan dengan gula dan garam secukupnya ( jika perlu.)
- Jika suka pedas, masa nak makan baru picit cili api.
Kredit resipi & foto: Norhidayah Mohd Aripin
2. TAUCU PETAI
BAHAN-BAHAN:
- Petai
- 1 biji bawang besar – hiris
- 10 biji cili api hijau – tumbuk
- 2 biji cili merah – tumbuk
- 2 sudu makan taucu
- Sedikit belacan
- Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang besar, cili-cili tumbuk dan belacan.
- Setelah layu, masukkan taucu.
- Seterusnya masukkan sedikit air, perasa, gula dan petai. Tak perlu letak garam kerana taucu dah rasa masin.
- Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ida Filzati
3. IKAN BILIS SAMBAL TAUCU
BAHAN-BAHAN:
- 1 genggam ikan bilis – pilih yang saiz sederhana atau kecil. Basuh & tos.
- 3 biji bawang merah – dipotong
- 3-4 ulas bawang putih – dipotong halus
- 1/2 biji bawang holland – dipotong kasar
- 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
- 2 biji cili hijau – dipotong
- 2 biji cili merah – dipotong. Tak nak letak pun boleh.
- 4 biji cili padi merah – potong halus
- 4-5 sudu makan taucu – sebaiknya guna taucu yang tak hancur untuk elakkan rasa masin yang melampau.
- Minyak untuk menumis
- Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis ikan bilis dengan sedikit minyak. Setelah ikan bilis separuh garing, masukkan semua bawang dan cili.
- Setelah naik bau, masukkan air asam jawa dan tambah sedikit air agak-agak hingga tenggelam separuh bahan-bahan tadi. Tunggu ia mereneh dan lembut sekejap.
- Masukkan taucu danperasakan dengan sedikit gula serta Tak perlu letak garam.
- Biarkan mereneh sekali lagi dan sedia untuk diangkat.
Kredit resipi & foto: Nina Lee Daud
4. AYAM KUKUS MASAK TAUCU PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 6 ketul paha ayam – bersihkan dan potong kecil
- 1 biji bawang holland – dicincangkan
- 1 labu bawang putih – dicincangkan
- 6 cili merah dicincangkan – nak pedas boleh guna cili api
- 1 sudu besar taucu tamin
- 1 sudu besar gula perang ganti gula putih
- 4 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu kecil serbuk pati ayam
- Sedikit lada sulah
- Garam secukup rasa – jika perlu
- 1 batang daun bawang – hiris kecil
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama bahan-bahan lain ( kecuali daun bawang) hingga rata.
- Panaskan kukusan dan kukus ayam selama 30 minit.
- Buka kukusan dan taburkan hirisan daun bawang. Gaul rata dan kukus kembali selama 10 minit.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mary Teo Lee Na
5. TIMUN MASAK TAUCU
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang timun – hiris panjang
- 3-4 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih – hiris
- 3 biji bawang merah – hiris
- 1-2 sudu makan taucu
- Minyak untuk menumis
- Sedikit ikan bilis
- 1 keping asam keping/ gelugor
- 1 sudu makan cuka
- Gula secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih bersama ikan bilis. Masukkan taucu.
- Kemudian masukkan timun dan cili padi. Tambah air sedikit.
- Seterusnya tambahkan asam keping, cuka dan gula secukup rasa.
- Tumis sampai timun sedikit lembut. Jika nak kuah lebih, tambahkan air.
- Angkat dan enak dinikmati bersama ikan bakar atau ikan goreng.
Kredit resipi & foto: Fizah Nasir
6. AYAM MASAK TAUCU
BAHAN-BAHAN:
- 6-7 ketul ayam
- 3 biji bawang merah – hiris
- 3-4 ulas bawang putih – hiris
- 1cm halia – hiris halus
- 3-4 biji cili padi – hiris ( kalau tak suka pedas, boleh ganti dengan cili emrah atau cili hijau)
- 2 sudu makan taucu
- 1 mangkuk air asam jawa – masam ubahsuai ikut citarasa
- 1 kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng ayam seperti membuat ikan masak taucu. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi hingga wangi.
- Kemudian masukkan taucu.Gaul rata.
- Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau lagi hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan air asam jawa dan kiub pati ayam. Biarkan seketika dan rasa. Tambah garam jika perlu sahaja.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Fadhilah Alattas Syed Mahusin
Cara Buat Kerabu Ikan Talapia Bunga Kantan Ni, Sedap & Rugi Tak Cuba.

Selalunya kita dengar ikan Talapia sungguh sedap digoreng rangup atau dimasak sambal, tapi tau tak korang sebenarnya isi ikan ini sedap juga dibuat kerabu. Hasilnya sangat sedap, aroma campuran hirisan ulam-ulaman, cili padi, perahan jus limau nipis dan dilengkapi dengan rasa masam masinnya. Memang memancing selera makan sungguh. Apatah lagi kalau dihidangkan terus selepas dibuat, korang kena cuba sebab menu ni bukan hanya sedap tetapi ia juga sangat sihat, sesuai untuk korang yang berpantang atau berdiet.

KERABU IKAN TALAPIA BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan Talapia | cuci bersih dan bakar
- 4 helai daun kaduk | mayang halus
- 1 kuntum bunga kantan segar | mayang halus
- 1 tangkai cili merah | mayang halus
- 5 biji cili padi | hiris halus
- 1 biji bawang merah | mayang halus
- 1 biji limau nipis | ambil jus
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Asingkan isi ikan Talapia dari tulangnya.
- Masukkan dalam mangkuk, kemudian tambahkan ke dalamnya semua bahan hirisan.
- Perahkan jus limau nipis.
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
- Gaul rata sehingga cukup rasa.
- Setelah siap, ia sedia dihidangkan.
DIY Bouquet Coklat Teddy Bear Untuk Majlis Graduasi Anak-Anak

Sekarang ni musim graduasi anak-anak pelajar tadika, pelajar sekolah rendah yang tamat darjah 6. Para pelajar tingkatan 5 pun ada majlis graduasi. Ini adalah antara ‘moment’ indah yang bakal diingati sepanjang hayat mereka. Bukan sahaja pada para graduan, malah ia termasuklah ibu bapa, guru serta pensyarah yang terlibat.
Tradisi majlis gradusi, pastinya ada jambangan bunga segar untuk dihadiahkan buat insan tersayang. Namun agak rugi kerana bunga segar ni tak tahan lama. Malah harganya pun boleh tahan mahal. Jika dibeli, sejambak bunga segar rata-rata harga bermula dari RM70 dan keatas. Hmmm…sayangnya nak habiskan duit macam tu je. Bukan berkira tetapi di zaman gawat sebegini, setiap perbelanjaan perlu diambil kira. Trend terkini, pilihan lain selain bunga, ada yang menghasilkan jambangan coklat. Ha…idea ini nampak lebih masuk akal. Lepas siap bergambar, bolehlah makan. Pasti tidak membazir.
Bakal menghadiri majlis konvo insan tersayang? Apa kata anda hasilkan jambangan coklat secara DIY. Anda boleh membuatnya mengikut kreativiti sendiri malah pastinya lebih jimat. Hanya dengan beberapa bahan ringkas, hasilnya nampak sangat cantik persis yang dibeli di kedai. Jom cuba idea perkongsian Puan Khairana Rahman.
CHOCOLATE TEDDY BEAR BOUQUET
BAHAN-BAHAN:
- Coklat Ferrero Rocher
- Teddy bear ( tiada dalam gambar)
- Rice paper ( guna 4 warna. Boleh beli di kedai bunga ( lebih murah) atau di paper shop.
- Lidi sate
- Pita pelekat
- Riben ( tiada dalam gambar)
- Gunting ( tiada dalam gambar)
- Plastik yang dah dipotong empat segi
CARA-CARA:
1. Balut coklat dengan plastik dan lekatkan guna pita pelekat.
2. Cucuk coklat dengan lidi sate
3. Balut dan lekatkan plastik coklat pada lidi dengan menggunakan pita pelekat.
4. Potong 4 segi kertas warna seperti di atas.
5. Lipat kecil dan gunting kecil di tengah-tengah
6. Kertas yang dah dipotong di tengah.
7. Masukkan lidi coklat pada lubang kertas. Lekatkan dengan menggunakan pita pelekat.
8. Buat langkah yang sama untuk semua coklat.
9. Cantumkan semua lidi coklat menggunakan pita pelekat
10. Lekatkan lidi satedi bahagian belakang teddy bear tersebut. (cara untuk lekat, boleh ikut kreativiti masing-masing.)
*Mummy cucuk je lidi tu kat jahitan bawah montot dia sebab nak senang. Kalau guna gam nanti rosak bear tu. Kalau guna cellotape tak lekat plak.
11. Cantumkan bersama teddy bear dan coklat.
12. Lipat dua rice paper ni.
13. Balut rice paper dikeliling coklat dan ikat menggunakan riben.
14. Siap! Bolehlah hadiahkan buat anak-anak dan kawan-kawan yang bakal konvo nanti.
Contoh bouquet coklat lain hasil air tangan Puan Khairana Rahman. memang kreatif!
Kredit idea & gambar: Khairana Rahman