Tahun baru bakal tiba tak lama lagi. Jom kita ubah pemakanan ke arah yang lebih sihat. Sebagai permulaan, boleh cuba buat Banana Yogurt Smoothie dan Greek Style Salad. Hidangan yang ini memang sedap dan baik untuk kesihatan. Lebih sedap kerana ia menggunakan Fernleaf Greek-Style Yogurt yang diperbuat dengan kebaikan susu 100% dari New Zealand. Anda wajib cuba.
BANANA YOGURT SMOOTHIE
Bahan-bahan:
Ads
2 biji pisang (medium) – sejukkan dalam peti sejuk
250ml Fernleaf Greek Style Yogurt
125ml susu UHT Full Cream Fernleaf
2 sudu makan madu
½ sudu teh serbuk kulit kayu manis
Cara-cara:
Di dalam mesin pengisar, satukan pisang, Fernleaf Greek Style Yogurt, susu dan madu lalu kisar hingga halus.
Tambahkan serbuk kulit kayu manis dan kacau sebati.
Tuang bahan-bahan kisar ke dalam gelas dan hidangkan segera.
Kalau anda suka makan burger, bolehlah cuba buat Burger Ayam Chimicuri Sos Cheese ni. resipi yang dikongsi oleh Chef Naem ni memang padu! Guna Keju Chesdale Burger yang terbaru ni memang lain hasilnya. Meleleh-leleh keju dibuatnya kerana keju ni mudah mencair. Nak lengkapkan hidangan, minum sekali dengan Fernleaf Yogurt Greek Style Mango. Cukup menyegarkan dan baik untuk usus. Jom cuba!
BURGER AYAM CHIMICURI SOS CHEESE
BAHAN-BAHAN:
2 ketul ayam | bahagian thigh
2 cawan tepung serbaguna
1 sudu besar cajun
7 keping Chesdale Burger
½ cawan Fernleaf Susu UHT
2 biji roti burger
Daun salad secukupnya
1 biii tomato
2 sudu besar mayones
BAHAN SOS CHIMICURI:
5 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar jus lemon
20gm daun sup
4 ulas bawang putih
1 biji cili merah
CARA MEMASAK:
Perap ayam dengan cajun. Kemudian, gaulkan bersama tepung serbaguna. Goreng hingga garing.
Panas kan minyak.kisar ,daun sup, bawang putih,cili merah,lemon jus. gaul bersama minyak panas dalam bowl
Gaul ayam yang telah digoreng bersama Sos Chimicuri.
Panaskan Fernleaf Susu UHT, masukkan keju Chesdale Burger, masak hingga sebati jadi sos keju.
Letak bersama ayam ke dalam roti, tuang sos keju Chesdale Burger, tomato dan lettuce.
Untuk hidangan lebih berkhasiat, makan bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Mango.
Sekali sekala kita buat pancake mudah untuk sarapan pagi. Hanya kacau sebati semua bahan dan masak atas pan. Boleh makan dengan sos dan buah-buahan pilihan anda.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar/ susu full cream/ susu cair
1 1/2 sudu gula
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
2 sudu besar minyak jagung/ mentega yang dicairkan/ minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di atas dalam bekas. Kacau rata sehingga tepung tidak berketul-ketul. Biarkan dalam 10-15 minit untuk bagi adunan naik gebu sikit.
2. Cedokkan sesenduk kecil adunan ke atas kuali non stick pan yang panas dan guna api sederhana. Tak payah guna minyak pun. Bila adunan sudah timbul lubang-lubang kecil dekat atas macam dalam gambar balikkan penkek. Tunggu seketika, barulah angkat sebab sudah masak.
INFO:
1 adunan boleh buat dalam 8 keping pancake.
Masa memasak untuk setiap pancake dalam 2 minit.
boleh makan dengan madu, sos coklat, mentega, aiskrim, buah-buahan dam sebagainya.