Banana Cookies Bakal Jadi Biskut Raya Yang Viral Nih…

Share

Tengok rupa biskut ni alahai nampak comel aje. Macam pisang emas kuning dengan tompokan coklat.

Ni lah biskut pisang atau Banana Cookies ada rupa pisang emas kan, tapi sebenarnya disadur coklat berwarna kuning dan coklat. Tu yang sedap sangat tu. Ada inti kacang pulak tu. Ni resepi yang dikongsikan oleh Zaimah Zakaria

. Jom semak resipi biskut sedap ni.

BANANA🍌 COOKIES🍪

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :

  • 170gm mentega
  • 60gm gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen pisang

* Kacau dengan senduk sahaja semua bahan-bahan di atas

Bahan B :

  • 300gm tepung gandum
  • 20gm tepung jagung
  • 20gm susu tepung

 

Bahan inti :

Kacang tanah secukupnya | disangai dan ditumbuk

Gula secukup rasa

* Campurkan dan gaulkan sekali

CARA MEMASAK :
1. Ayak semua bahan.,  masukkan ke dalam bahan A.

2. Uli sampai jadi doh, kalau nak sama besar timbang doh 15gm tiap satu

3. Masukkan inti kacang tanah yang dicampur dgn gula

4. Bentukkan doh jadi bentuk pisang

5. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 30 minit

 

Bahan Coklat

  • Coklat putih dicampur beberapa titik pewarna lemon kuning
  • Dark coklat

* Masak coklat guna kaedah ‘double boil’,celup biskut satu-satu dalam coklat kuning, coklat dah keras baru sapu dark coklat.

 

 

 

Published by
Faridah Talib